Bisnes produk digital ebook dan video
Sebut sahaja produk digital, pasti ramai yang sudah tahu. Tapi masih ada yang keliru apa sebenarnya produk digital ini. contoh paling mudah ialah ebook, video dan webinar. Ada 3 kelebihan produk digital yang anda perlu tahu iaitu :
1. Untung 50% hingga 100%. Bisnes produk digital tak perlukan pembekal. Jika anda jual ebook RM50, maka hasilnya adalah 100% milik anda. Jika dapat jual sehingga 100 unit maka 100 x RM50 = RM5,000 itu adalah kepunyaan anda.
2. Tak perlu simpan stok. Simpan sahaja produk digital dalam komputer. Selepas pelanggan membuat pembayaran, tugas anda ialah memberikan link download guna emel. Tak perlu keluar rumah untuk pos.
3. Kebebasan masa. Anda boleh jual produk digital pada bila-bila masa dan di mana-mana asalkan ada liputan internet. Di rumah atau di kampung pun anda boleh buat kerja.

Bagaimana untuk bermula?
Anda kenal kekuatan diri sendiri. Jika anda boleh kuasai sesuatu bidang contohnya pengurusan kewangan. Bila bercerita tentang wang, anda rasa yakin dan selesa. Ada beberapa rahsia pengurusan wang yang anda pernah buat dan berkesan.
Oleh itu, jenamakan diri anda sebagai seorang penasihat kewangan. Mulakan bisnes produk digital anda dengan 2 kaedah iaitu :
1. Promosikan ebook orang lain yang berkaitan dengan kewangan.
2. Buat sendiri produk digital berkaitan kewangan dan simpan semua keuntungan.
Sudah nampak kelebihan dalam diri anda? Bertindaklah sekarang supaya anda boleh buat produk digital bermula hari ini.
Selain itu, anda perlu fokus sepenuhnya untuk menghasilkan produk digital yang pertama. Mungkin ada bisikan di telinga yang memberitahu, siapa pula nak beli ebook atau video aku? Perasaan seperti itu adalah perkara biasa.
Usah berfikir terlalu lama sampai kerja-kerja menghasilkan produk tertangguh. Buat dahulu baru baiki kemudian. Produk takkan pernah sempurna. Bertindaklah sekarang untuk menyiapkan produk anda.
Apa yang bagus sangat dengan bisnes produk digital?
Setiap bisnes ada kelebihannya yang tersendiri. Begitu juga dengan bisnes produk digital. Kelebihan yang saya senaraikan di bawah mungkin boleh membantu anda untuk menaikkan semangat anda.
1. Untung segera 4 angka. Ini perkara normal dalam bisnes produk digital. Dalam masa 7 hari, anda boleh buat jualan 4 hingga 5 angka. Jika anda mempunyai ejen, pendapatan anda akan jadi lebih banyak lagi.
2. Pendapatan pasif setiap bulan. Anda hanya perlu buat produk digital sekali dan jual berkali-kali setiap bulan. Ia akan jadi sebagai pendapatan bulanan anda. Jika anda boleh buat jualan setiap hari, maka lebih banyaklah pendapatan pasif anda.
3. Kurang saingan. Biar pun ada produk lain yang sama niche dengan anda, produk anda sudah pastinya memiliki keunikan yang tersendiri. Setiap hari akan ada orang yang mencari panduan yang boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Berbeza dengan produk fizikal, ia saingan sentiasa wujud dan sengit.
Bagaimana menukar masalah kepada duit?
Jika anda boleh membantu orang lain menyelesaikan masalah dengan produk digital yang anda hasilkan, berapa pun harga yang anda jual mereka sanggup bayar.
Jika ada orang mencari panduan memasuki peperiksaan kerja kerajaan, anda hanya perlu menunjukkan kepada mereka di mana nak dapatkan panduan tersebut. Jika ada orang yang mahu panduan untuk mengurangkan berat badan, anda hanya perlu kongsikan panduan untuk menguruskan berat badan.
Sebagai penghargaan, mereka akan membeli panduan tersebut dari anda. Mereka hulurkan duit sebagai tanda terima kasih kerana anda sudah membantu mereka mendapatkan panduan yang diidam-idamkan.
Contoh pendapatan bisnes ebook
Saya berikan contoh-contoh pendapatan bagi jualan ebook di bawah. Ini adalah contoh komisyen yang dihasilkan oleh ejen-ejen affiliate dari syarikat Infokerjaya PLT.
Ini adalah jumlah komisyen yang diraih oleh ejen-ejen kami.
Ini pula jumlah komisyen yang diperolehi oleh ejen-ejen untuk setiap kali jualan ebook berlangsung. RM51,000 untuk jualan ebook kurang dari 3 minggu.
Jika sebulan boleh buat komisyen begini memang indah kan? Tak perlu tunggu sebulan untuk dapat RM9,140.
Sebelum anda bermula…
Baiklah, cukup setakat ini “mimpi indah” yang saya kongsikan.
Jika anda lihat, mereka berjaya membuat komisyen lumayan dengan menjual produk digital orang lain. Bagaimana pula dengan pemilik produk tersebut? Pasti pendapatan mereka lebih lumayan!
Tapi, apa yang saya tunjukkan itu adalah hasil “susah payah” mereka belajar membantu propek mendapatkan panduan untuk menyelesaikan masalah mereka. Bukan kerja sehari terus boleh dapat komisyen.
Niche ebook yang lumayan ini adalah niche kerjaya, ia berkaitan dengan peperiksaan memasuki kerja kerajaan dan temuduga kerja. Jika anda mampu menghasilkan panduan peperiksaan untuk jawatan kerajaan, tidak mustahil untuk anda menjana pendapatan seperti di atas”.
Dalam niche kerjaya, ada 3 bahagian yang mendapat permintaan paling tinggi iaitu :
1. Penguasa Kastam WK41
2. Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
3. Temuduga selepas peperiksaan online (semua jawatan)
Untuk jualan kedua-dua jawatan dan temuduga ini sahaja hampir mencecah RM500,000 setiap kali peperiksaan bakal dijalankan.
Di manakah calon-calon peperiksaan mencari maklumat?
Mereka sudah semestinya menggunakan enjin carian Google. Dari situ mereka akan jumpa Adwords dan blog yang berkaitan dengan kedua-dua jawatan ini. Tidak kurang juga sumber dari Facebook Ads.
Jika anda mahu menguasai niche kerjaya, fokus pada penulisan blog, Adwords dan Facebook Ads dan pemasaran emel.
Strategi pemasaran niche kerjaya
Sebelum menjual apa-apa panduan yang diperlukan, kami menggalakkan ejen-ejen untuk mengumpul senarai prospek menerusi emel.
Google –> Blog –> Opt-in –> Autoresponder –> Follow-up
Mengapa mesti guna autoresponder? Jumlah calon untuk sesebuah peperiksaan online boleh mencecah 20,000 hingga 40,000 orang. Untuk follow up yang berkesan, pemasaran emel adalah pilihan yang terbaik.
Pemasaran secara WhatApps dan Telegram turut digunakan untuk prospek kurang dari 1,000 orang.
Ada banyak lagi niche yang masih belum diterokai sepenuhnya, contohnya niche kewangan, niche kesihatan, niche kesihatan dan niche hartanah. Niche kerjaya hanya menguasai 5% daripada jumlah pasaran yang ada. Masih ada 95% calon lagi untuk ditukarkan menjadi pelanggan.
Soalan terakhir saya,
Mahukah anda menjadi pemilik kepada produk digital seperti di atas? Jika ya, anda sebenarnya telah membuat pilihan yang tepat!
Oleh itu, biar saya tunjukkan jalan pintas untuk anda belajar menghasilkan produk digital yang pertama dengan seseorang yang benar-benar berkaliber.
Seorang guru Internet Marketer (IM) yang telah melahirkan ramai pelajar IM dengan jualan produk digital dari RM10,000 hingga RM500,000! Jika anda serius, mahu buat duit pantas dengan produk digital, terus dapatkan Rahsia Bisnes Ebook dari guru tersebut.
Peluang ini amat terhad, kerana guru tersebut perlu memperuntukkan sebahagian besar dari masa beliau untuk memastikan anda berjaya menghasilkan produk digital, sekaligus buat duit dengan lumayan.
Klik sini untuk menempah Rahsia Bisnes Ebook anda.
Ini adalah program seperti yang anda jumpa di luar sana. Anda boleh belajar menghasilkan produk digital sendiri, tapi jika tiada bimbingan pasti anda akan hilang fokus. Kesudahannya impian anda untuk menjana 5 angka tidak kesampaian.
Program ini adalah jalan pintas untuk anda berjaya. Dinasihatkan anda tidak melepaskan peluang yang datang sekali seumur hidup.
Ilmu yang anda pelajari bukan sekadar boleh digunakan untuk niche kerjaya, tetapi niche lain juga sebagai strategi untuk menyimpan data pelanggan dan menjual produk digital berkali-kali.