Kewangan

Beza Untung Pembiayaan Dan Riba

Beza untung pembiayaan dan riba

Ashraf Latif menulis beza untung pembiayaan dan riba. Mari lihat penerangan riba dalam bank konvensional terlebih dahulu.

 

beza-untung-pembiayaan-dan-riba
Ada beza antara pinjaman konvensional dan pembiayaan islamik.

 

Apa makna riba?

Secara mudahnya, ia memberi pinjam sesuatu dan bayaran pulangannya lebih dari yang dipinjam. Jika pinjam RM100, bayaran semula RM100 dengan tambahan air minuman sekotak. Air kotak ini adalah riba. Riba bukan semestinya dalam bentuk wang.

Sham pergi ke sebuah bank konvensional untuk memohon pinjaman konvensional bernilai RM50,000. Pinjaman RM50,000 dibayar semula sebanyak RM60,000 dalam masa 7 tahun. Sham sudah memiliki wang tunai RM50,000 dan hutang sebanyak RM60,000. Ini adalah riba dan haram.

 

Bertukar kepada yang halal

Sham pergi ke bank islamik dan membuat permohonan pembiayaan RM50,000. Sham dapat wang tunai RM50,000 dan bayaran semula selama 7 tahun berjumlah RM60,000. Ia dikira sebagai halal. Di sini letak perbezaannya.

Bank islamik tidak meminjamkan wang kerana mereka berurusniaga dengan Sham. Bila Sham membuat pembiayaan RM50,000, bank islamik akan membeli komoditi atau aset contohnya sawit dan arang batu dengan harga RM50,000 dari pasaran terbuka dan ianya dijualkan kepada Sham dengan nilai RM60,000.

Sham membeli dan menjelaskannya secara ansuran untuk 7 tahun. Namun Sham tidak mahukan arang batu atau sawit kerana beliau mahukan wang. Lalu Sham menjual kembali arang batu atau sawit kepada pihak ketiga menerusi bank sebagai wakil secara tunai dengan nilai RM50,000. Jadi Sham sudah ada wang tunai RM50,000 dan hutang RM60,000.

 

Di mana letak perbezaannya?

Pinjaman konvensional berbentuk lurus, pembiayaan islamik pula perlukan kertas kerja dan urusan yang lebih banyak dan panjang meski pun hasilnya adalah sama, wang tunai RM50,000 dan hutang sebanyak RM60,000.

Allah berfirman dalam al-quran, surah Al-Baqarah : 275

“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”.

 

6 thoughts on “Beza Untung Pembiayaan Dan Riba”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.