Buat duit dengan saham IPO
Menurut sebuah akhbar harian, Malakoff Corporation Bhd bakal memperolehi RM2.74 bilion menerusi saham IPO. Syarikat Penyedia tenaga bebas terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara ini bakal memiliki pasaran modal sebanyak RM9 bilion apabila disenaraikan dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia. Anda boleh mendapat saham IPO ini dengan kadar RM1.80 seunit apabila ia disenaraikan pada 15 Mei 2015 di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Apa itu saham IPO?
IPO dikenali dengan nama Initial Public Offering atau lebih mudah disebut Saham Terbitan Awal. Sebelum saham IPO disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, ia akan ditawarkan kepada pelabur bumiputera, pelabur institusi dan orang awam. Nilai yang ditawarkan kepada adalah berbeza kepada 3 kategori pelabur tersebut. Prospektus yang berkaitan dengan saham IPO hanya akan diberikan ketika ia ditawarkan kepada orang awam.
Saham IPO ini mempunyai potensi untuk meningkat dengan amat tinggi. Saham IPO Berjaya Auto atau BJ Auto merupakan pengedar kereta Mazda di Malaysia. Pada peringkat permulaan, sahamnya hanya bernilai 70 sen seunit. Ianya telah meningkat sehingga RM2.10 seunit, 3 kali ganda dari harga asal.
Berbalik kepada Malakoff Corporation Bhd yang mula menyenaraikan saham IPO, aktiviti ini akan mencuri tumpuan pelabur-pelabur kerana ia diramalkan meningkat dengan lebih tinggi. Ada banyak lagi contoh-contoh saham IPO yang menawarkan peluang seperti ini. Anda hanya perlu mencarinya dari masa ke semasa di surat khabar, majalah atau paling mudah cari saja menerusi internet.
Bagaimana nak belajar urusniaga saham?
Bagi anda yang baru nak bermula dan nak belajar memahami saham, anda boleh rujuk kepada Teknik Buat Duit Dengan Saham kerana ianya ditulis oleh orang yang berpengalaman dengan saham. Boleh dikatakan penulis ebook ini sendiri yang menjalankan urusniaga jual beli saham. Sebelum anda melabur dalam saham, lebih baik anda laburkan sebahagian wang untuk belajar mengenainya.
Anda tidak akan rugi jika mengeluarkan wang untuk belajar. Itu lebih baik daripada wang anda lebur akibat rugi kerana tidak ada ilmu dalam pelaburan saham. Untung atau rugi dalam pelaburan bergantung pada ilmu dan pengalaman yang anda miliki. Oleh itu belajarlah dari mereka yang berpengalaman luas dalam saham ini. Terus dapatkan Teknik Buat Duit Dengan Saham untuk memulakan pelaburan saham anda.
kalau ada duit banyak bagus melabur..biar duit cari duit..
mrhanafi recently posted…Peluang Best Buat Side Income
Yes, let the money work for you.
bagus juga mencuba saham IPO ni, rasanya dah ramai yang telah melabur dalam IPO
Wan Zawawi recently posted…Sakura Candy Beucure
Boleh dijadikan duit sampingan, tampung poket yang bocor.
sekarang tengah misi cari duit..
mrhanafi recently posted…Susahnya Kalau Tak Ada Duit
pelaburan perlukan ilmu…bagus kalau dapat beli panduan buat duit dengan saham IPO ni….
Benar, sebelum duit melebur baik melabur dahulu dalam ilmu pelaburan.
Macam menarik sebab dah lama juga nak get involved dengan saham ni. Dulu-dulu main juga tapi tumpang akaun kawan je.Time market boom, memang sakan belanja.Sekarang saham pun dah murah.Berapa harga ebook ni ye ?
Ebook ini bernilai RM250, tapi ada diskaun harga jadi boleh tempah dengan harga RM210.
Ohhh…ni menda baru ke dah lama bro? Sebab saya baru tahu ni..haha
Hafizul recently posted…Pendapatan Ke 39 Dari Jobdirumah
Apa-apa pun mesti dalami ilmu dulu baru boleh ceburkan diri. Zaman sekarang ni ada macam-macam kan..
Ibu Zarith recently posted…17 Amalan Semasa Hamil Untuk Mendapat Anak Mendengar Kata Dan Bijak
Benar, kalau tiada ilmu memang cepat duit melebur.
Kena buka akaun CDS dulu hehehe.
Melabur ni kena ada ilmu yang betul kalau tidak pelaburan akan lebur..
SaniYunus recently posted…Alza Takkan Menjadi Myvi!
Boleh guna duit KWSP tak untuk melabur saham ni?
Noriza Rahman recently posted…Promosi Set Singkir Kolesterol TANPA ubat
Saham IPO tak boleh guna wang KWSP.
How to learn
ada modal sangat bagus untuk beli Saham Ipo
mrhanafi recently posted…Ayat Power Promosi Online Buat Duit
Baru tahu tentang saham IPO ni walaupun post ni dah lama hehehe… Betul tu, dalam2 apa tindakan kita, tanpa ilmu yang betul boleh meleburkan pelaburan kita. Ilmu dan pengalaman adalah guru yang utama.
Wanz Cop Baju recently posted…Website Cop Baju Printing Mesra Pengguna Mobile
Saya dah berada dekat dengan mereka yang main saham ni. Tapi tak berani lagi nak menanggung risiko.. huhu
Kena betul2 penuhkan ilmu berkenaan saham terlebih dahulu.
Cik Norizam recently posted…Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna
saham ipo ni belum pernah masuk lagi. harap ada peluang
raihanah ahmad recently posted…Shaklee Collagen Powder Drink Terbaik Di Pasaran
oh ini yang mereka katakan saham ipo ya. Inshallah kawan pun nak try juga lah
onlajer recently posted…Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi
yang penting, kena belajar dulu selok belok saham IPO ni. gunakan kesempatan yang ada utk terus buat duit
nikkhazami recently posted…Panduan Pelaburan Saham di Malaysia