Buat bisnes online dalam USD
Bisnes adalah bisnes, tidak kira sama ada dijalankan secara online atau offline. Mengapa buat bisnes online dalam USD? Anda sedia maklum buat duit dengan USD jauh lebih lumayan kerana kadar tukaran nilainya yang tinggi.

7 sebab untuk buat bisnes dalam USD
1. Dibayar dalam USD, belanja dalam Ringgit Malaysia. Ini adalah sebab yang utama mengapa anda harus buat duit dalam USD. Kadar tukaran bagi 1 USD = RM4. Di sebalik keriuhan rakyat Malaysia yang mengeluh tentang kenaikan kos sara hidup, ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka belajar di seberang laut supaya mereka boleh bekerja di sana dan mendapat gaji yang lumayan.
Sebenarnya, anda tak perlu bekerja di negara yang menawarkan gaji dalam USD kerana anda boleh buat duit dengan USD dari rumah sahaja.
2. Kos operasi yang rendah. Ada guru bisnes yang beritahu anda tak perlu keluarkan belanja untuk buat duit. Ini adalah perkara yang tidak benar. Tidak seperti bisnes hartanah, restoran dan kedai runcit memerlukan kos yang tinggi untuk meneruskan aktiviti bisnes mereka. Bisnes internet anda hanya perlukan kos yang rendah.
Domain : RM40 setahun
Hosting : RM100 setahun
Autoresponder : RM80 sebulan
Anda boleh mula beroperasi dengan komputer di waktu malam , tanpa perlukan premis seperti pejabat dan pekerja sepenuh masa.
3. Mobiliti. Disebabkan anda tak perlukan pejabat atau pekerja sepenuh masa untuk menguruskan bisnes online, anda boleh mulakan bisnes di mana-mana sahaja asalkan ada liputan internet, termasuklah semasa anda bercuti di kampung.
4. 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Laman sesawang seperti landing page, minisite atau sales page yang anda gunakan bakal menjadi jurujual bagi bisnes anda. Ia sentiasa online dan bekerja untuk anda setiap hari. Anda tak perlu duduk depan computer sepanjang masa untuk memeriksa tempahan dari pelanggan. Jualan akan berlaku meski pun anda sedang tidur.
Waktu malam di Malaysia, di Eropah dan Amerika pula waktu siang. Masa inilah pelanggan dari luar negara membuat pembelian dari anda.
5. Kelebihan cukai. Sebagai pemilik bisnes, anda akan mendapat pengurangan cukai untuk perjalanan bisnes anda. Untuk hal ini, sila berhubung dengan mereka yang memiliki kepakaran tentang cukai. Cukai tidak boleh dielak tapi boleh mendapat pengurangan.
6. Tak perlu jumpa orang. Khas untuk anda yang introvert, anda boleh berbisnes tanpa perlu keluar berjumpa dengan pelanggan. Buat anda yang pemalu, ini adalah peluang anda untuk buat duit.
Sebagai orang bisnes, anda masih perlu keluar untuk berjumpa dengan orang lain untuk membina jaringan bisnes. Bila ada ramai rakan bisnes, anda boleh mendapatkan lebih banyak peluang untuk meluaskan pasaran bisnes dengan lebih cepat.
7. Pulangan pelaburan yang pantas. Jika anda lihat bisnes hartanah, pulangan pelaburan bisnes ini mengambil masa 12 hingga 16 tahun untuk mendapat modal yang anda keluarkan semasa mula-mula membeli hartanah. Tidak dinafikan pelaburan hartanah ada kelebihan yang tersendiri, tetapi bila anda buat bisnes online dalam USD, pulangan yang bakal anda perolehi adalah lebih pantas dan lumayan.
Wujudkan bisnes yang boleh memberikan pulangan dalam masa sehari, atau mungkin hanya beberapa jam? Ya, anda sedang melihatnya sekarang. Jalankan bisnes online dalam USD.
Bagaimana nak buat duit secara online?
Anda boleh mulakan dengan pemasaran affiliate. Ia adalah cara terpantas untuk dilakukan, validasi pasaran yang pantas, boleh diulang lagi dan lagi dan boleh menghasilkan pendapatan lumayan yang mudah diramalkan.
Pemasaran affiliate ialah anda menjual produk orang lain sebagai ejen bagi mendapatkan komisyen. Kadar komisyen yang ditawarkan boleh mencecah 50%, jauh lebih lumayan dari produk konvensional yang hanya memberikan 2% hingga 5% komisyen.
Contoh produk affiliate adalah produk digital seperti ebook, video, laman keahlian, perisian dan templat. Ia tak perlukan kos tambahan untuk menghasilkan lebih banyak kuantiti. Anda tak perlu hasilkan produk sendiri untuk buat duit, hanya perlu pilih apa produk yang diperlukan oleh prospek dan promosikan pada mereka.
Prospek yang berminat akan membuat pembelian dan anda akan mendapat komisyen daripadanya. Jika mereka tak berminat, anda carilah orang lain yang memerlukannya.
4 langkah untuk bermula
1. Kajian permintaan. Rujuk laman sesawang seperti ClickBank.com atau JVZoo.com untuk mula menjual. Lihat apakah produk yang sentiasa mendapat permintaan dan mencapai jumlah jualan yang tinggi. Selain itu, lihat adakah jumlah komisyen mencecah 50%, komisyen produk upsell dan komisyen berulang jika pembeli membuat tempahan di masa yang akan datang.
2. Bina landing page. Laman yang hanya mempunyai 1 halaman ini bertindak sebagai jurujual. Masukkan borang untuk prospek mendaftar dalam senarai emel anda. Contoh landing page ialah http://thelostways2tell.com/the-lost-ways-2-claude-davis/
3. Bina senarai prospek. Ini objektif anda yang segera, bina senarai prospek. Pendapatan berulang seorang usahawan internet datang dari senarai emel prospek. Ini peranan autoresponder untuk menyimpan 500 hingga 5,000 emel prospek. Anda boleh hantar emel pada bila-bila masa.
Hari ini Google membina senarai emel pelanggan mereka, sama seperti Lazada, Zalora malah bank sendiri turut menghantar emel kepada pelanggan mereka. Jika anda tiada senarai emel, binalah dari sekarang.
4. Dapatkan trafik. Ini adalah komitmen anda sepenuhnya. Ada trafik percuma dan ada yang berbayar. Saya cadangkan anda dapatkan trafik yang berbayar. Mengapa? Trafik berbayar seperti Google Adwords dan Facebook Ads mempunyai pelbagai fungsi untuk mencapai prospek anda dengan lebih pantas. Trafik percuma mengambil masa yang amat perlahan.
Gunakan 1 sumber trafik berbayar terlebih dahulu sebelum anda mencuba platform yang lain. Usah cuba kesemua trafik sekaligus, itu cara yang paling cepat untuk merosakkan bisnes anda!
Bagaimana nak buat USD500 sehari atau RM2,000 sehari
Jika diberikan pilihan, 100,000 ribu Followers (Facebook atau Instagram) atau 100,000 senarai emel, maka senarai emel adalah pilihan yang paling tepat. Bukan semua orang ada akaun di media sosial, tetapi mereka wajib ada emel untuk mendaftar akaun di platform tersebut.
Jika anda sanggup meluangkan 5 hingga 10 minit untuk menulis emel, anda boleh mendapat komisyen yang lumayan. Jika anda berjaya mendapat komisyen USD50 sehari, ia bersamaan RM200. Sebulan boleh dapat RM6,000. Ia adalah pendapatan yang lumayan.
Adakah USD50 sesuatu yang mustahil? Anda boleh pecahkan kepada 2 jualan bernilai USD25 sehari. Berbelanja sebanyak USD25 di Amerika Syarikat adalah perkara biasa.
Anda boleh tingkatkan skala kepada USD100 sehari, bersamaan RM400 sehari. Sebulan boleh capai RM12,000. Jika anda boleh capai jumlah tersebut, maka anda bakal menjana pendapatan yang lumayan melebihi seorang pegawai bank.
Model bisnes online dalam USD ini mudah diskalakan dan boleh diduplikasi. Menghasilkan USD1,000 hinggga USD2,000 sehari secara online adalah sesuatu yang biasa. Bahagian yang paling menyeronokkan ialah bisnes ini adalah dalam kawalan anda. Jadi binalah senarai emel anda supaya anda boleh menghubungi prospek anda pada bila-bila masa tanpa perlu ada laman yang terlalu kompleks.
Anda boleh menghantar emel kepada mereka selagi emel mereka masih berada dalam senarai emel anda. Berbuat baiklah kepada mereka dan mereka akan berbuat baik kepada anda semula. Anda tak perlu jadi seorang selebriti, cukuplah dengan memiliki senarai emel untuk buat duit walau pun anda tidur.
Gunakan cara ini untuk membina pendapatan affiliate dari USD500 atau RM2,000 sehari secara konsisten sehingga mencapai RM60,000 sebulan. Perlu anda ingat, ada peratusan kecil caj yang bakal dikenakan untuk transaksi PayPal. Jika anda kekurangan wang belanja dan perlukan wang, hantarlah informasi yang bermanfaat kepada prospek anda.
Anda boleh menikmati hari cuti, melabur dalam hartanah dan banyak lagi yang anda boleh buat dengan wang bisnes online dalam USD. Jika sehari anda boleh dapat USD200 sehari atau USD6,000 sebulan yang sama dengan RM24,000, pendapatan anda lebih banyak dari pengurus bank. Tugas anda hanyalah tinggal di rumah dan hantar emel.
Boleh ke saya buat?
Maaf, jawapan bagi soalan ini hanya boleh anda jawab sendiri. Saya tidak tahu etika kerja anda, saya tidak tahu bagaimana komitmen anda dan usaha untuk anda berjaya juga saya tidak tahu. Saya tidak mengenali anda sehingga begitu jauh.
Perkara yang paling selamat ialah anda belajar bagaimana nak buat bisnes online dalam USD. Jika anda orang baru dan mahu mula buat duit dalam USD, target untuk dapat USD50 sehari. Apa yang anda perlu buat ialah usaha dengan konsisten dan skalakan pendapatan kepada USD100 sehari. Dari situ anda boleh tingkatkan kepada USD200 hingga ke USD500 dan ke atas.
Jika anda berjaya dapat RM60,000 sebulan atau RM720,000 setahun, anda sudah berada dalam kelompok orang kaya baru di Malaysia. Hanya dengan mempromosikan produk orang lain, anda boleh menjana pendapatan yang lumayan.
Boleh tak anda lakukannya?
Boleh!
Dengan syarat anda patuhi rahsia untuk berjaya di bawah ini.
1. Percaya. Anda harus tahu ianya boleh dilakukan sebelum anda bertindak. Percayalah pada kebolehan diri anda.
2. Sikap. Apa fokus anda untuk berkembang maju dalam hidup? Internet adalah tempat yang sibuk dengan banyak peluang untuk buat duit. Elakkan daripada terganggu dengan perkara yang tidak bernilai kepada anda. Isi masa anda dengan aktiviti yang boleh menambahkan wang daripada terus membuang masa.
Sebab itu mereka yang berjaya tidak berbicara tentang perkara yang tidak bermanfaat. Bekerjalah dengan mereka yang boleh membantu menyelesaikan masalah dan memiliki motivasi yang positif.
3. Ukur baju di badan sendiri. Anda tak boleh uruskan sesuatu yang tak pasti. Buat catatan proses kerja dalam bisnes anda. Dari situ anda boleh kesan apa perkara yang perlu dan tak perlu.
4. Mentor. Untuk mempercepatkan perjalanan bisnes anda, cari seorang mentor yang boleh membimbing anda. Belajar sendiri mungkin bagus, tetapi anda tidak akan mendapat panduan yang betul bagaimana nak menjalankan bisnes. Untuk mulakan bisnes online dalam USD, saya cadangkan anda belajar menerusi cara pantas buat duit USD edisi terkini.
Dengan belajar dari mereka yang berpengalaman dalam bisnes USD, anda boleh mengurangkan risiko untuk gagal kerana mereka telah melaluinya terlebih dahulu. Bukan itu sahaja, mereka mempunyai Group Support untuk membantu anda memulakan bisnes online dalam USD. Oleh itu, belajarlah dariĀ cara pantas buat duit USD sekarang juga.
belum pernah pegang duit dollar tuan saya ini bayaran ads pun dalam mata uang indonesia
jalan jalan recently posted…40 Hotel Murah di Bandung Kota dan Sekitarnya
Masih ada waktu untuk mencuba komisyen dalam USD.
FUHH..kalau kena cara, kena masa usd6000 senang2 boleh buat dgn dok depan laptop sahaja kan..
tidak mustahil!
JMR recently posted…Muzium Tentera Darat Port Dickson
Ya, kalau pernah buat USD60, mesti boleh buat USD600 dan USD6,000.
Lumayan kalau buat duit dalam USD.. tukar Ringgit Malaysia 4 kali ganda..
Padu
Dedaun Comel recently posted…Faedah Yang Anda Dapat Dengan Amalan Berjimat Cermat
Ya, lumayan hasil dalam USD.
Info yang cukup padat dan bermanfaat pada yang teringin nak jana pendapatan USD online
Terimakasih atas perkongsian nya
Sama-sama, terima kasih sebab kongsikan link blog saya dalam blog puan.
Info yang padat..thanks sharing info tuan
Lokman Hakim recently posted…Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2018 Online
terbaik tuan, saya belum mampu jana income besar dengan affiliate. hanya adsense sahaja saya tahu.
Bole to long tunjuk ajar ka sifu saya zero tentang pengatahuan online bussines
MEmang menarik, sebab kadar tukaran ni memang tinggi kan
Mazni Azmi recently posted…Set berpantang terbaik? Ini 11 Cara memilih produk terbaik untuk pantang bersalin!
ramai yang berlumba2 nak buat duit usd sekarang ni terutama blogger. adsense pun dah tak cerewet mcm dulu
nikkhazami recently posted…Sinopsis Andainya Takdir 2 Tv3
1
Menarik sangat artikel ni. Lama dah tak jumpa bro Ikhwan. Lagi satu lama dah saya tinggal game USD ni. Lepas baca artikel ni semangat sikit nak start balik dari kosong.