Bisnes

Berniaga Dengan Modal RM100 Ribu

Berniaga dengan modal RM100 ribu

Jika anda memiliki modal perniagaan sebanyak RM100 ribu, ada cara bijak untuk memastikan perniagaan anda terpelihara dengan langkah berjaga-jaga. Cara bijak berniaga dengan modal RM100 ribu ini dikongsikan oleh seorang sahabat Facebook saya, Muttaqien Jamaluddin. Ia adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya dijadikan satu kemestian dalam bisnes.

 

Beli emas dengan nilai RM100 ribu

Dengan jumlah modal RM100 ribu, anda boleh dapat emas lebih kurang seberat 800 gram. Kemudian bahagikan kepada 8 atau 10 bahagian resit dan pajakkan pada Ar-Rahnu dengan cagaran 70%. Simpan emas anda di sana untuk dapatkan wang tunai RM70 ribu. Kemudian dari jumlah tersebut, anda bahagikan kepada 3 bahagian untuk perniagaan anda iaitu :

  • Satu bahagian untuk menjalankan perniagaan dan modal pemasaran
  • Satu bahagian untuk disimpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  • Satu bahagian untuk beli hartanah dalam lingkungan 5% – 10%

 

berniaga-dengan-modal-RM100-ribu
Emas boleh dijadikan aset untuk menjana keuntungan bisnes.

 

Simpanan emas sebagai persediaan bisnes

Sekiranya perniagaan anda tidak berhasil, anda masih ada simpanan untuk menampung modal bahagian kedua dan ketiga dalam bentuk hartanah. Sekiranya kesemuanya tidak berhasil, anda masih ada modal emas 800 gram tadi. Tebus sedikit demi sedikit dengan modal yang masih ada. Jika perniagaan anda berjalan dengan cantik, anda akan dapat hasil seperti di bawah :

  • Tebus semula emas 800 gram dari Ar-Rahnu
  • Perniagaan anda berkembang maju dari modal satu bahagian RM23 ribu kepada RM100 ribu
  • Hartanah anda meningkat kepada RM300 ribu
  • Terima bonus dan dividen tahunan dari ASB

 

Modal asal anda RM100 ribu, akan menjadi RM500 ribu dalam masa beberapa tahun. Ini adalah sekadar rancangan sahaja. Jadi atau tidak ia bergantung kepada situasi bisnes anda yang sebenar.

 

12 thoughts on “Berniaga Dengan Modal RM100 Ribu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.