Beli Rumah Dan Kereta Guna Wang Dividen

Jul 09

Beli rumah dan kereta guna wang dividen

Untuk memiliki sebuah rumah atau kereta, anda perlukan modal. Sebaik-baik modal ialah ilmu pengetahuan yang boleh membantu anda daripada kerugian. Dengan ilmu yang betul, ia boleh membantu anda merancang kewangan dengan baik. Sebagai contoh, anda mahu beli rumah dan kereta guna wang dividen.

 

beli rumah dan kereta guna wang dividen

Jika tiada wang yang banyak, belajar dengan mengumpul ilmu dahulu.

 

Tips ini diceritakan oleh Raja Kamil dalam status Facebooknya. Dengan wang dividen ini, anda simpan dalam Tabung Haji untuk membeli rumah dan kereta. Anda boleh buat pilihan sama ada untuk bayar penuh atau bayar pendahuluan, ikut kemampuan anda.

Katakan anda simpan RM600,000 dalam Tabung Haji. Dengan dividen 5% setahun, anda akan dapat RM30,000. Anda pilih sama ada nak beli rumah tunai RM30,000 atau bayar ansuran RM2,500 sebulan (setahun RM30,000).

Gunakan cara yang sama untuk membeli kereta. Beli kereta tunai RM30,000 atau ansuran RM2,500 selama 12 bulan.

 

Wang dividen untuk beli rumah atau kereta

Anda hanya perlu tumpukan simpanan di Tabung Haji sahaja. Usahakan untuk simpan sehingga RM600,000. Ia adalah satu jumlah yang besar. Jika anda tak mampu, cuba belajar bagaimana nak dapatkan rumah dan kereta dengan pelaburan hartanah dari Abe Nazz.

Mula-mula beli 2 buah apartment sekunder RM200,000 dengan modal tunai RM60,000. Boleh keluarkan simpanan dari akaun 2 KWSP. Sewakan apartment pertama dan tunjukkan bukti sewa kepada bank. Kemudian beli apartment kedua dan sewakan semula. Kemudian cari rumah sewa yang lain untuk tinggal sendiri dengan kadar sewa RM800 sebulan.

Komitmen yang diperlukan termasuk kos selenggara ialah RM1,300 darab 2 rumah ialah RM2,600 sebulan. Sewakan setiap apartment dengan RM1,000 sebulan. 2 buah rumah RM2,000 dengan negatif RM600.

Dengan gaji RM4,000 sebulan, potongan KWSP 6.8% dapat RM272. Keluarkan RM250 setiap bulan. Negatif RM600 tolak RM250 dapat RM350. Ini adalah kos yang beliau keluarkan untuk kedua-dua apartment tersebut. Selebihnya penyewa yang bayarkan.

10 tahun kemudian, nilai kedua-dua apartment tersebut meningkat tinggi. Apartment kedua bernilai RM400,000. Setahun ia naik 7.2%, hampir dua kali ganda dalam masa 10 tahun. Baki hutang bank tinggal RM155,000. Kemudian ia dijual dengan untung bersih RM230,000.

Kemudian simpan RM230,000 dalam Tabung Haji dengan dividen 5%, dapatlah RM11,500 setahun atau RM950 sebulan.

Bila anda dapat kenaikan gaji, keluarkan RM550 setiap bulan dari KWSP. Campur dengan dividen RM950 dapat RM1,500 sebulan. Untuk membiayai apartment yang pertama sudah cukup, siap ada lebihan RM200.

Kadar sewa sudah meningkat kepada RM1,500 sebulan untuk apartment yang kedua. Apartment pertama sudah jadi percuma. Anda sudah ada wang sewa RM1,700 dengan dividen Tabung Haji dan KWSP.

Tunai RM230,000 dalam Tabung Haji masih ada. Nilai semasa apartment pertama ialah RM400,000. Jumlah aset anda kini RM630,000. Modal asalnya bermula dengan RM30,000 dan akaun 2 dari KWSP.

Wang lebihan RM1,700 itu boleh anda guna untuk beli kereta seperti Honda CRV. Hanya dengan belajar ilmu hartanah, anda boleh dapat kereta percuma, tunai percuma dan apartment percuma selepas tempoh 10 tahun. Jadi carilah 2 buah apartment dari sekarang.

 

Mana nak dapat modal RM30,000?

Anda boleh mula belajar berniaga, jadi ejen unit amanah, ejen takaful, ejen jualan dan ejen affiliate untuk mengumpul modal untuk membeli hartanah. Selain itu, anda boleh belajar dapatkan tunai menerusi pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Jangan kata RM30,000 tapi anda boleh belajar untuk dapat lebih dari itu. Ia bergantung kepada kesungguhan dan ilmu pengetahuan yang anda miliki. Memang sukar untuk kumpul deposit rumah, tapi ia tak susah bila anda sudah belajar dan praktikkan.

8 comments

  1. Bila duit dah beranak pinak

    Boleh beli pakai duit pokok saja
    Mama Hakim recently posted…Sumber Protein Yang Baik Untuk Kencing Manis?My Profile

  2. Fuuuh bukan mudah nak realisasikan idea ni.. tapi bukan mustahil. Istiqamah dan disiplin yang tunggu juga asset penting selain daripada ilmu untuk capai objektif kewangan seperti yang diinggini
    Caknawang recently posted…Smart Way Of Hiring The Right Interior Designer For Your New HomeMy Profile

    • ikhwanfahmi /

      Istiqamah menyimpan dan membelanjakannya dengan cara yang betul.

  3. Boleh cuba tips ni.
    raihanah recently posted…7 Ramuan Terbaik Shaklee Collagen PowderMy Profile

  4. Kena ada perancangan awal la juga ni dan kumpul duit bertahun2. Sebab nak kumpulkan 600,000 tu dalam TH.
    Wan Syahida recently posted…Sakit Kaki Kerana Banyak Angkat BeratMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge