Kewangan

Beli Kereta Dan Kahwin Dari Pinjaman ASB

Beli kereta dan kahwin dari pinjaman ASB

Banyak manfaat yang boleh diperolehi dari pinjaman ASB, terutamanya pihak yang bijak dalam merancang kewangan, mereka boleh beli kereta dan kahwin dari pinjaman ASB. Di antara perancangan yang disusun untuk memastikan ia tercapai adalah seperti di bawah :

1. Ansuran bulanan yang rendah
2. Kereta yang baru untuk minimumkan risiko rosak dalam masa 36 bulan
3. Sekadar memenuhi keperluan sahaja
4. Kos servis, cukai jalan dan minyak petrol yang minimum

 

beli kereta dan kahwin dari pinjaman asb
Dengan pinjaman ASB, kewangan anda boleh ditambah baik dengan maksima.

 

Pandu kereta biasa sahaja

Beli sebuah kereta Perodua Axia jenis varian pertengahan. Beza di antara Perodua Axia varian tertinggi dengan varian yang terendah lebih kurang RM10,000. Diskaun RM2,000 juga dapat. Buat mark-up loan dengan lebihan RM12,000.

Wang lebihan RM12,000 itu boleh digunakan untuk membayar pinjaman ASB RM180,000 untuk tempoh 30 tahun. Dividen ASB sebanyak 7.5% iaitu RM13,000 setahun digunakan untuk membayar ansuran ASB tahun yang seterusnya. Lebihan RM1,000 boleh digunakan untuk membayar cukai jalan atau insurans kereta.

 

Guna wang ASB untuk kahwin

Selepas 4 tahun, anda boleh batalkan pinjaman ASB tersebut. Jumlah yang terkumpul iaitu prinsipal dengan dividen yang terakhir ialah RM24,000. Sudah boleh digunakan untuk belanja perkahwinan. Kesimpulannya, anda juga akan dapat perkara-perkara seperti berikut :

  • Ansuran bulanan kereta RM450
  • Bayaran cukai jalan dan insurans untuk setiap tahun
  • Rancangan kahwin 4 tahun dari sekarang

 

Anda boleh belajar bagaimana nak memaksimakan pinjaman ASB dengan merujuk kepada panduan pembiayaan ASB cara genius.

 

Apa kesan pembiayaan ASB pada CCRIS

Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera atau pembiayaan ASB menjadi persoalan apabila seseorang yang sudah ada komitmen dengannya mahu membuat pembiayaan perumahan. Apa kesan pembiayaan ASB pada CCRIS nanti?

Rekod kewangan anda (merujuk kepada CCRIS) akan memaparkan komitmen yang anda buat dengan pihak bank. Sebelum anda terima dividen ASB yang pertama, ia adalah liabiliti. Ia akan memberi kesan pada Debt Service Ratio (DSR) untuk pembiayaan perumahan.

Sebaik sahaja anda menerima dividen ASB yang pertama, ia dianggap sebagai pendapatan tambahan dalam kiraan DSR. Sesetengah bank akan menerima dividen ASB sebagai aset dan DSR anda akan diperbaiki semula.

Pembiayaan ASB boleh membantu anda menghasilkan rekod kewangan yang baik dalam CTOS atau CCRIS anda. Elakkan daripada membayar ansuran lewat dari tarikh yang ditetapkan atau mengelak dari membuat pembayaran.

Cetak dan simpan penyata ASB anda yang mempunyai rekod kemasukan dividen. Semoga penyata ASB anda boleh membantu memudahkan permohonan pembiayaan perumahan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.