Bisnes

Bisnes Biskut Di Bulan Ramadan

Bisnes biskut di bulan Ramadan

Menjelang Syawal, ramai suri rumah mahu pun kaum ibu akan sibuk untuk mencari resepi. Nak buat biskut raya katanya. Meski pun ada banyak tawaran biskut raya di kedai-kedai dan pasaraya, itu semua bukanlah pilihan yang setanding dengan hasil tangan mereka. Bisnes biskut di bulan Ramadan menjadi popular kerana ia boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan di musim perayaan.

Bila ada orang jual biskut atau kuih raya, pasti anda teringin untuk mencubanya. Namun anda harus berhati-hati kerana rasanya hampir sama biar pun namanya berbeza. Bila sudah tertipu pasti anda berasa tawar hati untuk membeli kuih atau biskut raya di kemudian hari. Kalau sudah beli 1 atau 2 jenis tak mengapa, tapi kalau sampai 10 jenis memang merana.

 

bisnes-biskut-di-bulan-ramadan
Memang sedap kalau ada biskut atau kuih coklat di musim raya.

 

Beli atau buat sendiri yang mana untung?

Bagi mereka yang bujang, beli sahaja memang jimat. Bagi yang sudah berkeluarga, sudah pasti mahukan kelainan dalam resepi berumah tangga. Bila balik kampung atau dikunjungi sanak saudara pasti akan ada yang bertanya, berapa jenis kuih raya yang dibeli atau berapa jenis yang buat sendiri? Kalau anda jenis hati kering boleh saja jawab semua beli.

Kalau nak ada rasa seronok, boleh sama-sama bersaing buat kuih raya sendiri. Boleh beri pada keluarga mertua dan ipar duai. Emak mertua pula boleh sembang dengan jiran, tahun ini tak buat kuih langsung, semua anak dengan menantu yang sediakan. Ringan sikit beban orang tua kita. Bagi mereka rehat dan fokus untuk beribadah di bulan Ramadan.

 

Buat sendiri kuih dan biskut raya sambil buat duit

Sediakan bajet khas untuk sambut raya dan buat duit dengan kuih atau biskut raya. Sambil buat persiapan raya, buat sekali bisnes raya. Bahagikan masa dengan baik, semua manusia ada 24 jam. Bahagikan masa untuk bekerja, beribadah dan waktu bersama keluarga. Bagi mereka yang sudah berkeluarga, gunakan masa ini untuk bersama keluarga buat kuih dan biskut raya bersama-sama.

Di antara biskut yang popular ialah :

  • Biskut kacang hijau
  • Biskut buah campur
  • Biskut bijan
  • Biskut ros putih
  • Biskut beras coklat
  • Biskut strawberry
  • Biskut coklat almond
  • Biskut nestum
  • Biskut gajus
  • Biskut susu

 

10 jenis biskut di atas boleh anda pelajari menerusi video yang disediakan oleh seorang usahawan wanita yang berpengalaman dan membuat serta menjual biskut-biskutnya sendiri. Sebenarnya jika anda bijak, bukan pada waktu raya sahaja anda boleh buat bisnes ini. Masa selain daripada bulan Syawal juga boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Setiap hari akan ada orang yang perlukan biskut ini untuk dimakan.

 

Banyak nak pakai duit masa raya

Sebenarnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini tak perlu terlalu meriah. Cukup sekadar sambutan yang biasa-biasa sahaja. Namun bagi mereka yang sudah berkeluarga, sambutannya memang luar biasa kerana perlu menyediakan baju melayu dan baju kurung untuk anak-anak. Bukan itu sahaja, songkok dan samping serta tudung juga perlu untuk melengkapkan kegembiraan mereka.

Tak termasuk duit raya untuk anak-anak, anak jiran dan ibu bapa sendiri. Kos perjalanan, minyak dan tol juga perlu dimasukkan dalam senarai. Belanja kecemasan juga perlu untuk persediaan. Kan banyak duit yang perlu disediakan?

Jadi, anda perlu membuat perancangan yang jelas untuk jadi seorang yang berduit di musim raya. Salah satu cara untuk buat duit menjelang musim raya ialah dengan memulakan bisnes biskut. Panduan Video Bisnes Biskut ini boleh membantu anda. CD akan dihantar ke rumah anda. Kalau tak faham, boleh tonton berkali-kali.

15 thoughts on “Bisnes Biskut Di Bulan Ramadan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.