Separa Perubatan

Beza Pakaian Jururawat Hospital Kerajaan

Beza pakaian jururawat hospital kerajaan

Pernah ke klinik atau hospital kerajaan? Pasti anda akan nampak petugas atau staf di sana mempunyai jalur pakaian yang berbeza warnanya. Lara Marina, seorang petugas di hospital kerajaan ada berkongsikan apa beza pakaian jururawat hospital kerajaan. Mereka yang berminat untuk masuk ke latihan Separa Perubatan wajib tahu kod warna ini.

 

beza-pakaian-jururawat-hospital-kerajaan
Setiap pakaian petugas di klinik dan hospital dibezakan dengan warna tertentu.

 

1. Jururawat Jalur Biru – Jururawat Terlatih. Dipanggil sebagai Staff Nurse (SN) yang bertindak sebagai tangan kanan doktor. Mereka membantu memberikan ubat, menyediakan tatacara kejururawatan, tulis laporan pesakit, sempurnakan pelan perawatan doktor pakar, tukar cadar katil, cuci kencing/berak/muntah dan mandikan pesakit.

Jururawat terlatih bertugas di wad-wad, jabatan kecemasan, klinik 1Malaysia, klinik pakar dan klinik kerajaan yang turut bertugas bersama Penolong Pegawai Perubatan untuk menjalankan tugas dan tanggung jawab di klinik/hospital. Kebanyakan tugas dilakukan oleh jururawat terlatih kecuali Post Basik yang mewajibkan mereka memiliki Post Basik Midwifery.

2. Jururawat Jalur Ungu – Jururawat Masyarakat. Dipanggil sebagai JM atau bidan professional yang mempunyai kemahiran menyambut kelahiran bayi. Mereka mengetuai klinik desa/rumah bidan kerajaan dan berkhidmat untuk ibu hamil selain dari perkhidmatan kanak-kana/bayi, lawatan ke rumah dan perancang keluarga.

Jururawat Masyarakat turut ditugaskan di klinik-klinik/wad-wad kesihatan kerajaan. Mereka memeriksa vital sign pesakit 4 jam sekali atau 30 minit sekali. Mereka turut membantu menyuapkan makanan kepada pesakit yang tiada keluarga untuk menjaga/tak terdaya, tukar lampin pakai buang pesakit, tukar cadar/kain pesakit yang kotor dan buang urin pesakit.

Jururawat Masyarakat banyak ditugaskan di Jabatan Obstetric dan Gynaecology (O&G), di bilik bersalin atau wad. Jururawat Masyarakat secara automatik akan dinaikkan ke Jururawat Terlatih selepas mereka menjalani Kenaikan Pangkat Secara Latihan (KPSL) yang kini dipanggi Peningkatan Secara Latihan (PSL) selama 1 tahun pengajian.

3. Jururawat Jalur Kuning – Jururawat Pergigian/Juruterapi Pergigian. Jururawat ini ditugaskan di klinik gigi kerajaan. Tugas dan tanggung jawab mereka berkaitan dengan penjagaan dan kesihatan gigi. Selain itu, mereka turut ditugaskan untuk memberi ceramah di sekolah-sekolah mengenai kaedah memberus gigi dengan betul, penjagaan gigi dan rawatan yang lain.

Kanak-kanak dan ibu bapa bayi yang berusia 5 bulan ke bawah diberikan ceramah pergigian. Rawatan pergigian diberi kepada pesakit yang berumur 17 tahun ke bawah. Tugas-tugas lain Jururawat Pergigian ialah memeriksa, mendiagnos dan mengatur rawatan pesakit. Jururawat Pergigian yang memiliki post basik pergigian seperti post pasik ortodontik, mereka akan membantu pakar pergigian di klinik pakar.

Bagi Jururawat Jalur Oren/Jalur Jingga, mereka merupakan Pembantu Pembedahan Pergigian/Dental Surgery Assistant (DSA) yang membantu doktor pergigian untuk perawatan pesakit di hospital kerajaan.

4. Jururawat Lelaki – jalur biru di bahu dan seluar biru gelap. Tugas dan tanggung jawab jururawat lelaki sama dengan Jururawat Jalur Biru.

5. Penolong Pegawai Perubatan – baju putih, bertali leher dan berseluar hitam. Turut dipanggil sebagai Medical Assistant/Dresser. Mereka banyak dilihat bertugas di jabatan kecemasan. Mereka adalah barisan hadapan yang menyambut pesakit di sana.

Pesakit akan dinilai sebelum ditempatkan mengikut zon merah, hijau atau kuning, menjawab panggilan ambulan dan ke lokasi kemalangan untuk memberi pertolongan cemas. Kaum wanita dan lelaki sama-sama bertanggung jawab sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

6. Pembantu Perawatan Kesihatan – baju putih, kasut hitam dan berseluar putih. Pembantu Perawatan Kesihatan yang dipanggil PPK menjadi petugas di wad-wad, jabatan kecemasan dan klinik.

Jika ditempatkan di jabatan kecemasan, PPK membantu MA dan jururawat untuk sempurnakan tatacara. PPK akan menguruskan pesakit untuk dihantar ke wad, hantar contoh-contoh darah ke makmal dan lain-lain.

PPK yang bertugas di wad membantu jururawat untuk menyelesaikan tugas-tugas kejururawatan. Mereka membantu menghidangkan makanan untuk pesakit di wad dan mengiringi pesakit ke jabatan lain contohnya x-ray, dental dan ophthalmology sekiranya ada pesakit yang perlukan rawatan di sana.

Selain lelaki, PPK juga dianggotai oleh kaum wanita yang berpakaian putih, seluar putih, tudung putih tanpa jalur dengan kasut hitam.

 

Borang Daftar Ebook Percuma

 

Isikan nama dan emel anda untuk download ebook percuma Separa Perubatan.

10 thoughts on “Beza Pakaian Jururawat Hospital Kerajaan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.