Uber

Buat Duit Raya Dengan Uber

Buat duit raya dengan Uber

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, memang ramai orang akan berfikir tentang puasa dan solat tarawih. Baju raya juga sudah bermain difikiran, takkan nak pakai baju raya tahun lepas punya. Bagi yang berminat untuk tambah pendapatan, mereka akan berniaga di bazar Ramadan, berniaga di internet atau buat duit raya dengan Uber.

Dalam blog saya, ada banyak artikel yang sudah ditulis untuk buat duit di bulan Ramadan. Kali ini, saya memilih untuk fokus pada buat duit raya dengan Uber. Bagi anda yang tinggal di bandar, memandu dengan Uber adalah satu peluang yang tak patut dibiarkan. Anda boleh memandu Uber secara sambilan atau sepenuh masa.

 

buat duit raya dengan uber
Memandu dengan Uber boleh membantu anda kumpul duit raya.

 

Pendapatan RM100 sehari dengan Uber

Anda boleh memandu dengan Uber sambil menjana pendapatan yang tiada hadnya. Memandu dengan Uber boleh dimulakan secara sambilan sebelum anda memandu sepenuh masa. Dari serendah  RM100 sehari, anda boleh mendapat sehingga RM700 seminggu atau RM2,800 sebulan. Caj yang dikenakan berbeza mengikut jenis kereta yang dipandu, waktu dan tempat.

Anda boleh bermula dengan kereta 4 pintu seperti Proton Saga, Persona, Inspira, Perdana, Perodua Viva, Axia, Myvi dan Bezza untuk UberX. Kereta yang melebihi usia 10 tahun tidak boleh digunakan untuk memandu dengan Uber.

Bukan semua bandar mempunyai servis Uber. Setakat ini, Uber boleh didapati di Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Langkawi, Kota Kinabalu, Miri, Selangor, Kuching, Seremban dan Kuala Lumpur.

Tanpa perlu keluar rumah, anda boleh memohon untuk memandu dengan Uber. Hanya perlu klik link di bawah dan daftar secara percuma.
[+] https://get.uber.com/drive/?invite_code=m6wmnf62ue

 

Isikan nama, emel dan bandar untuk anda mula memandu. Kemudian muat naik Mykad, lesen memandu dan polisi insurans kereta yang hendak dipandu. Pastikan nama anda tercatat dalam polisi tersebut. Dalam masa yang singkat, akaun anda akan diaktifkan jika tiada sebarang masalah dokumen.

 

Bagaimana untuk buat duit raya dengan Uber?

Seperti yang diceritakan sebelum ini, Uber ada menawarkan insentif memandu di waktu puncak dan insentif tambahan jika memandu mengikut promosi yang diwar-warkan oleh Uber dari masa ke semasa.

Sebagai contoh, jika anda boleh memandu 54 perjalanan dalam masa 4 hari, anda akan dapat RM155. Namun, jika anda memandu 27 perjalanan dalam tempoh yang sama, anda akan menerima RM95. Jumlah ini tidak termasuk dalam jumlah tambang Uber yang anda terima.

Simpan RM20 daripada tambang yang anda dapat bersama dengan insentif tersebut. Jika sehari anda boleh buat insentif RM20, sebulan anda boleh simpan RM600. Duit ini khas untuk anda buat duit raya dan jangan campurkan dengan duit yang lain.

 

Berikut ialah contoh-contoh insentif 4 tier yang diberikan oleh Uber

  • Tier 1 – Pandu 50 perjalanan dan anda dapat RM600
  • Tier 2 – Pandu 70 perjalanan dan anda dapat RM900
  • Tier 3 – Pandu 90 perjalanan dan anda dapat RM1,200
  • Tier 4 – Pandu 110 perjalanan dan anda dapat RM1,500

 

buat duit raya dengan uber
Contoh insentif semasa Uber.

 

Harus diingat, kadar insentif sentiasa berubah-ubah dan anda harus sentiasa lihat di bahagian aplikasi Uber Driver di bahagian Promotion.

 

buat duit raya dengan uber
Insentif terbaru dari Uber.

 

Bagaimana nak asingkan dengan kos selenggara?

Sediakan simpanan khas sebagai tabung servis kereta. Setiap 10 kilometer, anda asingkan 70 sen sebagai simpanan. Jika anda memandu sejauh 50 kilometer, maka ambil RM3.50 sebagai kos selenggara.

Jika kereta tersebut diservis pada jarak 10,000 kilometer, maka anda sudah ada RM700 sebagai belanja. Kos untuk servis seperti tukar penapis minyak dan minyak enjin tidak akan memakan kos tersebut. Baki wang servis boleh disimpan untuk kos servis yang akan datang.

Anda juga boleh gunakan wang tersebut untuk tukar tayar yang botak atau bengkak dan tukar bateri bila sampai masanya. Ingat, simpanlah secara konsisten supaya anda tak rasa terbeban bila servis kereta.

5 thoughts on “Buat Duit Raya Dengan Uber”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.