Uber

Cara Daftar Uber Driver Malaysia

Cara daftar Uber Driver Malaysia

Menjadi Uber Driver atau nama rasminya Uber Partner adalah satu perkara yang menguntungkan. Orang ramai mula mencari cara daftar Uber Driver Malaysia kerana pendapatan sebagai Uber Partner berpotensi untuk menjana RM2,000 hingga RM8,000 sebulan bergantung kepada masa yang anda luangkan untuk memandu. Lebih banyak anda pandu bersama Uber, lebih banyak pendapatan anda.

 

Bagaimana untuk mendaftar sebagai Uber Partner?

1. Mula-mula sekali, anda perlu mendaftar.

cara daftar sebagai uber partner

 

 

2. Isikan maklumat nama, emel, nombor telefon dan kata laluan di bawah.

 

cara daftar uber driver malaysia

 

3. Jika anda mahu memandu di bandar Kuala Lumpur, jangan isikan bandar Ipoh. Sehingga Jun 2016, Uber Malaysia hanya boleh didapati di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu. Akaun anda akan diaktifkan di bandar yang anda daftar sahaja.

4. Kemaskini maklumat seperti nombor akaun bank. Seterusnya anda akan menerima SMS dan emel selepas pra-pendaftaran berjaya.

 

Syarat-syarat untuk memohon Uber Partner

Berikut ialah syarat-syarat untuk menjadi Uber Partner yang anda perlu tahu bila memohon sebagai Uber Partner :

1. Berusia 21 tahun dan ke atas.
2. Memiliki kereta yang dikeluarkan pada tahun 2009 ke atas.
3. Polisi insuran kereta mempunyai nama pemandu Uber.
4. Tidak memiliki rekod jenayah dan saman tertunggak.

Jika permohonan berjaya, anda akan menerima SMS dan emel untuk dipanggil ke taklimat ringkas. Jika masih belum menerima sebarang makluman, semak kembali akaun Uber Partner anda untuk melihat status. Jika sudah diaktifkan, anda boleh memulakan perjalanan sebagai Uber Partner.

 

Aplikasi Uber untuk telefon IOS dan Android

Uber Partner boleh memuat turun aplikasi di Apple Store dan Google Play untuk memudahkan perjalanan bersama Uber. Akaun yang sudah diaktifkan akan menerima makluman dari Uber menerusi SMS dan emel. Selepas akaun aktif, anda sudah boleh memulakan perjalanan untuk mengambil penumpang.

16 thoughts on “Cara Daftar Uber Driver Malaysia”

      1. SY DH DAFTAR..TP BELOM TERIMA SMS LG.. KALAU 4X4 TRITON 2015 BOLE KE JOIN UBER NI?
        sy nak bwk uber untuk hujung minggu saja bole ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.