Buat duit masa isteri mengandung
Bila sudah berkahwin dan isteri pula disahkan hamil, pasti rasa gembira sebab ahli keluarga bakal bertambah. Bosan dengan soalan bila nak ada anak, situasi ini sudah pasti menamatkan soalan yang tak enak didengari. Sementara tunggu anak lahir, ibu dan bapa atau suami dan isteri kena usaha buat duit masa isteri mengandung sebab nak sediakan belanja untuk anak yang bakal lahir.
Bersabar untuk 18 tahun
Bila anda buat pembiayaan ASB, sejumlah RM146,900 boleh diperolehi sebelum anak berusia 18 tahun. Strategi yang dikongsikan oleh Amir Syahir boleh memudahkan cara untuk anda buat duit masa isteri mengandung. Pilih pembiayaan ASB berjumlah RM50,000 untuk jangka masa 30 tahun dengan kadar faedah anggaran 5.2%. Bayaran bulanan ialah RM300 untuk simpanan wang anak anda.
Gunakan wang gaji untuk menjelaskan ansuran bulanan. Simpan buku ASB dan jangan usik dividen tersebut. Biarkan dividen dan bonus tersimpan rapi. Sebaik sahaja anak anda mencapai usia 18 tahun, batalkan pembiayaan ASB dan bulan ke 216 (18 tahun) andan akan dapat jumlah dividen terkumpul RM126,200 jika dividen ASB 7.25%, pulangan principal RM20,700 dan jumlahnya ialah RM146,900.
Melabur selain ASB
Rujuk visual untuk lihat pengiraan dividen dan pulangan prinsipal. Baki pinjaman pada bulan ke 216 ialah RM50,000 – RM29,300 dapat RM20,700. Di antara cara lain yang boleh dipraktikkan yang beliau sarankan ialah menyimpan di Tabung Haji sebanyak RM300 selama 18 tahun. Selepas 18 tahun, simpanan tersebut terkumpul sehingga RM53,500.
Selain itu, anda boleh simpan dengan takaful pendidikan. Walau bagaimana pun, sila rujuk dengan wakil takaful untuk melihat jumlah simpanan yang tepat. Anda juga boleh membuat pelaburan di unit amanah dengan simpanan RM300 sebulan. Lepas 18 tahun, keluarkan untuk belanja anak di universiti. Sekurang-kurangnya cara ini akan dapat menyelamatkan anak anda dari meminjam dengan PTPTN.
Jika anda mahu membuat pelaburan kurang dari 5 tahun, sila rujuk artikel yang menggabungkan pelaburan ASB dan ASB2.
Terima kasih untuk tips yg sangat berguna ni.
Kauthar mohd recently posted…Kelebihan Youth Radiance C & E Untuk Rawatan Intensif Pada Kulit Wajah Anda