Kewangan

Cara Kira DSR Bagi Penerima Komisyen

Cara kira DSR bagi penerima komisyen

Jika anda bekerja sebagai pemandu Uber, perunding hartanah, ejen affiliate atau ejen jualan produk, ada kaedah untuk mengira nisbah hutang atau Debt Services Ratio (DSR). Ini adalah cara kira DSR bagi penerima komisyen yang boleh membantu anda membuat keputusan untuk memohon sebarang pembiayaan.

 

cara kira dsr bagi penerima komisyen
Bekerja sebagai penerima komisyen juga ada kaedah untuk mengira DSR.

 

Senaraikan komitmen

Katakan anda mahu membeli sebuah rumah bernilai RM150,000. Ansuran bulanan ialah RM500. Dalam masa yang sama anda ada komitmen kereta RM500 sebulan. Pendapatan anda pula adalah seperti di bawah :

  • Bulan pertama RM2,500
  • Bulan kedua RM3,500
  • Bulan ketiga RM3,000
  • Bulan keempat RM2,300
  • Bulan kelima RM3,200
  • Bulan keenam RM3,000

 

Dapatkan purata pendapatan

Purata pendapatan ialah RM17,500/6 bulan dapat RM2,916 (A). 80% dari purata pendapatan anda ialah RM2,332 (B). Contoh kos sara hidup di bandar ialah RM1,000 (D). Pendapatan bersih anda dikira dengan B – D dapat RM1,332 (C).

Untuk permulaan, anda haruslah mendapatkan purata pendapatan selama 6 bulan, tandakan ia sebagai (A). Kemudian darab purata tersebut dengan 80% (contoh sahaja) dan tandakan sebagai (B) untuk dapat jumlah pendapatan bersih. Seterusnya tolak B – D untuk dapat (C) baki pendapatan.

Pastikan (C) tidak kurang dari RM1,000. Kemudian kira DSR anda seperti biasa. Tulis sebagai (komitmen + ansuran bulanan baru/B) x 100%. DSR anda ialah [RM500 + RM500/RM2,332] x 100% = 42.88%.

DSR anda ialah 42.88%, tidak lebih dari 60%. Ini adalah kadar maksimum jika pendapatan anda di bawah RM3,000 bergantung kepada bank yang menawarkan pembiayaan rumah. Maka dengan DSR ini, anda layak untuk mendapatkan pembiayaan.

Ini adalah contoh kiraan DSR sahaja. Info yang tepat harus merujuk kepada bank yang menawarkan pembiayaan atau rujuk pada ebook beli rumah tanpa deposit.

2 thoughts on “Cara Kira DSR Bagi Penerima Komisyen”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.