Bisnes

Bilionair Guna 5 Strategi Ini Untuk Menjadi Kaya

Bilionair guna 5 strategi ini untuk menjadi kaya

Saya terbaca artikel yang ditulis pada tahun 2017 oleh R.L. Adams tentang 2,043 orang bilionair yang sebahagian besarnya datang dari Amerika. Saya berusaha untuk menulis semula artikel bilionair guna 5 strategi ini untuk menjadi kaya dengan sebaik mungkin.

 

Apa yang diperlukan untuk menjadi bilionair?

Anda berminat untuk bertanya pada diri sendiri bagaimana nak menjadi kaya. Bukan sekadar kaya. Kaya pada tahap yang tertinggi. Bagaimana nak berubah menjadi bilionair?

Ada orang sekadar mahukan aliran tunai yang positif atau wang jutaan ringgit di dalam bank. Tetapi adakah billion ringgit benar-benar kurang pada hari ini? Ia bergantung pada di mana anda tinggal dan apa yang anda buat.

Bilionair ini adalah baka yang berbeza dalam dunia yang berbeza. Meluangkan masa dengan mereka adalah seperti di alam fantasi dari realiti. Jika anda mahu bertemu atau menjadi seperti mereka, ada beberapa strategi yang boleh membantu perkembangan anda.

Menurut fakta, ada 5 strategi yang digunakan oleh bilionair untuk mengubah diri mereka dari seorang yang gagal dan tiada harapan, kepada orang yang di pandang mulia di dunia. Jika anda mahu mempraktikan kejayaan mereka, anda perlu menghadam strategi yang akan saya bongkarkan sebentar lagi.

Jika anda sememangnya seorang usahawan atau pendiri bisnes, anda hanya perlu adaptasi strategi ini. Bukan sekadar untuk terus hidup, tetapi untuk terus berkembang maju. Perhatikan strategi berikut dan lihat bagaimana anda boleh adaptasikannya dalam bisnes anda.

Sebahagian besar orang berfikir, mustahil bagi seorang yang tidak berduit kepada seorang bilionair. Akan tetapi, proses transformasi ini sudah dilakukan berulang kali.

Persoalannya, bagaimanakah mereka melakukannya? Adakah anda mampu melakukan 5 strategi yang mereka gunakan untuk menjadi kaya?

 

Resepi kejayaan bilionair bukan sesuatu yang mudah didapati di media sosial.

 

1. Hasilkan sesuatu yang amat bernilai kepada kepada dunia.

Kekayaan diperolehi oleh mereka yang berjaya dengan mengambil masa yang panjang. Pengasas Patagonia, Yvon Chouinard menjadi kaya bukan sekadar dengan mencipta produk baru, tetapi menambah baik produk sedia ada.

Patagonia merupakan peruncit pakaian gergasi yang pernah muflis semasa Chouinard berusia 50 tahun selepas beberapa siri tindakan undang-undang ke atasnya.

Walau bagaimana pun, Chouinard masih berada di landasannya sambil menambah baik produknya untuk tahan lebih lama dan berkualiti tinggi sehingga Patagonia berkembang seperti raksasa. Beliau telah menambah nilai dengan begitu besar.

 

2. Hasilkan produk pilihan orang ramai yang boleh diminum atau dimakan.

Ada banyak produk minuman atau makanan yang menyengat di pasaran. Dari kopi sejuk yang di brew sehinggalah minuman tenaga. Manoj Bhargava, pengasas kepada 5 Hour Energy Drink, memulakan bisnesnya sejak 2003 berkembang kepada lebih USD 1 bilion selepas 9 tahun.

John Paul Dejoria, seorang yang papa kedana dan gelandangan yang hanya berumahkan kereta bersama anaknya, telah melakukan perkara yang tak masuk akal.

Beliau menghasilkan produk salon yang berkualiti dan menjualnya dari pintu ke pintu. Fokus beliau adalah kualiti dan melakukannya setiap hari.

Pada usia 36 tahun, dengan pinjaman sebanyak USD 700 dan masih tinggal dalam kereta, beliau mengembankgan Paul Mitchell Systems, sebuah jenama produk salon dan menjadi bilionair dengan kekayaan USD 2.9 bilion.

 

3. Jelmakan diri sebagai penyedia servis kepada industri yang berkembang pesat.

Kita dapat saksikan bagaimana AirBnB yang asalnya menawarkan servis sewa tilam kepada syarikat bertaraf global. 3 pengasasnya iaitu Joe Gebbia, Brian Chesky dan Nathan Biecharczyk mencapai tahap bilionair dengan perkembangan AirBnB.

Meski pun mereka bukanlah bisnes percutian yang pertama, tetapi mereka dapat mempersembahkan servisnya dengan lebih baik.

Masih ada ruang lain untuk jadi penyedia yang unik seperti edagang, servis kewangan, takaful/insurans, realiti maya dan chat bot. Cari kaedah yang unik untuk menyediakan servis yang sedia ada tetapi dengan kualiti yang lebih baik.

Selain itu, anda boleh wujudkan servis yang hanya menumpukan pada orang-orang kaya seperti sewa kereta mewah, jet peribadi atau bina banglo atau villa mewah pada mereka.

 

4. Cari solusi untuk menambah baik komunikasi atas talian.

Saya tak mahu bercerita tentang Mark Zuckerberg sebab ramai orang tak suka beliau, lebih-lebih lagi bila ada perubahan algoritma dalam Facebook dan FB Ads kena sekatan.

Beliau tak pernah miskin dan dibesarkan dari keluarga kelas pertengahan. Kena tendang belajar pun dari Harvard, bukan kolej biasa-biasa.

Lebih baik kita fokus pada seseorang yang ditolak untuk bekerja dengan Facebook iaitu Brian Acton. Beliau adalah staf teknikal dari Apple ditahun 90an dan pernah bekerja di Yahoo Inc.

Permohonannya untuk bekerja di Facebook telah ditolak dan beliau memulakan kerjaya baru bersama rakan kongsinya, Jan Koum untuk membangunkan aplikasi WhatApps pada 2009. Facebook melihat kelebihan aplikasi ini dengan harga USD 19 bilion pada 2014.

 

5. Labur dalam hartanah.

Biasanya bidang ini menjadi kelebihan untuk mereka yang kaya-raya. Jika anda rasa bidang hartanah ini sukar untuk dimulakan, anda harus tahu bahawa ada cara mudah untuk bermula. Matlamat utama pelaburan hartanah ialah untuk mendapatkan aliran tunai yang positif.

Bagi anda yang pernah membaca buku Rich Dad Poor Dad yang dikarang oleh Robert Kiyosaki, objektif yang menjadi keutamaan ialah menghasilkan aset berbanding liabiliti. Sama ada mahu menjadi bilionair atau pun jutawan, hartanah akan memberikan anda asas yang kukuh untuk terus berkembang.

Baik semasa ekonomi turun atau naik, permintaan terhadap hartanah tetap anda. Gunakan kebijaksanaan anda untuk mencari hartanah di bawah harga pasaran untuk dibeli, disewakan dan dijual semula.

Bagi mereka yang memiliki modal, anda boleh memilih untuk jadi kontraktor rumah. Ia perlukan masa dan tenaga untuk menguasai bidang ini.

Carilah seorang mentor yang berpengalaman dalam bidang pembinaan untuk anda jadikan tempat bertanya dan membuat rujukan.

Rujukan :
Entrepreneur dot com : from broke to billions 5 strategies these billionaires used to get rich.

1 thought on “Bilionair Guna 5 Strategi Ini Untuk Menjadi Kaya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.