Kesihatan

Bukan Salah Isteri Kalau Suami Kurus

Bukan salah isteri kalau suami kurus

Kebiasaannya seseorang lelaki selepas berkahwin akan mengalami perubahan fizikal yang biasa kita lihat. Contoh paling mudah ialah saiz perutnya. Maju ke hadapan kata orang. Itu tak termasuk bahagian anggota badan yang lain. Namun amat jarang sekali kita terlihat lelaki yang sebelum kahwin memang kurus, selepas kahwin pun kurus juga. Bukan salah isteri kalau suami kurus.

Kita perhatikan dari sudut kesihatan, bukan sudut emosi. Ramai orang kata makan banyak boleh jadi gemuk, makan sikit nanti kurus. Itu semua betul tapi tak semestinya benar. Kita lupa ada orang makan banyak pun tetap kurus tak gemuk-gemuk. Kita lupa ada orang makan sikit saja tapi badan naik macam kena pam. Jadi ini sebenarnya salah siapa?

Barangkali salah faham sahaja. Kita terlalu mengikut telunjuk sebahagian orang yang berkata begitu. Apatah lagi kalau yang mengiyakan itu besar bilangannya. Jadi mari kita sama-sama ubah persepsi kita tentang isu ini. Kita lupakan seketika bebelan orang yang sering mengatakan kita gemuk atau kurus sebab pemakanan.

 

Faktor pemakanan tidak semestinya menggemukkan seseorang.

 

Makan banyak tapi tak gemuk-gemuk

Ini badan bukan ada bela jin, tapi jenis Ectomorph. Bentuk fizikalnya memang kurus macam jerangkung. Makan macam mana pun tak naik-naik. Makan lalu saja ke perut tanpa sebarang tinggalan lemak. Metabolisme badan yang tinggi jadi penghalang untuk menambahkan berat badan. Sebab itu kurus tak gemuk-gemuk.

Pilihan yang anda untuk badan jenis ini ialah senaman angkat berat. Bukan buat sekali tapi berkali-kali. Beban yang diangkat akan mengubah sedikit demi sedikit bentuk badannya. Itu sahaja caranya. Sukan yang membakar kalori dengan banyak tak sesuai untuk badan jenis ini.

Memang biasa kita lihat senaman berbasikal, bola sepak, aeorobik, berlari dan berenang menjadi pilihan utama. Itu senaman untuk menguruskan badan. Kalau buat juga, badan Ectomorph akan menjadi bertambah kurus. Untuk menaikkan berat badan perlu angka berat sahaja.

 

Kurus tak semestinya sihat

Ya, ini fakta. Kadang-kadang sudah kurus tapi masih bersenam. Orang akan cakap sudah kurus buat apa bersenam lagi? Ajal tak kenal sesiapa. Kadang-kadang sudah meninggal dunia baru tahu si mati ada darah tinggi atau sakit jantung. Penyakit datang bukan kira gemuk atau kurus.

Badan kurus pun ada yang banyak lemak. Jadi kena kekalkan gaya hidup sihat. Mulakan senaman angkat berat dan dapatkan berat badan yang ideal. Angkat berat untuk koyakkan otot di badan. Dengan cara ini tisu otot baru boleh dipertingkatkan. Sayangi masa muda anda. Nikmatnya terasa bila sudah tua.

 

27 thoughts on “Bukan Salah Isteri Kalau Suami Kurus”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.