Bisnes

Bisnes Sukses Walau Bergerak Solo

Bisnes sukses walau bergerak solo

Bisnes yang bergerak secara solo memang mencabar. Biar pun solo, ia tidak bermakna bisnes anda kecil. Anda boleh berfikir seperti usahawan yang bergerak dalam kumpulan untuk lebih berdaya saing. Anda boleh mencapai tahap bisnes sukses walau bergerak solo dengan membuat beberapa semakan seperti berikut :

1. Berapa lama anda bekerja dalam sehari, seminggu atau sebulan?
2. Bagaimana saya hendak mengubah aliran tunai?
3. Bagaimana hendak mengembangkan bisnes saya?

 

bisnes-sukses-walau-bergerak-solo
Untuk sukses dalam bisnes, anda perlukan rancangan bisnes yang mudah diurus.

 

Mulakan dengan visi dan misi

Lihat kembali pelan anda. Bagaimana ia akan berkembang dengan maju? Bagaimana rancangan anda untuk itu? Apakah idea anda boleh menjana pendapatan pasif? Bagaimana anda hendak merealisasikan kesemua visi dan misi anda?

1. Usah bersendirian sepanjang masa. Elakkan daripada menghabiskan sebahagian masa dengan bisnes anda. Binalah jaringan perhubungan baru untuk membantu mengembangkan bisnes anda. Dapatkan sumber tenaga kerja dari luar supaya anda dapat meluangkan masa membina jaringan bisnes anda.

2. Berkarya dengan peraturan. Rancangan anda haruslah fleksibel. Idea-idea baru akan tiba dan anda perlu berubah mengikut keadaan. Sentiasa ingat pelan bisnes jangka panjang anda supaya anda tidak tersasar dari rancanan sebenar.

3. Berhenti membuat perbandingan. Usah terlalu membandingkan pencapaian anda dengan orang lain yang sudah berjaya. Anda berada di landasan bisnes anda, mereka berada di landasan bisnes mereka. Fokus pada bisnes masing-masing.

4. Raikan kejayaan bisnes. Kejayaan bukan datang dalam bentuk wang ringgit. Boleh jadi ia datang dalam bentuk pelanggan yang setia, jualan yang konsisten dan masa bisnes yang efektif. Ambil sebahagian masa untuk minum teh tarik bersama kawan meraikan kejayaan.

 

Mulakan bisnes dari rumah

Di rumah, anda boleh mulakan bisnes tanpa mengambil sebarang pekerja. Anda boleh gunakan tips-tips yang disenaraikan di bawah ini supaya bisnes dari rumah anda boleh berjalan dengan baik.

1. Guna kemudahan teknologi. Teknologi emel, blog, enjin carian dan media sosial boleh dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menjalankan pemasaran. Anda juga boleh gunakan Google Hangout untuk berkomunikasi secara terus dengan prospek atau pelanggan.

2. Upah kerja sampingan. Anda boleh mencari mana-mana pihak yang mengambil upah untuk menaip, mengarang atau menghasilkan produk untuk anda. Dengan cara ini anda boleh menjimatkan kos perbelanjaan daripada menggajikan pekerja untuk bekerja dengan anda.

3. Bijak ambil peluang. Lihat mana-mana produk yang laris dijual di pasaran semasa. Bagi anda yang pantas mengambil peluang, anda akan mendapat peluang untuk menjadi agen produk yang terbaik. Lihat dahulu apa jenis produk yang laris di pasaran. Kemudian cari jalan bagaimana nak pasarkannya dan ambil keuntungan darinya.

4. Bisnes dijalankan bersistem. Jalankan bisnes anda dengan sistematik. Gunakan borang yang mudah difahami dan diisi oleh pelanggan. Ia akan memudahkan anda untuk membuat rujukan atau rekod perniagaan. Jalankan bisnes anda mengikut waktu yang mudah ditemui oleh pelanggan.

5. Labur untuk untung. Pastikan anda melaburkan kembali wang anda untuk kemajuan bisnes anda. Gunakan wang untuk dapat wang contohnya membuat iklan di Facebook Ads atau Mudah.my. kos iklan serendah RM50 sehari boleh menghasilkan jualan sehingga 4 angka jika anda buat iklan dengan betul.

6. Ingat rancangan anda. Apa hala tuju bisnes anda dan strategi untuk anda kekal fokus bagi menetapkan rancangan bisnes anda. Simpan rancangan bisnes anda dan buat sedikit perubahan bila perlu.

7. Keluar dari rumah sekali-sekala. Meski pun anda bergerak solo, cari waktu untuk berjumpa dengan pelanggan supaya anda dapat membina jaringan bisnes. Anda juga boleh memilih program-program bisnes supaya terdedah kepada idea-idea bisnes semasa.

8. Dapatkan mentor. Cari seorang usahawan yang sudah berjaya. Jadikan beliau contoh dan motivasi untuk anda berjaya berdasarkan perkongsian ilmu dan pengalaman yang dimiliki.

26 thoughts on “Bisnes Sukses Walau Bergerak Solo”

  1. kerja sendiri satu jak yang perlu dipegang adalah disiplin dan jangan suka bertangguh, kalau tidak apa pun tidak akan terjadi.. Dalam dunia ni tidak ada yang mustahil yang penting usaha dan doa.

  2. Terima kasih tuan atas info berguna. Saya suka tips “Usah Buat Perbandingan” sebab akan mudah rendah diri, putus asa dan kurang bersemangat kalau asyik fikirkan orang lain.

    Untuk permulaan memang boleh tetapi bila sudah berkembang perlukan ramai team.

  3. Peraturan dan sistem sangat penting tetapi peniaga baru selalu skip bahagian ni. Bisnes tetap boleh berjalan tiada sistem, tetapi hendak berkembang sangat susah.

    Sebelum ni kawan saya bisnes kereta sewa, tiada sistem. Hasil setiap bulan biasa-biasa saja. Bila saya join dan buat sistem perniagaan sistem kewangan sistem pemasaran, alhamdulillah, hasil jauh meningkat.
    Naziman Azlye recently posted…Panduan Kerja di SingapuraMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.