Buat duit semasa belajar
Zaman belajar di sekolah dan di universiti pastinya berbeza. Dalam kesibukan menuntut ilmu, pasti ada ruang-ruang untuk menjana duit sebagai pendapatan tambahan. Buat duit semasa belajar ini perlukan komitmen dan minat yang boleh membantu anda mencipta keuntungan dalam kesibukan. Saya kongsikan beberapa jenis bisnes yang pernah saya buat semasa belajar di universiti dahulu.

1. Buat bisnes printing. Tawarkan pada pelajar untuk mereka print tugasan dengan harga yang lebih rendah dari kedai-kedai komputer atau kafe siber di luar sana. Saya pernah buat bisnes printing di universiti untuk pelajar Fakulti Senilukis dan Senireka, hasilnya dapat saya guna untuk perbelanjaan harian. Wang pinjaman pelajaran hanya saya guna diakhir semester.
2. Jual makanan ringan. Ada sebahagian rakan saya juga mi segera untuk cari duit poket. Kerepek pun ada. Untung memang kecil tetapi jualan dan permintaannya amat konsisten. Sekurang-kurangnya anda sudah ada mesin duit semasa belajar. Biasanya waktu tengah malam pasti ada pelajar yang mencari anda. Kalau anda lapar, makan kerepek sendiri lebih jimat daripada beli makanan di luar.
3. Upah menaip tugasan. Anda ambil upah menaip sahaja, bukan upah siapkan tugasan. Boleh caj ikut perkataan atau muka surat yang anda taip. Hanya perlukan sebuah komputer dan printer. Pelajar yang sentiasa sibuk pasti akan memilih anda untuk menyiapkan tugasan mereka. Namun jangan disebabkan bisnes ini, tugasan anda sendiri terabai.
4. Servis format komputer. Tawarkan harga istimewa untuk pelajar. Bukan kawan-kawan anda sahaja, mungkin staf-staf di kolej juga perlukan servis anda. Dari sini anda akan dapat kembangkan kemahiran anda membaiki dan memformat komputer. Pastikan ianya mampu dibayar oleh pelajar-pelajar. Sediakan perisian yang asas untuk dimasukkan dalam komputer dan cari pelanggan anda.
5. Servis proofreading. Anda yang memiliki kepakaran dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris boleh menawarkan kemahiran anda untuk membuat semakan pada tugasan rakan-rakan anda. Caj satu muka surat dengan kadar RM1.00, kalau 300 muka surat sudah dapat RM300. Sambil belajar melihat tugasan orang anda sudah dapat membuat duit.
6. Bisnes topup. Ini adalah produk keperluan yang sering dicari. Boleh katakana setiap orang guna telefon termasuklah pelajar-pelajar di universiti. Nak telefon perlu ada kredit, nak langgan data internet juga perlukan kredit. Anda perlu sediakan kad topup yang utama iaitu Maxis, Celcom, Digi dan Umobile. Untung memang kecil tapi anda perlu agresif untuk buat duit lebih.
7. Bisnes affiliate. Anda tak perlu keluarkan modal yang besar. Yang penting ada komputer dan internet. Pendaftaran adalah percuma, cuma anda perlu bijak memilih produk-produk yang benar-benar hangat dan panas di pasaran. Contoh paling mudah ialah produk digital ebook dan video. Rujuk laman video bisnes ebook untuk belajar buat duit sekarang juga.
Memang betul… bila berada di universiti perlukan cari pendapatan sambilan. Takkan nak harap duit ibubapa sajakan.
sensasi2020 recently posted…5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Ibu bapa sudah bersusah payah membela sejak lahir, jadi perlu diberi bantuan seperti meringankan beban belanja di IPTA.
kena rajin dan kreatif. mesti boleh buat duit sampingan walaupun masih belajar.
Siti Badariah Baharin recently posted…Mendaftar Sebagai Stokis Powergold
Kalau dah biasa cari duit masa belajar, nanti dah kerja boleh buat banyak kerja yang mendatangkan duit.
Memang setuju lah dengan perkongsian admin nih, para pelajar memang nak kena menjana pendapatan sambilan untuk meringankan bebanan mereka.
SuperNifz recently posted…Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.
Bila ada duit poket, duit pinjaman dah dapat dijimatkan.
Jual makanan ringan memang laku keras time belajar dulu….
azimah mohd zainuddin recently posted…Makanan Pembakar Lemak
napelah masa belajar dulu mama x reti meniaga huhuu
Masih ada peluang.
kalau ikutkan, hostel life menawarkan banyak giler peluang ‘buat duit’ kan..hehe
Affliate yang paling sesuai untuk student sebab boleh dibuat di mana2 saja… masa terluang boleh buat affliate
Amirul recently posted…Kenapa Orang Bisnes Suka Show Off