Bisnes

Bisnes Baju Kurung Di Bulan Ramadan

Bisnes baju kurung di bulan Ramadan

Sebelum tibanya bulan puasa atau bulan Ramadan, ramai usahawan dan peniaga mula memborong pelbagai jenis baju melayu dan baju kurung. Sudah ramai yang mula membuat persediaan untuk menjalankan bisnes baju kurung di bulan Ramadan. Bila dibeli secara borong, maka kos untuk sehelai baju akan menjadi lebih rendah. Sebab itu ramai usahawan dan peniaga yang mengambil peluang ini.

 

bisnes baju kurung di bulan ramadan
Selain berlumba-lumba dalam ibadah puasa, kita juga harus berlumba-lumba untuk majukan diri.

 

Bisnes baju kurung di bulan Ramadan sudah dimulakan seawal 1 atau 2 bulan sebelum Ramadan. Tidak kira di kompleks membeli belah, butik-butik, kedai-kedai pakaian mahu pun pasar malam sudah mula menjual baju melayu dan baju kurung. Namun jika diperhatikan baju kurung mempunyai permintaan yang tinggi. Maklumlah seorang wanita biasanya memerlukan 2 ke 3 pasang baju kurung di hari raya.

Bukan pada waktu hari raya sahaja. Waktu bekerja di pejabat juga boleh dilihat seorang wanita akan bertukar-tukar pakaian pada minggu mereka bekerja. Amat berbeza dengan orang lelaki yang tidak banyak karenah mengenai pakaian mereka. Jadi itu merupakan di antara sebab-sebab mengapa baju kurung amat popular untuk dijadikan salah satu dari sumber perniagaan.

 

Keuntungan yang diperolehi dengan bisnes baju kurung

Ada baju kurung yang boleh dibeli dengan harga di bawah RM50. Harga jualannya pula boleh ditetapkan dari RM100 ke RM150. Di situ anda sudah untung RM100. Jika anda dapat jual 10 pasang, maka anda sudah untung sehingga RM1,000. Anda boleh jual secara sampingan. RM1,000 yang anda dapat boleh digunakan untuk belanja di hari raya.

Selain dari baju kurung, anda boleh sertakan produk-produk lain yang berkaitan seperti aksesori wanita, blouse, jubah, kain pasang, telekung dan tudung. Biasanya seorang pelanggan yang membeli baju kurung akan turut mencari lain-lain perkara yang berkaitan dengan mereka. Di antaranya ialah stoking, sarung tangan, pin tudung, skaf dan anak tudung.

 

Bagaimana nak jual secara online?

Bisnes baju kurung di bulan Ramadan boleh dijual secara online menerusi blog dan media sosial. Jika anda mahu menjual di Facebook, anda boleh ikut strategi di bawah ini :

1. Ambil gambar untuk setiap barang yang nak dijual.
2. Masukkan maklumat berkaitan dengannya contohnya jenis kain atau material.
3. Muat naik gambar di profil anda.
4. Masukkan call to action untuk yang berminat, contohnya SMS ke nombor 012-3456789 jika berminat untuk membuat tempahan.

 

16 thoughts on “Bisnes Baju Kurung Di Bulan Ramadan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.