Buat duit walau kerja pejabat
Katakan hari ini anda masih bekerja di pejabat. Ada masanya anda berasa sibuk dengan kerja. Bukan bermaksud anda bosan dengan kerja, tetapi sekali-sekala anda teringin untuk buat duit walau kerja pejabat dari pagi sampai petang. Sekurang-kurangnya hasil tersebut boleh digunakan untuk membayar bil elektrik, bil telefon atau sewa rumah.
Kenaikan kos sara hidup dengan naik turunnya harga minyak menambahkan lagi beban tanggung jawab anda. Jadi anda perlu mencari jalan untuk menambahkan pendapatan walau pun masih bekerja di pejabat. Itu belum termasuk dengan belanja kecemasan kereta rosak atau ditimpa kecelakaan.

5 senarai buat duit walau kerja pejabat di bawah ini boleh membantu anda menambahkan pendapatan walau pun masih bekerja.
1. Kerja dengan agensi kewangan atau hartanah. Ada banyak agensi kewangan yang menawarkan kerjaya sebagai perunding amanah saham. Ada ketua agensi yang sudah mencapai tahap jutawan masih berkhidmat dengan orang lain untuk melatih dan merekrut perunding unit amanah yang baru. Anda boleh mulakan sebagai perunding unit amanah separuh masa.
Selain itu, menjadi perunding hartanah secara separuh masa turut menyumbangkan pendapatan lumayan. Jika komisyen jualan untuk sebuah rumah ialah 3%, maka anda akan dapat RM9,000 jika berjaya menjual rumah yang bernilai RM100,000. Kalau rumah RM300,000? Anda kiralah sendiri.
Apa pun anda harus ingat, ada banyak cabaran untuk kedua-dua kerjaya ini. Kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa diselangi dengan rintangan.
2. Hidup di bawah kemampuan. Jika anda bekerja dengan gaji RM2,500 cuba untuk hidup dengan gaji RM1,500. Agak mustahil tapi ia boleh dicapai dengan syarat mematuhi disiplin kewangan yang ketat. Jika orang lain guna telefon pintar RM1,000 anda carilah yang berharga RM500 sesuai dengan keperluan asas anda. Usah ikut gaya orang, mereka hidup di atas kemampuan. Gaji RM2,500 tapi belanja RM5,000.
Rakan-rakan anda beli kereta masa baru kerja, anda carilah sebuah motorsikal untuk ulang-alik kerja, atau pengangkutan awam. Simpan dahulu untuk kegunaan membeli rumah dan kereta di masa akan datang. Membeli kereta diawal waktu akan merendahkan kemampuan anda untuk membeli rumah di masa akan datang.
Tapi jika anda masih berkeras untuk membeli kereta, carilah model yang boleh diguna pakai untuk memandu dengan Uber. Jika anda kekeringan wang, sekurang-kurangnya anda boleh memandu untuk mendapatkan wang tambahan di hujung minggu.
Link untuk daftar sebagai pemandu Uber :
[+] http://bit.ly/RegisterUberDriver
3. Berbelanja bila perlu. Adakalanya anda mahu beli barang keperluan sahaja. Setibanya di kedai atau pasaraya ada pula tawaran beli 2 barang dengan harga diskaun. Nampak menjimatkan tetapi sebenarnya merugikan. Anda sudah rugi kerana duit sudah mengalir keluar untuk barang yang tak diperlukan.
4. Pendapatan pasif. Ada banyak cara untuk mendapatkan duit dari pendapatan pasif. Di antaranya sumber pendapatan pasif ialah rumah sewa, jualan buku/ebook yang diterbit dan dijual berkali-kali dan dividen dari amanah saham yang diperolehi setiap tahun. Pendapatan pasif bermula dengan kerja keras yang konsisten. Kemudian barulah duit masuk dengan berterusan.
5. Buat bisnes di internet. Ada banyak platform yang anda boleh gunakan untuk berniaga di internet termasuklah portal Mudah, Lelong dan laman sosial seperti Facebook. Rugi jika anda hanya memiliki telefon pintar dengan pelan data maksimum tetapi hanya digunakan untuk Like dan komen atau jadi pendekar papan kunci sahaja.
Belajarlah membina iklan di Facebook dengan baik. Dari situ anda boleh kenal prospek, belajar menjual dan buat duit. Lepas itu anda tidak punya masa untuk Like dan komen sebab masa tersebut sudah digunakan untuk membalas komen dari pelanggan.
Kesimpulan
Sebahagian orang yang dilihat sudah hidup senang atau sudah cukup kaya, masih bekerja lagi seolah-oleh tiada pencen. Mereka bekerja kerana seronok dan masih mahu membantu orang lain mencari duit.
Ada juga yang dilihat sudah mula melancong ke sini sana dengan pendapatan pasif yang mereka bina sekian lama. Bisnes yang dimiliki sudah diuruskan oleh staf yang digajikan.
Ada sebahagian lagi yang sudah pencen, terpaksa bekerja lagi kerana duit pencen tidak cukup untuk menampung hidup. Simpanan persaraan sudah habis sebab masuk skim cepat kaya, bagi anak belanja kahwin dan selesaikan pinjaman peribadi yang dibuat masa muda dahulu.
Ada masih punya masa untuk buat pilihan, mahu jadi golongan yang mana.
wow sgt menarikkkkkk tq for sharing
wan syahida recently posted…Resepi Homemade Nugget Ayam Paling Sihat dan Mudah!
memang boleh sangat kan, antara nak dengan taknak je
raihanah ahmad recently posted…Pengguna Shaklee Paling Rendah Risiko Diabetes / Kencing Manis
usaha n perancangan rapi pasti boleh buat duit wala kerja pejabat..
riangria recently posted…BUAT DUIT DENGAN JAMUMALL.COM
nampak macam sikit, tapi bila jual barang mahal mcm rumah mmg tinggi nilainya
nikkhazami recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Samsung Galaxy S8
kerjaya sebagai perunding memang lumayan dengan komisyen..
kalau tidak fokus masa bekerja makan bahaya juga tu..
Hero Borneo recently posted…Formula Terbaik Untuk Bebas Hutang
Semakin ramai rakyat kita, boleh dikatakan majoriti dah menjana pendapatan pasif walaupun masih kerja pejabat, kan?
Noriza Abdul Rahman recently posted…Jangan Remehkan Penyakit Resdung, Ia Boleh Menjejaskan Pendengaran!