Bisnes yang popular di bulan ramadan
Bila sebut sahaja bulan Ramadan, ramai yang akan terfikir mengenai ibadah yang diperintahkan oleh Allah serta disuruh oleh Rasulullah S.A.W di dalam bulan Ramadan seperti tadarus, iktikaf, infaq, zakat fitrah, solat tarawih, qiyamullail, sahur, iftar, memberi makan kepada orang yang berpuasa dan sebagainya adalah menjurus kepada melahirkan insan bertaqwa. Ramai juga yang mencari bisnes yang popular di bulan Ramadan.
Makna dan pengertian Ramadan
Perkataan Ramadan berasal dari kata dasar ra-mim-dal, yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
Perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut Siyam atau Soum. Kedua-duanya berasal dari kata dasar Sa-wa-ma, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
Pada bulan Ramadan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala Syaitan dan Iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu Syurga dan menutup pintu Neraka. Dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al-Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
Berpuasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga, akan tetapi perkara-perkara seperti yang boleh membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari.

Berikut ialah perintah puasa yang dipetik dari al-quran :
โHai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwaโ [Al-Baqarah : 183]
Bulan Ramadan ialah bulan di mana diturunkan permulaan al-quran. Mari kita sama-sama perhatikan firman Allah di bawah ini :
โ(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.โ [Al-Baqarah : 185]
Buat bisnes di bulan Ramadan
Bulan Ramadan juga ada beberapa individu yang bijak memanfaatkan kesempatan yang ada untuk menjana pendapatan. Ada pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan termasuklah dari sudut makanan, pakaian dan perkhidmatan. Dalam artikel ini saya akan menyenaraikan 13 jenis perniagaan yang popular di bulan Ramadan sebagai rujukan anda.
Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman saya yang pernah berniaga di pasar malam dan bazar Ramadan. Semoga perkongsian di dalam artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Perniagaan yang popular di bulan Ramadan
Bulan Ramadan yang tiba bukan sekadar menjanjikan keuntungan akhirat, akan tetapi turut menyajikan keuntungan dunia kepada usahawan-usahawan yang membuka perniagaan di bulan ini. Masa yang cuma 30 hari ini dimanfaatkan untuk menjana pendapatan untuk kegunaan hari kemudian.
Perniagaan yang dijalankan pada bulan ramadan menjadi titik permulaan kepada anda sebagai salah satu dari langkah pertama untuk menjadi usahawan. Tanpa langkah pertama, langkah seterusnya tidak akan berhasil.
Jika hari ini anda bermula dengan sebuah meja dan kerusi menjual kuih-muih di bazar Ramadan, tidak mustahil suatu hari nanti anda akan memiliki sebuah restoran yang berprestij siap dengan menu hidangan yang istimewa. Bukan sekadar restoran, tapi anda akan memiliki cawangan-cawangan restoran di tempat yang lain.
Semua itu akan anda miliki jika anda memulakan langkah yang pertama untuk menjadi usahawan. Tidak salah memasang angan-angan, asalkan anda mempunyai ikhtiar yang benar-benar serius untuk membuktikannya.
Pengalaman berniaga di bazar Ramadan
Saya pernah berniaga di sebuah bazar Ramadan. Waktu itu saya bersama-sama dengan makcik dan pakcik menjual kuih-muih dan lauk-pauk di sekitar Petaling Jaya, Selangor. Sambil berniaga, saya sempat membuat tinjauan beberapa bentuk perniagaan yang popular di sini.
Berikut ialah beberapa jenis perniagaan yang sangat popular di bulan Ramadan :
1. Air minuman
2. Biskut raya atau kuih raya
3. Kerepek
4. Kuih-muih
5. Kurma
6. Roti canai dan murtabak
7. Bahulu
8. Lauk pauk
10. Rempeyek
10. Pakaian seperti baju melayu dan baju kurung
11. Pengedar makanan dan pakaian
12. Songkok
13. Tudung
Jika anda mahu belajar untuk memulakan bisnes tudung, sila klik pada banner di bawah untuk mendapatkan panduannya.
Memang seronok beli makanan di bazar Ramadhan. Tengok orang berniaga pun seronok juga!
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Khasiat Kunyit Kepada Kesihatan Ibu dan Anak
Kalau nak murah, tunggu lagi 15 minit sebelum berbuka puasa, masa tu orang dah lelong makanan yang dijual ๐
Tak juga tuan, saya pernah datang lepas berbuka. Orang masih jual harga biasa
Tengok hati budi penjual juga. Tak mahu bersedekah
Mazni Azmi recently posted…12 Rahsia Krim Malam Untuk Kulit Cantik & Awet Muda!
jual air paling bagus dan paling laku pulak tu..untung margin tinggi..
mrhanafi recently posted…Hari Ibu Sangat Bermakna Jika…
Modal rendah, untung tinggi.
Huhu… Tak sabar nak tahu tentang 13 bisnes tu.. Sangat membantu bagi mereka yang betul2 ingin menambh pendapatan hari raya nnti.. Jangan malas sudah.. Rajin semuanya jadi..hehe
Hafizul recently posted…Jangan Mandi Laut Kalau Takut Dilambung Ombak
Saya akan kongsikan satu persatu nanti.
Sesuai untuk dimakan masa raya, makan sambil berbual, tak sedar 1 balang dah habis ๐
Dah 2 tahun jual baju kurung buat back up main bisnes. Time Ramadhan memang paling best!Sekarang pun bahang dah mula terasa. Kalau boleh Ramadhan sepanjang tahun pun tak pe ๐
rahimah recently posted…3 Tips Bagaimana Memilih Pakaian Musim Sejuk Thermal Yang Betul.
Ya, cari duit raya di bulan puasa.
menarik.. kena berusaha cari duit di bulan ramadan nanti..
riangria recently posted…6 Kebaikan Menyertai Program Affliate Jamumall.Com
Menu wajib saya jika ke pasar Ramadhan adalah air tebu dan kuih-muih tradisional.
Kalau lauk tu jarang beli selalu masak di rumah.
Yang penting perbanyakkanlah amalan di bulan mulia ini di samping bersedekah kepada mereka yang amat memerlukan.
Haidar recently posted…3 Pinjaman Peribadi Koperasi Terbaik Untuk Kakitangan Kerajaan di Perlis
all the best semua peniaga
raihanah ahmad recently posted…Vivix Shaklee dan Perlindungan DNA
Bulan yg berkat ni Allah buka pintu rezeki yg mrlimpah ruah. Untung sgt brniaga bulan ramadhan
Kauthar mohd recently posted…Testimonial Saiz Fibroid 2cm Kecut Dan Hilang. Apa Yang Berlaku?
Bla tiba bulan Ramadan , ramai peniaga yang tidak lepaskan pelung untuk berniaga , tak kira la apa-apa pun produk ia sememangnya laku keras
Wan Zawawi recently posted…Menginap Di Teratak Warisan Lxia Langkawi