Bisnes

Cara Buang Staf Dan Rakan Kongsi Bermasalah

Cara buang staf dan rakan kongsi bermasalah

Untuk memastikan kelangsungan sesebuah bisnes atau syarikat, ada beberapa perkara yang perlu diubah. Ada banyak aspek yang boleh disentuh untuk memastikan kemajuan dapat dicapai setiap masa. Cara buang staf dan rakan kongsi bermasalah daripada terus membantutkan perkembangan bisnes ini adalah keputusan yang harus dijalankan dengan berhati-hati dan penuh terperinci.

 

cara buang staf dan rakan kongsi bermasalah
Bukan mudah nak sisihkan staf dan rakan kongsi yang bermasalah.

 

1. Tukar polisi syarikat

Untuk membuang staf atau rakan kongsi yang bermasalah, buat beberapa perubahan pada waktu bekerja, lokasi kerja, cara kerja, gaji dan elaun serta waktu beroperasi. Contoh paling mudah ialah tukar cara bayaran gaji tetap kepada bayaran mengikut tugasan. Pertukaran polisi yang mendadak akan menapis staf atau rakan kongsi yang tidak dapat menerima perubahan yang dibuat.

 

2. Tambah tugasan kerja

Setiap staf dan rakan kongsi ada hitam putih contohnya surat tawaran. Sebagai pendiri syarikat, anda berkuasa untuk menambah tugasan atau skop kerja. Jika gaji kekal, tugasan bertambah, staf atau rakan kongsi anda akan meletak jawatan dengan cepat. Tapi bagaimana pula jika mereka boleh tahan dan masih setia dengan syarikat? Baca poin yang seterusnya.

 

3. Naikkan Key Performance Index (KPI)

Jika staf atau rakan kongsi anda masih menempel dalam syarikat, apa yang anda buat pun tidak mendatangkan hasil, naikkan KPI yang perlu dicapai. Jika KPI sebelum ini tidak dipenuhi, maka KPI baru pun belum tentu akan berjaya.

Di sini anda boleh lihat pencapaian KPI sama ada bertambah baik atau buruk. Bila pencapaian tidak memberangsangkan, siap sedia untuk hantar surat amaran. Jika perlu, beri surat berhenti kerja atau pecat sahaja staf dan rakan kongsi anda.

Anda sebagai pendiri bisnes mesti membuat keputusan untuk masa depan syarikat. Staf atau rakan kongsi yang bermasalah boleh jadi barah dan menyebabkan orang lain terkena tempiasnya. Boleh jadi sikap buruk mereka akan mempengaruhi staf-staf yang lain untuk memberi imej yang buruk pada syarikat.

 

Namun begitu, kesemua perkara di atas tidak berguna sama sekali jika anda sendiri terdiri dari jenis yang suka rompak wang syarikat, guna wang syarikat untuk belanja peribadi, beli kereta dan sebagainya. Penyudahnya, cukai yang anda bayar akan menjadi lebih tinggi.

Staf dan rakan kongsi anda yang bekerja untuk anda, untuk bisnes dan syarikat anda hilang begitu sahaja. Bila mereka tahu sikap dan cara anda menguruskan syarikat dengan cara sebegini, tak perlu tukar ubah apa-apa, mereka sendiri akan tinggalkan anda.

4 thoughts on “Cara Buang Staf Dan Rakan Kongsi Bermasalah”

  1. benda ini sudah dimaklumi sejak saya bekerja makan gaji lagi…

    itulah risiko bekerja makan gaji apabila syarikat mula merundum..

    sebagai pekerja wajib bersedia dengan pelbagai kemahiran dan wang simpanan yang cukup sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku…

    dah berlaku tanpa bersedia menyebabkan kepala akan pusing 360 darjah..
    mrhanafi recently posted…ADAM50 Hadiah Terbaik Untuk Bayi MalaysiaMy Profile

  2. Waa menarik-menarik. Inilah cara membuang pekerja tanpa membuang pekerja. Macam kekasih yang nak break, supaya tak disalahkan, buang pasangan minta break.

    Saya ada baca tapi lupa dimana, kalau company memecat pekerja terutama kalau tiada sebab kukuh, company kena bayar something2. Tak ingat apa dan berapa, tapi yang penting lagi merugikan syarikat daripada buang pekerja.
    Naziman Azlye recently posted…Sistem Saham – Panduan Analisa MenguntungkanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.