Buat Duit Dengan Uber

May 01

Buat duit dengan Uber

Uber adalah syarikat yang baru sahaja berusia 5 tahun dan berpusat di Silicon Valley dan sudah menjalankan operasi mereka di 311 buah bandar dalam 58 buah negara. Bermula sebagai sebuah syarikat yang kecil, kini dikatakan Uber mempunyai nilai USD50 bilion dengan 1 juta orang pemandu. Uber turut meluaskan operasinya di Malaysia.

Sejak Uber diperkenalkan, ramai pemandu teksi mengeluh kerana Uber telah mengambil alih sebahagian besar pasaran kereta sewa. Dengan Uber, caj tambang yang dikenakan jauh lebih rendah dan anda boleh pilih kereta yang lebih selesa dari teksi. Ramai pemandu kereta yang menyertai Uber dapat menjana pendapatan yang lumayan.

Ada di kalangan pemandu teksi yang berhenti memandu teksi dan menggunakan kereta peribadi untuk menyertai Uber. Pihak Uber turut membuka peluang kepada anda untuk terima komisyen dari Uber tanpa memandu kereta dan keluar rumah. Ada seorang pemandu Uber menjana wang sebanyak RM2,000 sebulan hanya dengan memandu secara sambilan.

Seorang bekas staf CIMB yang sudah berkhidmat selama 6 tahun kini menjadi pemandu Uber sepenuh masa boleh mendapat RM7,500 – RM8,000 sebulan. Beliau pernah memandu secara sambilan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sebelum mengambil keputusan untuk menjadi pemandu Uber sepenuh masa.

 

buat-duit-dengan-uber

Dengan Uber, anda boleh menjana RM1,500 hingga RM4,000 sebulan.

 

3 kelebihan memandu dengan Uber

Persaingan aplikasi Ride-Sharing Uber berlaku dengan pesat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Dikatakan Uber telah menjejaskan pendapatan pemandu teksi. Aplikasi iTeksi dan Taxi2u yang dihasilkan untuk pemandu teksi ternyata tidak membantu. Sebenarnya, ada 3 kelebihan memandu dengan Uber berbanding dengan memandu teksi.

1. Struktur kos pemandu teksi. Permit teksi dikawal kerajaan dan diberi kepada syarikat. Syarikat tersebut pula akan memberikan kepada individu yang mahu menjadi pemandu teksi. Ia diberi secara sewaan dengan kereta sekali. Pemandu teksi yang terlibat perlu menjelaskan bayaran setiap hari kepada syarikat tersebut.

Setiap hari RM55 perlu dibayar oleh pemandu teksi atau RM1,650 sebulan dalam masa 5 tahun. Dengan kos tersebut mereka hanya dapat kereta Proton Saga atau Proton Persona sahaja. Untuk dapat kereta tersebut, RM500 sudah cukup. Namun bayaran sebanyak itu sepatutnya boleh digunakan untuk memiliki sebuah kereta Honda Civic atau pun Hyundai Elantra.

Dari segi kos, pemandu teksi perlu mengeluarkan RM55 sehari berbanding dengan pemandu Uber yang bermula dengan tanpa sebarang bayaran kepada Uber. Pemandu teksi tidak mendapat ramai penumpang seperti pemandu Uber. Hanya dalam masa 4 ke 6 jam, pemandu Uber boleh dapat RM55.

Tanpa bantuan teknologi, pemandu teksi terpaksa menunggu di stesen LRT, lapangan terbang, pusat membeli belah dan hentian teksi demi mendapatkan seorang penumpang. Mereka terpaksa bekerja dengan lebih lama untuk mendapatkan lebih banyak wang. Pemandu Uber hanya perlukan masa beberapa jam sahaja bagi mendapatkan keuntungan yang lebih banyak.

2. Uber ada teknologi aplikasi yang mantap. Dibantu dengan teknologi aplikasi Uber, mereka tak perlu menunggu dengan lebih lama. Tambahan pula, mereka dilengkapi dengan maklumat kawasan yang mempunyai permintaan tinggi dengan Uber. Selain itu kecekapan pada waktu puncak turut memainkan peranan.

Bila tiba waktu hujan turun, waktu kerja dan hari minggu, permintaan terhadap teksi boleh melonjak dengan lebih tinggi. Masalahnya ialah berlaku lambakan teksi pada waktu bukan puncak dan tiba-tiba permintaan meningkat bila tiba waktu puncak.

Uber menggunakan peluang ini untuk mengenakan caj tinggi di kawasan yang sibuk pada waktu puncak. Pemandu Uber akan mendapat maklumat ini dengan lebih awal menerusi aplikasi Uber dan bersiap sedia untuk mengambil penumpang di sana. Pemandu teksi pula tidak memiliki fleksibiliti harga dan teknologi seperti Uber.

Tambang teksi mengikut meter dan tetap. Tiada imbuhan yang ditawarkan pada mereka seperti yang Uber berikan pada pemandu mereka. Tan Sri Wahid Omar juga pernah memandu dengan Uber. Pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut mengiktiraf operasi Uber di Malaysia.

Jika servis Uber diharamkan, ia semestinya tidak akan membantu servis teksi bertambah baik. Ada kawasan seperti Rawang, Sepang, Salak Selatan dan Selayang yang tiada kemudahan pengangkutan awam. Maka di sinilah Uber memainkan peranan. Uber membolehkan pemandu mereka mengambil dan menghantar penumpang ke tempat yang tiada teksi.

Uber mengambil dan menurunkan penumpang dari rumah terus ke pejabat dan dari rumah ke stesen komuter atau LRT. Berbeza dengan servis teksi yang perlu menunggu di hentian teksi dan menurunkan penumpang di hentian teksi juga. Dikatakan pengguna Uber sudah mencecah 350,000 orang sehingga kini. Pastinya mereka tidak berminat untuk menaiki teksi kembali.

3. Uber menyumbang kepada ekonomi negara. 60,000 orang rakyat Malaysia sudah mendaftar sebagai pemandu Uber. Baik sepenuh masa dan sambilan, ekonomi Uber sudah mencapai RM200 juta sebulan. Dalam setahun, angka RM1.2 bilion boleh dicapai. 25% tambang akan diambil oleh Uber, selebihnya 75% akan diberi kepada pemandu Uber. Ini satu pendapatan yang sangat lumayan bila memandu dengan Uber.

Pendapatan pemandu Uber kebanyakannya mencecah RM4,800 sebulan. Selain dari itu, bengkel-bengkel servis kereta dan tayar turut menerima tempias dari pemandu Uber apabila mereka membaiki kenderaan. Kutipan cukai pendapatan turut bertambah bila pendapatan pemandu Uber meningkat.

 

Buat duit dengan UberX

Memandu bersama Uber berpeluang untuk menjana kekayaan dengan cara dan strategi yang betul. Dengan memilih untuk menjadi Uber Partner, anda boleh bermula dengan memandu UberX. Buat duit dengan UberX adalah kaedah yang paling asas dan mudah dengan Uber. Servis UberX adalah servis kos rendah berbanding UberXL dan Uber Black.

Servis UberX boleh didapati di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Ipoh.

 

Berikut ialah harga servis UberX untuk bandar Kuala Lumpur.

Tambang asas : 95 sen
Per minit : 25 sen
Per kilometer : 60 sen
Tambang minimum : 95 sen
Caj pembatalan : RM5

 

Johor Bahru

Tambang asas : RM1
Per minit : RM1
Per kilometer : 50 sen
Tambang minimum : 25 sen
Caj pembatalan : RM5

 

Pulau Pinang

Tambang asas : 0
Per minit : 0
Per kilometer : 50 sen
Tambang minimum : 20 sen
Caj pembatalan : RM5

 

Ipoh

Tambang asas : RM1
Per minit : RM1
Per kilometer : 50 sen
Tambang minimum : 25 sen
Caj pembatalan : RM5

 

Untuk menjadi pemandu UberX, anda perlu mematuhi syarat minimum seperti di bawah :

1. Memiliki kereta yang dibuat selepas tahun 2009.
2. Kereta yang dipandu mempunyai 4 pintu.
3. Tidak terdapat kerosakan kosmetik atau ada kepingan yang hilang.
4. Tiada sebarang unsur iklan pada kereta.
5. Tidak menggunakan van penumpang yang besar atau trak kerja berat.

 

Bagaimana nak buat duit dengan UberX?

Baiklah, pastikan anda mendaftar dahulu dengan Uber sebelum memandu. Seterusnya, anda perlu memandu di kawasan servis utama (Core Service Area) seperti Petaling Jaya, Ampang, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur, Damansara, Bukit Tunku, Hartamas, Mont Kiara, Bangsar dan Bangsar South. Rujuk senarai kawasan servis utama Uber di Kuala Lumpur.

 

Contoh kiraan pendapatan Uber Driver

Ambil contoh kiraan yang mudah. Jika anda membawa penumpang dari Ampang ke Petaling Jaya, kadar tambang yang dikenakan ialah RM30. Pihak Uber akan mengambil RM6 dan baki RM24 akan diberikan pada anda. Jika anda berjaya mendapatkan RM900, Uber akan mengambil RM180 dan baki RM720 dimasukkan ke akaun anda.

25% tambang diambil oleh Uber dan 75% adalah milik anda. Lumayan bukan? Bayaran perjalanan akan dimasukkan ke akaun anda setiap hari Selasa. Jadi anda tidak perlu risau dengan wang kerana setiap minggu Uber akan membuat pembayaran. Jadi anda sudah boleh rancang apa yang nak dibuat jika berjaya mendapatkan bayaran lumayan dari Uber.

 

Sertai Uber dan bina pendapatan dari sekarang

Anda sudah lihat sumbangan Uber di Malaysia. Adakah anda mahu lihat sahaja pemandu Uber membina pendapatan mereka?

Daftar sekarang tanpa sebarang bayaran dan jana wang bersama Uber di sini :
[+] https://get.uber.com/drive/?invite_code=m6wmnf62ue

468 ad

19 comments

  1. siapa punya website tu ehh..
    titan recently posted…Jobdirumah Payment – Kali ke 620-645My Profile

  2. Menarik!Sangat menarik.Saya nak beli ebook ni Insyaallah.

  3. saya dah macam tergoda lak pulak nak dapat duit sebanyak itu
    mrhanafi recently posted…Cabaran Terhebat Seorang Penulis BlogMy Profile

  4. azlan /

    Dh baca salesletter, rasa mcm nk grab satu tp masih lagi tunggu review drp pembeli lain.

  5. Menarik ni… mantap juga. Thanks sharing tuan… 🙂
    Khir Khalid recently posted…Tips 10 Langkah Penting Untuk Mencapai KejayaanMy Profile

  6. Fuh..menarik ni
    Rasa macam nak sambar satu je 🙂

  7. Wah lunayan besar pendapatannya tu…..
    Nila anggraini recently posted…Cara Atasi Masalah Kencing Manis Agar Tak Melarat Sampai Potong KakiMy Profile

  8. Kena betul-betul rajin ni jangan dup nampak angka semata-mata je tapi usaha tak ada
    Khairul Zamri recently posted…Tips Menjual Air Balang di Bulan RamadhanMy Profile

  9. Wah hebat, dapat rm5k sebulan pun masih belum berpuas hati..ini memang minda jutawan
    Noriza Rahman recently posted…DIET Pemakanan Semasa Proses Detoks ParasitMy Profile

  10. Info yang bermanfaat…
    Saya pun sedang mencari lebih banyak info tentang perkhidmatan Uber…
    Terima kasih di atas perkongsian info… 😉
    Anuar recently posted…Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.My Profile

  11. Nampaknya semakin ramai dah daftar Uber
    Khairul Zamri recently posted…Hutan Rekreasi Tanjung TuanMy Profile

  12. Memang dah jadi trend. Kita kena melihat dari sudut positif keberkesanan uber terhadap masyarakat. saya dah compare harga di Uber dengan Grabcar. Untuk destinasi yang sama, saya dapat jimat sehingga RM10-RM15 dengan Uber.

  13. skrg ramai berlumba2 nak buat uber
    raihanah recently posted…Peluang Jalani Hidup Lebih Baik Walaupun Sakit Buah Pinggang Tahap 4My Profile

  14. ramai org pakat buat uber skang huhu

  15. Masyuk buat Uber sekarang. Cuma kena jaga2 dengan teksi samseng
    Belajar Saham recently posted…Pesanan Sifu Saya Semasa Saya Baru Belajar Saham!My Profile

  16. Macam menarik je buat uber ni..
    yazidane recently posted…Dapatkan Album Terbaru Dato Siti Nurhaliza – SIMETRISITI 2017My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge