Uber

Cara Hubungi Penumpang Uber

Cara hubungi penumpang Uber

Bagaimana nak hubungi penumpang Uber? Setiap pemandu Uber perlu menghubungi penumpang yang membuat tempahan untuk memastikan mereka sampai ke destinasi dengan pantas. Walau bagaimana pun, penumpang akan mendapat notifikasi 1 minit sebelum pemandu Uber tiba di lokasi. Cara untuk menghubungi penumpang Uber ada beberapa pilihan.

 

cara hubungi penumpang uber

 

Jika anda tak dapat mencari mereka sebaik sahaja tiba, gunakan aplikasi anda untuk menghantar SMS supaya mereka tahu anda sudah berada di lokasi. Buka aplikasi Uber Driver anda dan ikut arahan di bawah :

1. Pilih ikon Clipboard di atas kanan
2. Pilih Contact
3. Pilih Message untuk hantar SMS atau Call untuk menelefon penumpang.

Sila ingat bahawa penumpang anda akan dimaklumkan yang anda sudah tiba dan anda tidak perlu untuk menghubungi mereka. Jika anda sudah menunggu beberapa minit dan menghadapi masalah untuk mencari mereka, barulah anda menghubungi mereka menerusi aplikasi.

 

cara hubungi penumpang uber

 

Nombor tidak dikenali

Nombor yang anda lihat pada penumpang bukanlah nombor telefon mereka yang sebenar. Mereka juga akan berhadapan dengan situasi yang sama bila anda menghubungi mereka. Ini semua dilakukan oleh perisian secara rawak untuk menjaga keselamatan penumpang dan pemandu Uber yang tak pernah menyimpan nombor personal masing-masing.

 

cara hubungi penumpang uber

 

Berdepan dengan masalah?

Anda hanya boleh membuat panggilan menggunakan aplikasi yang berdaftar dengan akaun Uber anda sahaja. Jika anda menukar kepada nombor telefon yang baru, pastikan anda mengemaskini maklumat akaun Uber anda. Jika anda berdepan dengan masalah, pastikan :

  • Nombor telefon anda dimasukkan dengan betul dalam akaun Uber anda.
  • ID panggilan anda tidak disekat.

 

Mahu sertai Uber dan jana wang dengan memandu? Klik sini untuk mendaftar sebagai pemandu Uber :
[+] https://get.uber.com/drive/?invite_code=m6wmnf62ue

11 thoughts on “Cara Hubungi Penumpang Uber”

  1. Belum pernah guna uber. Tapi grab car dah pernah. Ada baca berita baru ni kerajaan dah nak legalise uber dan grab car, harap tak buatkan pendapatan pemandu perkhidmatan ni lagi terjejaslah.

  2. saya perlukan bantuan kenapa akaun uber saya tiba2 tak boleh buka..tiba2 tertulis akaun dihubungi

  3. So far di Malaysia hanya tinggal grabcar, sudah takde pilihan mcm dulu. Dan harga transport grab pun dah semakin tinggi. Dengar kata, Gojek nak masuk market Malaysia, jadi competitor grabcar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.