Buat duit dengan ASB
Amanah Saham Bumiputera (ASB) menyediakan peluang kepada warganegara bertaraf Bumiputera untuk membuat pembelian saham dengan ganjaran yang lumayan. Penduduk Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 6 bulan (Akaun Remaja) dan 18 tahun (Akaun Dewasa) digalakkan untuk buat duit dengan ASB. Simpanan boleh dimulakan serendah RM10.00 dan maksimum RM50,000 (Akaun Remaja) dan RM200,000 (Akaun Dewasa). Kadar dividen ASB pada tahun 2014 ialah 7.5% dan bonus 1.00%.

Teknik buat duit dengan ASB RM100,000
Untuk buat duit dengan ASB, anda boleh mulakan secara pinjaman RM100,000 dari mana-mana bank yang menyediakan kemudahan ini. Tetapkan 25 tahun sebagai tempoh maksimum. Gunakan dividen pertama yang anda perolehi untuk membayar pinjaman ASB berjumlah RM7,200. Bayar pinjaman ASB sebanyak RM600 setiap bulan dari duit dividen ASB kepada bank.
Baki yang tinggal dalam ASB masih lagi menjana dividen. Untuk tahun hadapan, ulang langkah yang sama untuk tempoh yang anda mahu seperti 24 bulan. Selepas tamat 24 bulan, anda boleh batalkan pinjaman ASB. Maklumkan pada bank awal 2 bulan dari tarikh pembatalan. Kemudian mohon sekali lagi untuk buat pinjaman ASB dari ejen yang sama.
Duit berganda lepas 2 tahun
Selepas 24 bulan, duit ASB anda RM7,200 tahun lepas akan menjadi RM10,700 (RM7,200 + RM3,500). Dalam tempoh 24 bulan, pulangan yang anda dapat ialah RM3,500 dari modal sedia ada RM7,200. Keuntungan anda ialah 24.3% setahun (3,500/7,200 = 48.6% selama 24 bulan). Perkara lain yang harus dilihat ialah :
- Lebihan aliran tunai RM7,750 – RM7,200 = RM550 setahun, 2 tahun sudah jadi RM1,100.
- Bonus sebanyak RM115 pada tahun pertama dan RM230 pada tahun kedua, jumlahnya ialah RM345.
- Dividen baki yang ada dalam ASB sebelum anda keluarkan untuk bayaran pinjaman ASB iaitu 7,200 x 7.75%/2 = RM279 setahun, 2 tahun sudah RM558.
RM1,100 + RM345 + RM558 menjadikan RM2.003, tambah dengan RM3,500 jadi RM5,503. Dalam masa 2 tahun anda dapat pulangan 76.4% (5,503/7,200). Setahun anda dapat lebih kurang 38.2% setahun. Ini adalah kiraan anggaran sahaja.
duit banyak, senang la dapat habuan lebih sikit.
titan recently posted…Kekal Sihat dan Langsing dengan Set Bersalin NR (Nona Roguy)
Simpan komisyen affiliate dalam ASB setiap bulan.
Alhamdulillah, dengan ilmu yang bermanfaat di kurniakan Allah. Boleh jadi sumber rezeki halal dan berkat.
Mama Hakim recently posted…LPPSA Pinjaman Perumahan Kerajaan. 5 Tips Mudah Supaya Lulus!
banyak jalan buit duit ya ya dari ASB pun bisa seperti ini
jalan dan makan recently posted…Resep Pizza Goreng Mini , Simple dan Lezat bisa untuk dijual
Saya pernah dpt nasihat dri pihak bank mengenai asb nih…dy punya calculation jumlah pendapatan yang ada…menarik dan tertarik…tpi masih fikir lagi.. Tpi info ni bertambah lagi keyakinan.
Lokman Amirul recently posted…Lirik Lagu Luar Biasa Ismail Izzani ft. Alif
ASB ni dari dulu lagi terkenal yang pelabur boleh dpt banyak habuan
nikkhazami recently posted…Sinopsis Zahir Tak Terucap Tv3
Berminat jugak dah buat duit dengan ASB ni..tapi nak belajar sampai faham dulu..terima kasih tuan atas info
Hamidah Ahmad recently posted…Punca Bayi Susah Tidur dan Tips Menyelesaikannya
Peluang yang ada untuk buat duit halal dan berkat jangan disia siakan
Mazni Azmi recently posted…Pencuci Muka Terbaik DIY Di Rumah! Ada 4 Resepi Yang Berkesan
satu kelemahan loan asb ialah ia menganggu kredit report kita dimana susah nak buat loan rumah or kereta.
Bergantung pada bank, sebab ada bank yang iktiraf ASB Financing sebagai pendapatan selepas setahun ia dibuat.