Bisnes

Buat Jualan Di Shopee Dengan Guna Keyword Produk

Buat jualan di Shopee dengan guna keyword produk

Salah satu cara pantas untuk buat jualan di Shopee bukan setakat upload gambar produk kemudian tunggu pelanggan buat tempahan, sebab untuk buat jualan di Shopee dengan guna keyword produk adalah salah satu strategi yang boleh meninggalkan pesaing anda jauh ke belakang.

 

buat jualan di shopee dengan guna keyword produk
Keyword yang betul mampu melonjakkan jualan anda di Shopee.

 

Kata kunci yang sesuai dengan produk

Hanya guna keyword yang power di Shopee, jualan anda boleh meningkat dengan pantas. Anda perlu letakkan keyword yang benar-benar sesuai dengan produk anda. Persoalannya, mana nak masukkan keyword tersebut?

Keyword boleh diletakkan pada “product name” dalam Shopee semasa anda muat naik produk yang nak dijual.

 

Contoh keyword produk

Katakan anda nak jual produk “beg silang”. Dalam keyword, anda boleh letakkan perkataan Melayu atau Inggeris contohnya :

Beg silang
Beg tangan
Sling bag
Hand bag
Shoulder bag

 

Anda juga boleh masukkan keyword seperti di bawah :

Wanita
Gadis
Women
Ladies
Lady
Girl

 

Mesti anda tertanya-tanya, kenapa nak guna keyword seperti ini? Setiap pelawat akan cari produk dengan kata kunci yang berlainan. Pastikan anda dapat tawan sebahagian besar dari mereka untuk lihat beg silang yang anda jual. Lebih banyak keyword, lebih tinggi peluang anda untuk buat jualan.

 

–>> klik sini untuk dapatkan panduan bisnes Shopee <<–

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.