Beli 4 buah rumah dengan modal kecil

Nak melabur dalam hartanah tak semestinya guna modal yang tinggi, sebab anda boleh beli 4 buah rumah dengan modal kecil. Berikut ialah langkah-langkah yang anda perlu tahu. Walau bagaimana pun ia mungkin berbeza dengan harga rumah pada masa sekarang. Maklumlah harga rumah ada kenaikan yang banyak, turunnya sedikit sahaja.

 

Beli 4 buah rumah dengan modal kecil

Dengan ilmu pengetahuan yang betul, anda boleh beli 4 buah rumah dengan modal kecil dengan risiko yang rendah.

 

Pertama sekali anda perlu cari rumah yang berharga RM130,000 dengan pembiayaan 90% dari hartanah subsale. Minta 20% diskaun dari pemilik rumah. Anda boleh dapat RM13,000 dari diskaun 10%. Ansuran bulanan dalam RM650 sebulan. Kemudian sewakan pada penyewa lengkap dengan perabot pada kadar RM1,000 sebulan. Aliran positif tunai anda ialah RM350 sebulan.

Kedua, cari lagi apartment dengan harga RM120,000 dengan pinjaman 90%. Dengan diskaun 10% anda boleh jimat RM12,000. Ansuran bulanan RM600 dibayar pada bank. Masukkan perabot dan sewakan pada kadar RM1,000 sebulan. Anda akan dapat untung RM400 sebulan.

Ketiga, cari apartment berharga RM130,000 dengan pembiayaan 70%. Minta diskaun 10% semasa anda beli rumah ini dan gunakan diskaun rumah pertama sebelum ini untuk bayar baki perbelanjaan rumah ketiga. Bayar pada bank RM650 sebulan dan lengkapkan rumah ini untuk disewakan pada kadar RM1,000 sebulan. Untung RM350 anda simpan.

Keempat, beli apartment dengan harga RM120,000 dengan pinjaman 70%. Pastikan anda dapat diskaun 10% seperti rumah-rumah terdahulu. Gunakan wang diskaun dari rumah kedua untuk menampung baki bayaran rumah ini. Bayaran bulanan anda ialah RM600. Sewakan dengan perabot penuh pada kadar RM1,000 sebulan. Untung RM400 jangan diusik.

Untuk melabur dalam hartanah, anda masih berpeluang untuk cari harga yang masih rendah dari harga pasaran. Setiap hari ada pemilik rumah yang perlukan wang segera mahu menjual rumah mereka. Pastikan anda membuat kira-kira dahulu sebelum membeli mana-mana rumah.

Jumlah untung sewa anda dari keempat-empat buah rumah ialah RM1,500 sebulan. Lepas 10 bulan anda ada RM15,000 untuk dijadikan modal rumah kelima. Di masa yang akan datang, anda boleh buat pembiayaan semula untuk rumah-rumah yang ada untuk beli rumah ke enam, tujuh dan lapan.

Anda tak perlu jadi kaya untuk melabur dalam hartanah, tapi anda boleh jadi kaya dengan pelaburan hartanah. Mula dengan rumah kecil terlebih dahulu.