Bisnes

Blogger Rembat RM40 Ribu Dengan Affiliate

Blogger rembat RM40 ribu dengan affiliate

Kali ini saya nak kongsikan maklumat tentang seorang blogger rembat RM40 ribu dengan affiliate menerusi blog dalam masa setahun. Apa yang dikatakan rembat itu bukan secara membuta tuli tapi disertakan dengan ilmu pengetahuan dan strategi yang agak teknikal. Jadi apa yang beliau lakukan bukanlah dicapai dalam masa sehari.

Beliau bernaman Azrizam Mansor atau lebih popular dengan panggilan Zeo Unic. Sebelum memulakan aktiviti blogging, beliau belajar dahulu dari perkara yang asas. Tanpa asas blogging, teknik lain yang lebih teknikal takkan berhasil. Blog yang beliau uruskan bukan satu atau dua, tapi beliau mempunyai banyak lagi blog berkualiti yang memberikan hasil lumayan setiap bulan.

 

blogger rembat rm40 ribu dengan affiliate
Zeo Unic atau Azrizam Mansor sedang memberi ucapan di majlis Gathering 2014 anjuran IKR.

 

Beliau dikatakan seorang yang berfikiran kreatif untuk menjana wang dari pengiklanan di blog. Selain itu, beliau turut mengambil langkah bijak untuk melaburkan wang bagi memiliki blog-blog antarabangsa yang mempunyai isi kandungan yang berkualiti dan trafik yang tinggi.

Kepakaran beliau bukan sekadar blogging sahaja, tapi meliputi servis untuk menaikkan kedudukan blog menerusi enjin carian di Google. Jika ditanyakan kepada beliau, apakah sumber rujukan yang membuatkan beliau menyertai affiliate niche kerjaya, beliau hanya memberitahu satu blog yang dimiliki oleh Encik Titan (Ahmad Faizal). Itu adalah sumber utama rujukan beliau.

Disitulah beliau menceburi affiliate dalam niche kerjaya. Di situ juga beliau mula membuat kajian tentang jawatan-jawatan kerja kerajaan yang kerap dicari dan mempunyai permintaan yang tinggi. Pencapaian demi pencapaian berjaya dicipta sehinggalah pada tahun 2014 ini komisyen yang terkumpul untuk jualan niche kerjaya telah melebihi RM40,000.

Sebagai tanda penghargaan kepada beliau, Tim Infokerjaya yang diterajui Muaz Hadi dan Syed Faiz telah menghadiahkan beliau sebuah iPhone 6. Hadiah ini disampaikan pada majlis Gathering Tim Infokerjaya 2014 yang berlangsung pada 6 Disember 2014 di Palm Garden Resort, tak jauh dari IOI Resort City. Beliau turut menerima sijil penghargaan dan plak cenderahati.

Turut difahamkan beliau turut memiliki bidang perniagaan lain seperti spa di Perlis. Bermakna blogging bukanlah satu-satunya sumber pendapatan beliau. Banyak perkara lagi yang boleh beliau kongsikan sekiranya masa dapat dipanjangkan lagi. Jadi sekiranya anda berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang blogging dan SEO, Zeo Unic adalah orang yang tepat untuk dijadikan rujukan.

Beliau juga ada menceritakan bagaimana rahsia mendapatkan trafik dengan efektif dengan cara blogging. Rahsia ini beliau praktikkan untuk terus kekal sebagai Top Affiliate dalam niche kerjaya bertahun-tahun lamanya.

24 thoughts on “Blogger Rembat RM40 Ribu Dengan Affiliate”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.