Separa Perubatan

Calon Simpanan Separa Perubatan

Calon simpanan Separa Perubatan

Calon-calon peperiksaan Separa Perubatan yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan online akan dipanggil ke tapisan temuduga. Sebahagian calon yang berjaya melepasi temuduga Separa Perubatan akan ditempatkan di kolej-kolej latihan Separa Perubatan di seluruh Malaysia. Sebahagian kecil calon-calon akan dikategorikan sebagai calon simpanan Separa Perubatan.

 

calon simpanan separa perubatan
Jika tersenarai dalam calon simpanan, peluang untuk masuk Separa Perubatan masih cerah.

 

Peperiksaan online Separa Perubatan yang diadakan menguji calon-calon dengan 2 seksyen soalan iaitu Pengetahuan Am Separa Perubatan dan Ujian Psikometrik Separa Perubatan. Mereka yang sudah berjaya membuat persiapan awal pastinya sudah mendapatkan ebook rujukan Separa Perubatan sebagai panduan. Tahniah kepada yang berjaya melepasi kedua-dua tapisan ini.

 

Siapa calon simpanan Separa Perubatan?

Individu yang telah hadir ke sesi temuduga SPA dan dikategorikan dalam calon simpanan Separa Perubatan ini bukanlah mereka yang gagal dalam sesi temuduga tetapi masih belum berjaya mendapat tempat dalam perkhidmatan awam. Mereka akan diserap masuk bagi menggantikan calon lain yang lulus temuduga tetapi menolak jawatan Separa Perubatan yang ditawarkan.

Jawatan kuasa dalam SPA akan membuat pilihan pada calon-calon simpanan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada. Jika masih berlaku penolakan, pemilihan akan dibuat pada calon simpanan yang seterusnya. Jika calon simpanan yang pertama menolak, maka calon simpanan yang kedua akan dipilih. Begitulah proses seterusnya yang berlaku sehingga ada calon yang menerima tawaran tersebut.

 

Tempoh menunggu calon simpanan Separa Perubatan

Calon simpanan ini boleh diserap masuk terus ke dalam perkhidmatan awam dengan arahan Perdana Menteri dan bertugas serta-merta sekiranya ada permintaan untuk pengambilan kakitangan segera dalam perkhidmatan awam. Tempoh yang diperlukan untuk dipanggil berkhidmat ialah dari 6 bulan ke 12 bulan. Dalam tempoh ini mereka akan dipanggil untuk berkhidmat secara tetap atau kontrak.

Jika anda yang tersenarai dalam calon simpanan Separa Perubatan dipanggil kurang dari 3 bulan, itu adalah peluang yang baik. Bergantung kepada rezeki masing-masing. Ada kes di mana setelah menanti selama 1 tahun lebih masih lagi tiada panggilan. Oleh itu peluang untuk calon simpanan Separa Perubatan dipanggil berkhidmat di perkhidmatan awam adalah sekitar 30 hingga 40 peratus sahaja.

 

Apa nak buat sementara tunggu dipanggil?

Sama ada dipanggil atau pun tidak, calon-calon simpanan Separa Perubatan harus mencari inisiatif untuk bekerja dalam bidang yang lain. Ini penting bagi mengelakkan pembaziran masa yang berlalu semata-mata mahu berkhidmat dalam Separa Perubatan. Elakkan daripada meletakkan harapan terlalu tinggi, khuatir anda akan kecewa jika tidak berpeluang untuk memasuki Separa Perubatan.

Selain itu, jangan lupa kemaskini maklumat anda dalam portal SPA. Mungkin anda tidak berpeluang untuk berkhidmat dalam bidang Separa Perubatan, tetapi anda ada peluang untuk menjawat peluang kerja lain yang disediakan oleh SPA.

1 thought on “Calon Simpanan Separa Perubatan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.