Hartanah

Beli 2 Buah Rumah Sekaligus

Beli 2 buah rumah sekaligus

Jika anda baru sahaja bercadang untuk membeli rumah yang pertama, ada satu cadangan yang baik dikemukakan oleh Mohd Fadhli iaitu beli 2 buah rumah sekaligus dengan memanfaatkan pembiayaan 90% bagi 2 buah rumah secara maksima. Ya, 2 rumah yang pertama anda beli akan dapat pembiayaan 90%. Persoalannya di sini, mengapa nak beli 2 buah rumah terus?

Rumah pertama boleh digunakan untuk disewakan dan rumah yang kedua anda boleh duduk sendiri. Untuk beberapa tahun yang akan datang, anda boleh jual untuk mendapatkan untung. Jika anda beli sebuah RM100,000, dalam masa yang akan datang tidak mustahil ia boleh meningkat kepada RM200,000.

Sambil menunggu nilai rumah naik, sewakan ia untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Jika bayaran bulanan RM500, anda sewakan RM1,000 sebulan boleh dapat lagi RM500. Jika kemampuan kewangan anda boleh membeli rumah bernilai RM300,000, cari 2 buah rumah bernilai RM150,000 setiap satu. Ulang cara pertama untuk mendapatkan keuntungan.

 

beli-2-buah-rumah-sekaligus
Beli 2 atau 3 buah rumah sekaligus perlukan ilmu dan strategi.

 

Beli 3 buah rumah sekali harung

Menurut Muhamad Iqbal Hafifi, beli 3 buah rumah sekali harung merupakan pengalaman beliau yang paling berharga. Gaji beliau semasa mula bekerja ialah RM2,400. Beliau membeli hartanah pertama bernilai RM55,000 di Damansara Damai. Apartment tersebut bernilai RM65,000 dengan deposit RM5,500.

Rumah kedua di Nilai bernilai RM169,000. Apartment Mesahill tersebut dimiliki dengan deposit RM3,000 dan pinjaman 100% dari pemaju. Rumah ketiga, Apartment Kenanga di Putra Perdana Puchong pula bernilai RM118,000. Nilai pasaran masa itu ialah RM155,000 dengan pinjaman 70% iaitu RM108,500 (rumah ketiga pembiayaan 70% sahaja).

Nasihat beliau, perlu bijak menyusun profail kewangan dan susun strategi untuk memiliki hartanah secara bijak. Aliran tunai dari hartanah yang anda miliki boleh digunakan untuk menghasilkan aset yang seterusnya.

19 thoughts on “Beli 2 Buah Rumah Sekaligus”

  1. Ekonomi tak menunjukkan baik atau buruk, orang masih ramai ke panggung wayang, minum Starbucks dan makan di McDonald.

    Harga rumah banyak dijual di bawah harga pasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.