Uber

Berhenti Kerja Pengurus Untuk Pandu Uber

Berhenti kerja pengurus untuk pandu Uber

Ada seorang pengurus dari sebuah syarikat ternama, mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan menjadi pemandu Uber. Setelah berbakti sekian lama dengan DRB HICOM, berhenti kerja pengurus untuk pandu Uber bukanlah satu perkara yang mudah kerana pendapatan di antara pengurus dan pemandu tidak sama.

Menurut Abe Nazz, beliau berkesempatan untuk menaiki kereta dengan bekas pengurus ini. sambil memandu, beliau sempat berkongsikan perjalanan kerjayanya. Sebagai Pengurus Selepas Jualan, dia kerap ditekan mengenai angka. Namun masalah utamanya ialah beliau tiada masa untuk anak sulungnya.

 

Tidak hiraukan anak kerana kerja

Tidak pernah beliau hadir ke acara sekolah anaknya. Setiap kali isterinya yang bekerja sebagai guru meminta beliau hadir untuk acara anaknya di sekolah, beliau hanya berikan wang RM1,000 ke RM2,000 sambil memberi alasan sibuk sehinggalah anaknya memasuki tingkatan lima di tahun ini.

Kemudian barulah beliau sedar selepas anaknya akan menyambung pelajaran ke kolej, kerja dan berkahwin. Selepas itu, tiada lagi masa yang dapat diluangkan dengan anaknya. Beliau mencari jalan dengan mendaftar sebagai pemandu Uber dan mula memandu di Johor Bahru. Dari separuh masa, beliau mengambil keputusan untuk memandu sepenuh masa.

 

Berhenti kerja pengurus untuk pandu uber
Uber adalah pilihan untuk anda yang mahukan kebebasan waktu kerja.

 

Pandu Uber di awal pagi

Beliau pulang semula ke tempat kelahiran beliau dan tinggal di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Bangun seawall 4 pagi, beliau bersiap untuk memandu kereta Proton Personanya. Selepas menunaikan solat Subuh di masjid, beliau bergerak untuk mengambil penumpang.

Dengan memandu Uber, beliau kini ada banyak masa untuk diluangkan dengan keluarga dan solat berjemaah di masjid. Beliau memiliki keupayaan untuk mengawal masa yang lebih bernilai dari emas.

Sambil itu, beliau turut berkongsi beberapa tips Uber yang bermanfaat untuk anda :

  • Pilih Perodua Bezza atau Proton Saga. Dengan enjin 1.3 pun sudah cukup sebab bukan selalu naik bukit seperti Genting.
  • Kereta sedan lebih sesuai untuk simpan barang yang lebih luas.
  • Bagi pemandu Uber yang baru, mulakan dengan UberX kerana ia lebih banyak permintaan berbanding UberXL.
  • Lubuk terbaik untuk pandu Uber ialah Bukit Bintang, 24 jam sentiasa ada penumpang.
  • Memandu sehingga jam 10 malam boleh dapat hasil yang lebih banyak.
  • Modal untuk memandu dengan Uber perlu ada sekurang-kurangnya RM50 untuk minyak dan tol kerana penumpang ramai yang bayar guna kad kredit.
  • Servis Proton Persona beliau dijalankan setiap 3 minggu.
  • Lebih elok guna kereta baru untuk Uber kerana masih ada jaminan yang panjang.
  • Kos memandu kereta dan servis beliau memakan belanja RM1,500 sebulan.
  • Hasil memandu dengan Uber beliau ialah RM10,000 sebulan.

 

Kekurangan Uber yang beliau alami adalah seperti berikut :

  • Pemandu dengan Uber tak dapat tahu ke mana penumpang mahu pergi, namun beliau tetap hantar kerana sudah niat untuk memandu kereta walau pun ke Ipoh.
  • Berunding dengan penumpang untuk dapat lebih bayaran bagi setiap perjalanan yang jauh kerana pulang dengan kereta yang kosong.
  • Pemuda Melayu jarang menjawab salam beliau kerana memandang rendah pada beliau, berbeza dengan pemuda Cina dan India yang lebih menghormati orang tua.
  • Memandu dengan Uber di Kuala Lumpur lebih lumayan dari Johor Bahru.

 

Beliau turut mencadangkan setiap pemandu Uber berhubung antara satu sama lain. Bagi yang bijak, ada yang mempunyai kenalan pekerja di hotel dan pemilik homestay.

Pesan Abe Nazz, bukan mudah nak capai kerja dengan gaji RM10,000 ke RM12,000 sebulan. Setiap pekerjaan perlu melalui lingkungan pelajaran. Anda perlu ada kemahiran dalam kerja, bukannya berputus asa di peringkat permulaan. Memandu dengan Uber juga adalah pilihan kita bersama.

Jika anda mahu merasai pengalaman memandu dengan Uber, terus daftar di sini :
[+] https://get.uber.com/drive/?invite_code=m6wmnf62ue

5 thoughts on “Berhenti Kerja Pengurus Untuk Pandu Uber”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.