Bisnes roti canai dan murtabak di bulan Ramadan
Bila ditinjau pada hari biasa, roti canai memang pilihan yang popular untuk sarapan pagi dan minum petang. Murtabak pula apa kurangnya. Banyak kedai-kedai makan yang menyediakan roti canai dan murtabak sebagai pelaris. Boleh dikatakan ianya menjadi pilihan kepada semua bangsa tanpa mengira usia dan jantina. Faktor inilah yang membuatkan ramai orang mahu memulakan bisnes roti canai dan murtabak di bulan Ramadan.
Permintaan roti canai dan murtabak amat tinggi. Ada sebahagian peniaga hanya perlu berniaga di waktu pagi atau petang sahaja untuk mendapatkan keuntungan dari kedua-dua jenis makanan ini. Bisnes roti canai dan murtabak ini bukanlah sesukar mana kerana ianya boleh dimulakan dengan kos yang rendah. Ia juga boleh dimulakan secara separuh masa sebelum anda bercadang untuk berniaga sepenuh masa.
Untung RM3,000 sebulan
Anda mungkin terkejut kos untuk menyediakan sekeping roti canai beserta kuahnya tidak melebihi 30 sen. Bagi sekeping murtabak pula kosnya tidak lebih RM1.50. Jika ianya dijual dengan harga RM3, maka anda boleh untung RM1.50. Jika sehari anda boleh jual 100 keping, anda akan dapat sehari RM150. Jika anda menjual selama 5 hari seminggu, anda boleh dapat RM750. Sebulan sudah dapat RM3,000.
Anda boleh jual murtabak dengan lebih banyak di pasar malam. Bagi murtabak bersaiz besar, anda boleh mengenakan harga sehingga RM5. Tentu besar untungnya kerana orang yang lalu lalang di pasar malam boleh mencecah ribuan orang. Anda boleh mulakan bisnes roti canai dan murtabak ini bermula pada hari Sabtu dan Ahad jika anda masih bekerja. Anda tak perlu berhenti kerja di peringkat permulaan.

Mungkin anda tidak perlu lagi membeli roti canai dan murtabak di luar. Pergi saja ke dapur dan siapkan bahan-bahan untuk membuat roti canai atau murtabak. Tepung yang sudah siap diuli masih boleh disimpan di peti sejuk selama 7 hari. Di sini anda sudah boleh jimatkan belanja sarapan pagi. Tak perlu lagi kelam kabut keluar rumah untuk beratur panjang membeli sarapan.
Belajar buat roti canai dan murtabak
Tidak susah untuk membuat roti canai dan murtabak. Anda hanya perlukan beberapa jurus istimewa seperti yang dilakukan oleh penebar roti canai. Masa yang diperlukan kurang dari 30 minit untuk anda menggaul bahan, menguli, menebar dan menggoreng roti canai. Kemudian anda boleh nikmatinya bersama keluarga.
Untuk peringkat permulaan, anda perlu belajar dari mereka yang berpengalaman. Bagi yang tidak berkesempatan, anda boleh belajar menerusi video Panduan Membuat Roti Canai dan Murtabak. Anda perlu belajar bagaimana untuk menghasilkan roti canai dan murtabak yang lembut dan sedap dimakan. Perkara yang utama dalam menghasilkan roti canai dan murtabak ialah menebar.
Salah tebar, roti canai dan murtabak anda tidak akan menjadi lembut. Ia memerlukan seni yang tidak seperti menebar jala di sungai. Anda perlukan latihan khas untuk melembutkan tangan anda dahulu sebelum boleh menebar roti canai dan murtabak. Jika anda mahu memulakan bisnes roti canai dan murtabak di bulan Ramadan, ini adalah panduan yang anda perlukan.
Bisnes roti canai dan murtabak di bulan Ramadan
Anda sudah sedia maklum di bulan Ramadan orang ramai akan ke bazar Ramadan untuk mencari juadah untuk berbuka puasa. Di sana ada pelbagai menu yang ditawarkan kepada pembeli. Ambillah kesempatan ini untuk menjana pendapatan dengan bisnes roti canai dan murtabak di bulan Ramadan. Sekurang-kurangnya anda boleh mencari wang untuk menampung kos kehidupan nanti.
Video yang dihasilkan memang sudah banyak membantu mereka yang mendapatkannya untuk belajar dan menjana pendapatan daripadanya. Jika anda perasan, semakin ramai orang yang menjalankan bisnes roti canai dan murtabak di bulan Ramadan sudah meneruskan perniagaan roti canai dan murtabak mereka di hari yang selain dari bulan Ramadan.
Sejujurnya anda perlu mengeluarkan kos untuk belajar menerusi video. Kemudian bila anda sudah mahir barulah anda boleh memulakan bisnes roti canai dan murtabak ini. Percayalah bahawa anda tidak akan muflis dengan kos yang keluarkan. Oleh itu dapatkan panduan asas dalam bentuk video Panduan Membuat Roti Canai dan Murtabak.
yup. memang murtabak laku habis pada bulan ramadan nih.
lagi2..ramai gak yang beli untuk derma kat masjid.
so, memang laku la siapa yang jual.
titan recently posted…Komisen ke 51-52 dari Klikjer
Buat juadah bertukar-tukar dengan jiran pun bagus.
bisnes makan, mesti laku. kalau tengok mana-mana bisnes pun, makanan yang paling depan. tapi kalau dah menu roti canai n murtabak… memang takkan tolak la, menu wajib orang kita. hehe… 🙂
suhiminain recently posted…5 Cara Buat Duit Dengan Blog
Dah jadi menu wajib rakyat Malaysia.
Kat semenyih ada murtabak sedap. Memang gerai dia buka tiap kali bulan Ramadhan, beratur panjang setiap kali nak beli.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Jujur Dalam Berniaga : Kisah Tempahan Baju Raya Yang Sadis 😛
Betul, penuh sesak bazar Ramadan kat situ.
Ramai sungguh perniagaan murtabak di bulan ramadhan kan, bagi cendawan tumbuh selepas hujan…
Noriza Rahman recently posted…Nak kurus TANPA mengganggu proses penyusuan?
Bulan puasa memang dok cari murtabak yang fames-fames…
SaniYunus recently posted…Selamat Hari Guru
Makan murtabak memang sedap kalau kena dengan kuahnya.
Huhu…bulan puasa dah tak lama lagi kan..jauh disudut hati, rasa macam nak meniaga kat bazar ramadan..tapi tu la..rasa malu pulak..
Hafizul recently posted…Mayat Bayi Kerat 15 Petanda Hati Sudah Mati
Malu tu memang ada, tapi sekejap je hehehe.
bulan Ramadhan memang sangat senang makan yang seperti ini
islam di dadaku recently posted…Meraih Derajat Ihsan
Makanan yang bukan rare pun ada permintaan yang tinggi.