Buat bisnes untuk lebih masa dengan famili
Setiap manusia yang menjalankan bisnes baik secara sampingan atau sepenuh masa pasti ada impian yang tersendiri. Bermula dengan hasrat untuk menambah pendapatan hinggalah buat bisnes untuk lebih masa dengan famili. Pastinya berbisnes ini penuh dengan cabaran.

Ada saya terima kiriman emel dari Azian Usman, usahawan internet yang buat bisnes sepenuh masa dalam niche bisnes produk digital. Lepas 4 tahun kerja pejabat, beliau berhenti kerja. Beliau berhenti kerja selepas pendapatannya sudah setara dengan sebulan gaji.
Di antara sumber pendapatan beliau ialah :
- Ebook dan video panduan
- Pembekal produk sokongan tulang belakang
- Latihan dan bimbingan bisnes
- Affiliate
- Stokis Lemonade Xpresh
Azian turut berkongsi sumber trafik peribadi beliau iaitu dari :
- Profil Facebook
- Pemasaran emel
- Facebook Ads
- Video SEO
Rahsia untuk beliau konsisten dalam bisnes sepenuh masa ialah, database prospek dan pelanggan yang beliau miliki. Tanpa kedua-dua perkara ini, bisnes anda dalam bahaya. Hari ini untung ribu-ribu, esok lusa mungkin puluh ringgit sahaja.
Bisnes tak sama dengan kerja makan gaji, setiap hujung bulan sudah ada gaji yang menanti. Carilah ilmu pemasaran yang kukuh sebagai bekalan bisnes. Jika anda mahu berhenti kerja, belajar dahulu cara promosi yang boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.
Oleh itu, belajarlah mengumpul database prospek untuk ditukarkan menjadi pelanggan supaya bisnes yang anda jalankan boleh bertahan untuk jangka masa panjang. Anda juga boleh belajar untuk buat duit dengan bisnes di Shopee sebagai langkah permulaan bagi meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga anda.
Saya memang failed lah bab kumpul data prospek ni. Rugi kalau tak simpan data mereka kan?
Noriza Abdul Rahman recently posted…Tanda-tanda Amaran Kanser Ovari yang Wanita Tidak Tahu!
memang rugi kalau simpan data prospek..
kita buat follow up dengan mereka..
Hero Borneo recently posted…Rahsia Jadi Kaya Terbongkar Selepas 30 Hari
emel marketing saya belum betul-betul belajar lagi
raihanah ahmad recently posted…Resveratrol Bantu Melegakan Sakit Lutut
belajar la puan..
memudahkan proses untuk pemasaran secara tetap pula..
Hero Borneo recently posted…Rahsia Jadi Kaya Terbongkar Selepas 30 Hari
email marketing dr dulu hingga kini, sentiasa relevan..
betul tu….memang tidak dinafikan kepentingannya…
Hero Borneo recently posted…Rahsia Jadi Kaya Terbongkar Selepas 30 Hari
bisnes online banyak cabangnya..
kelebihan bisnes online ialah kos rendah dan banyak masa untuk bersama keluarga
Hero Borneo recently posted…Ilmu Dari Balai Polis Kota Samarahan
Sokong sangat2… dapat luangkan masa dgn family…
Wan Syahida recently posted…Dulu Saya Pernah Benci, Tapi Kemudian Saya Jadi Suka
masa yang berkualiti dengan keluarga memang patut digunakan sebaik-baiknya dan cara terbaik untuk mendapatkan itu semua dengan bisnes
Hero Borneo recently posted…Rahsia Jadi Kaya Terbongkar Selepas 30 Hari
Itulah yang dicari. Time and financial freedom. Ada masa untuk family, bebas beraktiviti.
Naimah Wahab recently posted…7 Kelebihan Bisnes Online Sebagai Penjana Pendapatan
Benar, ada masa dengan famili sambil berbisnes.
betul tu. jgn berhenti kerja secara melulu. belajar dulu selok belok bisnes
nikkhazami recently posted…McDonald’s Fish and Fries Malaysia Review
Hari ini saya pilih kerjaya ini.
Selain database, org berbisnes perlu pelbagaikan bisnes diorg. multisource income. kalau rugi satu, takdelah terus jatuh terduduk
JMR recently posted…PENGALAMAN DAYYAN KE DEMC CHILDREN’S DAY CELEBRATION 2017. MERIAH! HAVOC!
Betul, pelbagaikan paip pendapatan supaya dapat cipta lebih banyak mesin duit.
Memang bagus kalau dapat lebih masa dengan keluarga
Tapi kena seimbangkan juga kan tuan
Mazni Azmi recently posted…Petua awet muda dari doktor & Pakar kecantikan ini selamat & berkesan!