Bisnes

Bisnes Air Di Bulan Ramadan

Bisnes air di bulan ramadan

Minuman ringan ialah minuman yang tidak mengandungi alkohol. Biasanya mengandungi karbonat dan juga biasanya diminum secara sejuk. Minuman ringan yang paling umum ialah kola, air berperisa, air, teh ais, teh manis, dan lemon. Selain itu, air berperisa cincau, mata kucing, anggur, cendol dan kelapa turut mendapat permintaan yang tinggi di bulan Ramadan sebagai penghilang rasa haus setelah seharian berpuasa.

Sekiranya anda mempunyai kemahiran untuk menyediakan minuman seperti cappucino, mocha dan white coffee, sudah pasti perniagaan minuman anda mendapat banyak tarikan daripada pelanggan. Bisnes air di bulan Ramadan banyak bergantung pada citarasa yang disukai orang ramai. Air tebu merupakan salah satu contoh air yang paling banyak dijual. Bekalan tebu boleh dicari menerusi penanam tebu di kebun-kebun atau ladang tebu.

 

Bisnes air tebu

Tebu boleh dibeli menerusi cara kilogram atau batang. Harga beli bergantung kepada penjual. Harganya boleh didapati di bawah RM2.00 sekilogram. Harga jualan sebungkus air tebu boleh dijual dengan harga RM1.00 ke RM2.00 sebungkus. Ada yang menjual dalam bentuk cup. Mesin tebu boleh dibeli dengan harga di bawah RM2,000. Anda boleh jimatkan modal pembelian dengan mendapatkan mesin yang terpakai.

 

Bisnes air kelapa muda

Selain air tebu, air kelapa muda juga amat laris di bulan Ramadan. Lebih enak lagi bila ianya dijual dengan isi kelapa muda. Ada yang menyediakannya dalam bentuk coconut shake. Resepi ini memang popular dan digemari ramai.

Anda boleh memilih air seperti cendol, air batu campur dan soya untuk dijual semasa bulan Ramadan. Begitu juga dengan air buah-buahan seperti tembikai, lobak, asam boi, oren dan durian belanda. Perkara yang paling penting ialah ianya mudah dan cepat disediakan.

 

bisnes-air-di-bulan-ramadan
Bisnes air buah di bulan Ramadan amat menguntungkan.

 

Anda tidak perlu menjual banyak jenis air minuman semasa bulan puasa sekiranya mempunyai kekangan dari segi modal dan masa. Oleh itu anda boleh memilih air minuman yang benar-benar diminati oleh orang ramai.

Jika anda nak tahu 14 jenis air balang yang laris dijual semasa bulan puasa, klik banner di bawah sekarang juga.

 

11 thoughts on “Bisnes Air Di Bulan Ramadan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.