Beli rumah atau kereta dahulu
Bagi mereka yang baru bekerja, anda perlukan panduan kewangan di peringkat asas. Contoh paling mudah ialah beli rumah atau kereta dahulu. Ada yang berpendapat beli kereta dahulu baru beli rumah.
Tempoh pinjaman
Kereta = 7 ke 9 tahun
Rumah = 30 ke 35 tahun
Nilai selepas 5 tahun ke atas
Kereta = menurun
Rumah = meningkat
Deposit pembelian
Kereta = 10%
Rumah = 10%
Kos selenggara
Kereta = takaful/insurans dan cukai jalan
Rumah = takaful/insurans, cukai tanah, cukai taksiran dan guaman
Bayaran ansuran kereta
Bayaran ansuran bulanan jadi lebih tinggi kerana pinjaman mengikut jenis model dan spesifikasi yang lebih tinggi, bukan mengikut model kereta yang anda miliki.
Perlu tambah bayaran bila dijual semula kerana nilai pasaran kereta sudah merosot dari baki pinjaman kereta. Nilai insurans jadi lebih rendah dari baki pinjaman kerana takaful meliputi nilai pasaran sahaja.
Tempoh pembiayaan yang lebih lama jika anda buat pinjaman 100% tanpa deposit. Jika masa yang diambil ialah 9 tahun, anak sudah besar panjang barulah hutang kereta selesai.
Jika anda beli kenderaan terpakai, pinjaman tidak akan dapat 100% kecuali nilai pasarannya jauh lebih rendah. Pilihlah kereta yang lebih rendah dari kemampuan anda daripada beli kereta baru dengan pinjaman 100%.
Bayaran ansuran rumah
Beli rumah boleh dapat pinjaman 100% tetapi ansuran bulanan akan jadi lebih tinggi. Nilai jika disewakan mungkin tidak dapat digunakan untuk bayar ansuran setiap bulan. Rumah sekunder juga perlukan deposit 10% namun rumah lelong pula perlu sediakan deposit yang tinggi.
Nilai rumah akan meningkat setiap tahun. Jika dibeli dengan deposit rendah sekali pun, ia masih boleh ditampung melalui bayaran sewa.
Tempoh pinjaman rumah paling lama ialah 35 tahun. Selepas 3 ke 5 tahun nilainya boleh meningkat lebih tinggi dari harga beli. Jual rumah boleh dapat lebihan tunai sehingga RM100,000 berbanding jual kereta terpakai yang belum tentu menguntungkan.

Beli rumah atau kereta dahulu?
Mana satu nak beli, rumah yang bernilai RM100,000 dengan kereta yang berharga RM100,000? Kedua-duanya ada deposit 10%. Sebahagian jurujual kereta mahu anda buat pinjaman 100% dengan bersebab.
Kereta RM100,000 perlukan ansuran sebulan RM1,300 selama 9 tahun. Rumah RM100,000 pula perlukan ansuran RM500 selama 35 tahun. Jika dibandingkan, bayaran ansuran kereta 3 kali ganda dari bayaran ansuran rumah.
Jika anda beli kereta sebelum beli rumah, DSR anda akan terkesan dan anda sukar untuk memohon pinjaman perumahan. Terpaksa tunggu sehingga kereta habis dibayar 7 ke 9 tahun. Selepas itu, anda boleh mohon pinjaman rumah tetapi tidak dapat tempoh 35 tahun. Mungkin dapat tempoh yang lebih singkat. Harga rumah pada masa itu pun sudah meningkat.
Jika anda beli rumah sebelum beli kereta, DSR masih rendah. Beli rumah dan pakai dahulu kereta yang lebih rendah dari kereta RM100,000. Anda boleh jual rumah selepas 9 tahun dan dapat tunai. Masa itu boleh beli rumah yang lebih selesa dan pilih kereta yang lebih canggih.
Rujuk artikel 9 cara dapatkan deposit rumah untuk memiliki rumah anda hari ini.
terpulang. tapi memang lebih bagus beli rumah dulu.
tapi nak beli kena ada ILMU..jangan main redah je..
Memang kene beli rumah dulu. Buat sementara boleh beli motor. Nak jimat lagi naikla uber buat sementara janji dah ada rumah dulu.
Ksjb recently posted…Minat vs untung
Beli rumah..walaupun harga rumah lagi tinggi dari kereta.
ema recently posted…Anak Lambat Bercakap, Kena Rujuk Ke Pakar
Boleh beli kereta dahulu tapi belila kereta MyVI hehe.
Jangan Proton..nanti macam macam sakit dtg..
Beli rumah rumah dahulu kat kampung, buat homestay..
Setuju dalam bab DSR tu. Jadi memang sepatutnya beli rumah dahulu. Sementara takde kereta gunakanlah public transport dulu.
Haidar recently posted…Pinjaman Peribadi Koperasi Coshare – Kuwait Finance House ‘Pra Kelulusan Tanpa Pengesahan Majikan’ Hanya 48 Jam Sahaja
Beli Rumah, Beli Kereta, Beli Aiskrim,
Pada saya bukan apa yang dibeli itu penting, tapi kenapa ia dibeli.
Yang mana perlu, kita dahulukan. Yang mana mahu kita pertimbangkan.
Azwan recently posted…Lampu Suluh EDC: Persediaan semasa kecemasan.
Itu semua bergantung pada matlamat kewangan peribadi. Kalau mampu nak beli 2 2 pun boleh
Azmi Abdul Rahman recently posted…Wet World Water Park Shah Alam | Tempat Menarik Di Selangor!
Kalau saya ada pilihan, saya beli rumah dulu untuk di jadikan mesin buat duit. Beli rumah lelong murah untuk di sewakan
Ibu Zaid recently posted…Puteri Qahrina Chalet : Homestay Melaka yang cantik di tepi pantai!