Bila kau tengok orang lain lagi banyak dapat bayaran…
Bagi peminat Avengers, Ironman yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr (RDJ) bukanlah watak yang asing lagi. Menerima gaji USD500,000 dalam trilogi Ironman pertama, jauh lebih rendah dari Terrence Howard (James Rhodes) yang menerima bayaran setinggi USD3.5 juta.

RDJ yang dibesarkan dalam keluarga pelakon dan juga penagih dadah, mula berjinak-jinak dengan marijuana seawal usia 6 tahun.
Ketika usianya mencapai 38 tahun, RDJ ada membuat pesanan Burger King dan air soda. Rasa burger yang dikatakan teruk telah mengingatkan RDJ betapa pahitnya perjalanan hidupnya dengan dadah, lalu membuang kesemua stok dadah yang ada ke laut. Sebab itu dalam kebanyakan kisah Ironman ada babak RDJ makan Burger King.
Siri akhir Avengers : Endgame menyaksikan RDJ menerima bayaran tertinggi sebanyak USD75 juta. Mendiang Stan Lee pernah berkata, semua orang boleh menjadi Ironman, tetapi RDJ dilahirkan untuk menjadi Ironman.
Terrence Howard yang dahulunya ada, sudah digantikan dengan pelakon lain atas sebab masalah disiplin semasa penggambaran.
Andai hari ini kita bekerja dengan gaji kecil, di masa hadapan akan ada peningkatan gaji,
Ada hari ini kita berbisnes kecil, rancang untuk besarkan bisnes di masa depan,
Andai hari ini kita buat projek kecil, kita boleh rancang untuk uruskan projek berskala sederhana dan besar,
Andai hari ini kita bermula dengan solo, rancang untuk ada pasukan di masa depan,
“Kita tak boleh ubah masa silam, tapi kita berpeluang mencorakkan masa depan”.