Bisnes

Bisnes Tudung Di Bulan Ramadan

Bisnes tudung di bulan Ramadan

Jika diperhatikan pada hari-hari biasa, bisnes tudung memang laris. Pelbagai jenis tudung yang terdapat di pasaran dijual dengan banyak. Pengeluar tudung dari pelbagai syarikat turut melancarkan rekabentuk tudung yang baru untuk menarik perhatian pelanggan. Bisnes tudung di bulan Ramadan juga amat lumayan kerana kaum wanita mahu memakainya ketika hari raya.

Bisnes tudung di bulan Ramadan juga mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih pantas. Persaingan juga akan menjadi lebih sengit. Walau bagaimana pun anda tidak perlu bimbang kerana pelanggan yang bakal membeli tudung di bulan Ramadan sangat ramai. Dianggarkan lebih 8 juta orang wanita yang ada di Malaysia.

 

 bisnes tudung di bulan ramadan
Jualan tudung di bulan ramadan berlipat kali ganda permintaannya berbanding bulan biasa.

 

Untung besar dengan bisnes tudung

Bisnes tudung di bulan Ramadan membolehkan anda menjana pendapatan yang lumayan. Sekiranya 1% daripada 8 juta orang tadi menjadi pelanggan anda, maka anda boleh mendapat 80 ribu orang pelanggan. Jika 0.5% orang sudah ada 40 ribu orang pelanggan. Untuk permulaan, jika anda dapat 1,000 orang pelanggan sebulan pun sudah cukup.

Katakan untung bagi setiap helai tudung yang dijual ialah RM10. Jika 1,000 orang sudah boleh dapat RM10,000. Kalau untung RM20 sehelai maka anda berpeluang mendapat untung RM20,000. Jika anda menjual tudung secara sampingan pun tak mustahil boleh untung besar. Setiap hari akan ada sahaja tudung yang dijual di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

 

Tips mulakan bisnes tudung

Anda nak mulakan bisnes tudung di bulan Ramadan, tetapi belum ada pengalaman atau pengetahuan asas yang diperlukan. Anda juga boleh buat bisnes tudung ini di bulan-bulan biasa. Cuma jadikanlah bulan Ramadan ini sebagai permulaan untuk bisnes tudung anda. Bagaimana kalau saya cadangkan kepada anda satu jalan panduan atau pintas untuk memulakan bisnes tudung?

Dengan panduan asas bisnes tudung yang bakal anda perolehi, anda boleh mengelakkan risiko seperti di bawah :

1. Dapat untung yang terlalu sedikit
2. Ambil dari pembekal yang sudah terlalu banyak peringkat
3. Tak boleh tampung perbelanjaan operasi bisnes

Oleh itu, saya cadangkan anda miliki panduan asas bisnes tudung sebagai panduan untuk anda bermula. Ia adalah panduan memulakan bisnes tudung yang telah ditulis dan dijalankan oleh seorang usahawan yang berjaya dalam bisnes tudung. Bukankah ini sudah menjimatkan masa anda daripada bersusah payah buat bisnes tudung tanpa sebarang panduan?

 

5 kelebihan panduan asas bisnes tudung

Anda akan mendapat panduan dari pengalaman sebenar yang dimiliki oleh usahawan tudung ini. Jadi anda tidak perlu membelanjakan kos sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 untuk kursus usahawan atau kursus memulakan perniagaan tudung. Dengan panduan asas bisnes tudung, anda boleh belajar mengenai 5 perkara iaitu :

1. Rekrut agen anda sendiri. Urusan anda akan jadi semakin mudah. Dengan margin keuntungan yang tinggi, anda boleh bahagikan margin yang selesa kepada agen anda. Kedua-dua pihak akan dapat untung. Anda tak perlu pening kepala untuk terlalu fikirkan bagaimana nak capai keuntungan. Biar agen lakukannya untuk anda.

2. Boleh gajikan pekerja. Dengan keuntungan besar yang anda perolehi, gunakan keuntungan tersebut untuk menggajikan pekerja. Dengan cara ini anda sudah boleh kurangkan masa bekerja dan luangkan masa untuk famili. Biarkan orang lain bekerja untuk anda.

3. Anda fokus kepada pemasaran. Ini adalah kunci kejayaan utama dalam bisnes tudung. Pemasaran merupakan kunci keuntungan dan kekayaaan bagi setiap perniagaan. Pemilik bisnes tudung akan mengeluarkan bajet untuk mengiklankan tudung-tudung jualan mereka untuk meningkatkan jualan tudung mereka.

4. Meningkatkan kualiti bisnes tudung. Wujudkan bahagian Khidmat Pelanggan untuk menjaga bisnes tudung anda. Pelanggan-pelanggan yang sudah membeli tudung anda perlu dijaga supaya mereka menjadi pelanggan tetap. Dengan adanya bahagian ini, anda boleh mendapatkan maklum balas dari pelanggan anda pada bila-bila masa. Pendapat atau cadangan dari pelanggan boleh digunakan untuk memajukan lagi bisnes tudung anda.

5. Fokus pada penjenamaan anda. Ini adalah resepi utama dalam bisnes tudung. Sebahagian besar pengasas bisnes tudung menjual tudung-tudung lain sebelum mencipta jenama tudung sendiri. Ramai pemilik bisnes tudung yang sudah mula mengeluarkan tudung dengan jenama sendiri selepas sekian lama berniaga. Anda boleh lihat sendiri jenama-jenama tudung yang popular seperti Fareeda, Sugarscarf, Jelitasara dan Fedora.

 

Masa untuk anda bertindak

Itu merupakan sebab mengapa anda perlu ambil tahu potensi dalam bisnes tudung. Untuk memulakan bisnes tudung, anda perlu mendapatkan pengetahuan asas bisnes tudung seperti di bawah :

  • Sumber utama bekalan tudung pada harga yang rendah.
  • Mencari pembekal tudung yang dipercayai.
  • Mendapatkan bekalan tudung dengan pantas supaya anda boleh jimatkan masa dan wang.
  • Kaedah mendapatkan tudung tanpa orang tengah.
  • Jalan pintas bisnes tudung dengan mempelajarinya dari pengalaman orang lain.
  • Tips mengelakkan kerugian dalam memulakan bisnes tudung.

 

Anda tak perlu lagi membazir masa untuk mencari pengalaman berniaga tudung. Belajar dari pengalaman orang yang sudah berjaya dalam bisnes tudung dapat mempercepatkan kejayaan anda. Oleh itu, saya cadangkan anda mendapatkan panduan bisnes tudung dengan segera. Lagi cepat anda memilikinya, lebih cepat perjalanan bisnes tudung anda bermula. Ianya mengandungi maklumat lengkap untuk anda memulakan bisnes tudung.

 

21 thoughts on “Bisnes Tudung Di Bulan Ramadan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.