Beli vellfire guna duit jualan perfume
Semasa berlangsungnya Affiliate Ninja The Nemesis Bootcamp, ramai peserta yang hadir untuk bongkar rahsia pemasaran emel dan blog. Banyak perkongsian dan pengalaman ilmu pengetahuan pemasaran yang diperolehi. Salah satu contoh yang boleh dijadikan teladan ialah pengalaman seorang pengusaha minyak wangi menggunakan pemasaran SMS untuk membeli sebuah kereta Toyota Vellfire.
Perkongsian dari pemilik Perfume Heaven, Sharizal Saidin yang datang dari Melaka mengambil peluang untuk bercerita kepada saya bagaimana beliau membuat jualan dengan produk percuma. Ketika itu, kereta beliau mengalami kerosakan dan beliau mendapat idea bagaimana untuk mencari sumber kewangan dengan cara yang pantas.

Buat duit dengan produk percuma
Beliau memulakan pemasaran dengan meletakkan bunting di tempat-tempat yang strategik di sekitar Melaka. Salah satu bunting tersebut diletakkan di sebuah universiti. Pada bunting tersebut dimasukkan maklumat untuk mendapatkan pewangi percuma. Syaratnya, mereka yang berminat dikehendaki menghantar SMS kepada syarikat beliau.
Mereka yang menghantar SMS perlu datang ke kedai beliau untuk mengambil pewangi tersebut. Ada yang datang bersama kawan-kawan. Mereka yang tidak menghantar SMS tapi datang ke pusat jualan perlu membuat bayaran untuk mendapatkan pewangi tersebut. Dalam masa 2 minggu sahaja, jumlah keuntungan yang diperolehi digunakan untuk membeli sebuah kereta Toyota Vellfire.
Pengalaman yang diceritakan ini bukanlah secara teliti kerana ianya dikongsikan kepada saya dalam masa yang amat singkat sementara menunggu penceramah sampai ke bilik seminar. Pemberian produk percuma untuk menghasilkan jualan yang beliau lakukan berjaya membantu beliau menyelesaikan masalah kereta yang rosak.
Teknik jualan KFC
Beliau turut berkongsi tentang teknik KFC, iaitu Kawan, Famili dan Clique. Mengapa perlu mulakan jualan kepada 3 kategori ini. Ini adalah latihan asas untuk menjual. Mulakan dengan ketiga-tiga kategori ini kerana mereka adalah orang yang baik dengan anda, rapat dengan anda dan boleh mendengar kata-kata anda. Oleh itu beranikan diri untuk belajar menjual dengan mereka. Selepas itu barulah anda akan mendapat keberanian untuk menjual pada orang yang tidak dikenali.
Praktikkan produk percuma dalam pemasaran internet
Strategi perniagaan seperti pemberian produk percuma atau sampel percuma sudah lama dipraktikkan oleh ramai usahawan. Sudah pasti anda perlukan sedikit modal untuk menghasilkan produk tersebut. Oleh itu usah takut mengeluarkan modal untuk membuat jualan. Dalam niche kerjaya, laporan percuma diberikan untuk mendapatkan memancing prospek mendaftar dalam mailing list anda.
Sediakan satu laporan percuma untuk diberikan kepada prospek anda. Kemudian letakkan call-to-action supaya mereka mendaftar dalam mailing list anda. Hampir sama dengan teknik yang digunakan oleh Sharizal Saidin, beliau mengumpulkan database nama dan nombor telefon. Kemudian beliau hanya perlu lakukan follow-up sehinggalah berjaya menghasilkan jualan.
Ya, itu juga menandakan beliau seorang yang hebat dalam membuat jualan.
fuh, memang dasyat sale kalau camni gaya
raihanah recently posted…Selamat Tinggal Kulit Kusam, Berminyak!
Dahsyat habis, 2 minggu je nak dapatkan kereta baru.
Saya yang dengar dari mulut beliau lagi la cemburu hehehe.
Betul, beliau pandai ambil peluang untuk dapatkan jualan pantas.
emmang banyak sekali jutawan senyap yang tak kita ketahui
islam di dadaku recently posted…Meraih Derajat Ihsan
Hebat cara pemasaran Tuan Sharizal ni, tak pernah terfikir nak letak bunting berdekatan universiti. Pandai cari pasaran, ada channel.. memang umpph!
Bergantung kepada pemasaran online tak menjadi jugak, huhu, teknik tu penting
Syahril Hafiz recently posted…Ketahui Bagaimana ANDA Perlu Buru Kerjaya Lain Jika Kerja Kerajaan Dibekukan
Beliau hanya perlu rancang dan buat untuk dapatkan hasil.
Betul, apa yang kita perlu buat ialah mencontohi rahsia kekayaan yang mereka amalkan.
Teknik perkongsian beliau memang buat pendengarnya teruja.
Kalau ada ilmu yang betul Insyallah ia boleh dilakukan. Ramai IM dari luar negara melakukan ini.. Berkat Memberi untuk Menerima…
SaniYunus recently posted…Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 #SBB2015
Betul, ada hikmah di sebalik kesusahan.
Bagus betul info yang diberikan. Boleh la saya gunakan untuk perniagaan online saya yang baru nak bermula ni.
MNH recently posted…NAURA DRESS
Ya, beliau kongsikannya secara percuma, jarang ada jutawan yang sudi buat perkongsian begini.
hoho
beli vellfire lagi tuh..
terbaik lah.
titan recently posted…TIGA sebab orang akan cari dan bagi KITA kerja.
Lepas ni tunggu dia share tips beli kereta lain pulak 🙂
pergh… nak kena belajar mcm mana dia buat ni.. vellfire ni dah la idaman di hati.. tapi apakan daya.. blh simpan dalam hati je.. nak beli tak mampu lagi..
Mohd Aswad recently posted…Saham Kowamas Kedah
Saya juga idamkan, tapi nak beli biarlah guna duit orang lain hehehe.
pergh..sangat menarik..
saya dapat iktibar ..
apabila kita bersedekah ketika kesulitan..
maka kemudahan akan datang sebagai penyelesaian..
Hero Borneo recently posted…3 Kesilapan Komunikasi Dan Cara Penyelesaian
Ya, adakalanya kita dapat lebih banyak pulangan dengan bersedekah.
Oh ya. Dalam kelas ninja .. hehe
Baru Teringat
Simple perkongsian dia tapi sangat membuka Mata. Kita asik kejar benda yg advance tp yg basic tinggalkan.
Kembali lah ke pangkal jalan :p