Hartanah

Cara Kira DSR Mengikut 8 Bank

Cara kira DSR mengikut 8 bank

Setiap bank mempunyai kriteria pengiraan nisbah khidmat hutang atau pun Debt Service Ratio (DSR) yang berbeza. Cara kira DSR mengikut 8 bank boleh dilihat menerusi contoh yang diberikan oleh Muhd Farid di status Facebooknya. Pengiraan DSR ini boleh berubah pada bila-bila masa. Contoh yang diberi merujuk kepada pinjaman perumahan.

1. Public Bank. Untuk gaji di bawah RM3,500 DSR dikira pada 60%. Gaji di atas RM3,500 dikira pada 80%. Kos sara hidup diambil pada nilai RM1,000. Jika tiada rekod CCRIS masih boleh dapat pinjaman 90% dengan melampirkan ijazah sebagai dokumen sokongan. Pengalaman kerja mestilah sekurang-kurangnya 3 tahun untuk skor pinjaman 90%.

Ada kes seorang pemohon dapat pinjaman 85% walau pun kerja kurang 3 tahun, usia 24 tahun tanpa lampiran ijazah. Jika dapat pinjaman 85% masih boleh mohon semula untuk pinjaman 90% dengan menyertakan simpanan 20% dari harga rumah. Pastikan sudah ada dalam akaun simpanan 3 bulan sebelum memohon pinjaman rumah.

Jika kerja seperti jurutera atau doktor lebih mudah dapat pinjaman 90%. Jika kerja dengan gaji pokok yang rendah tapi kerja lebih masa boleh menjatuhkan skor pinjaman. Jika gaji pokok RM1,400 tambah kerja lebih masa dapat RM3,000, bank anggap pendapatan tidak stabil. Jumlah pinjaman sekitar 80% ke 85%.

Jika gaji pokok rendah, bank cadangkan untuk buat pinjaman bersama dan adakan simpanan 20% dari harga rumah. Kadar faedah 5% ke atas diberi pada rumah di bawah harga RM200,000. Persetujuan Pinjaman dan Laporan Penilaian tidak termasuk dalam pinjaman, hanya MLTT dan MRTA saja yang dimasukkan.

2. Bank Rakyat. Ada seorang pemohon dapat pinjaman 32 tahun dengan faedah 4.95% dengan DSR 78%. Harga rumah yang dibeli ialah RM250,000. Bagi gaji di bawah RM3,000 dikira dengan DSR 60% dan gaji di atas RM3,000 ialah 100%. Jika DSR 100%, kos sara hidup di bandar ialah RM1,600 dan di luar bandar pula RM1,000.

Bagi rumah di bawah RM250,000 faedah dicaj pada kadar 4.95% dan RM250,001 ke atas diberi pada kadar 4.45%. Pinjaman diberi sehingga 65 tahun sahaja. Pinjaman dengan Bank Rakyat meliputi MRTA sahaja tidak termasuk yuran Loan Agreement + Valuation kerana pemohon perlu bayar sendiri.

3. Bank Islam. Gaji di bawah RM3,000 DSR dikira dengan kadar 50% manakala gaji RM3,000 ke RM5,000 ialah 60%. Bagi gaji RM5,000 ke RM7,000 ialah 70% dan RM7,000 ke atas ialah 75%. Faedah dicaj mengikut skor pemohon iaitu 1 > 3 = 4.45%, 4 > 6 = 4.50% – 4.55%, 7 > 10 perlukan mesyuarat dahulu.

Untuk pembiayaan pembiayaan ASB, komitmen tidak dikira. Dividen ASB diperolehi dengan membahagikan jumlah dividen kepada 12 bulan. Kiraan DSR perlu ditambah 5%. Bagi yang mempunyai Perjanjian Sewaan, DSR diambil dari 50% dari nilai sewaan. Jika ada kad kredit dengan had RM10,000 ia dikira dengan hutang RM5,000 x 5% baru dapat nilai komitmen bulanan.

Membuat pembiayaan Bank Islam mendapat kelebihan kerana DSR tinggi, pembiayaan islamik, kadar caj faedah yang rendah, sesuai untuk rumah di bawah RM500,000 dan pinjaman meliputi MRTT + Yuran Penilaian + LTHT + Legal Fees.

4. Maybank. DSR dikira dengan gaji bersih. Jika gaji bawah dari RM3,500, DSR ialah 40%. Atas dari RM3,500 ialah 70%. Kadar faedah bagi rumah adalah seperti di bawah :

  • RM150,000 ialah 4.75%
  • RM150,000 – RM350,000 ialah 4.65%
  • RM350,000 – RM500,000 ialah 4.55%
  • RM500,000 ke atas ialah 4.50%.

 

Jika ada pinjaman ASB, kiraan komitmen adalah secara bulanan dan dividen dikira selepas jumlah dividen dibahagi kepada 12 bulan. Jika ada Perjanjian Sewaan, ianya dikira selepas 6 bulan setem dimatikan. DSR dikira dengan 80% dari nilai sewaan.

Maybank mempunyai DSR yang tinggi, Pembiayaan Islamik, kadar faedah yang rendah, MRTT + Legal Fee termasuk dalam pinjaman dan sesuai untuk membiayai apa sahaja nilai hartanah.

 

cara-kira-DSR-mengikut-8-bank
Setiap bank ada kiraan DSR yang berbeza.

 

5. Bank Simpanan Nasional. Gaji kasar di bawah RM3,000 DSR dikira 60%, dan atas RM3,000 adalah 75%. Kadar faedah mengikut nilai hartanah seperti di bawah :

  • RM100,000 ke bawah ialah 6.95%
  • RM100,000 – RM300,000 ialah 4.65%
  • RM300,000 ke atas ialah 4.55%.

 

Jika ada pinjaman ASB, komitmen tidak dikira. Dividen diperolehi selepas dibahagi dengan 12 bulan. Dividen + bonus pula diperolehi selepas jumlah keseluruhan dibahagi 12 bulan campur dengan pendapatan.

Jika ada Perjanjian Sewaan, ia dikira selepas setem dimatikan 6 bulan dan DSR dikira 100% dari nilai sewaan. Jika ada kad kredit, hutang RM5,000 x 5% untuk dapatkan komitmen bulanan. BSN mempunyai kelebihan Zero Moving Cost, pembiayaan Skim Rumah Pertamaku, khas untuk kakitangan awam dan sesuai untuk apa sahaja nilai hartanah.

6. CIMB Bank. DSR dikira dengan contoh gaji di bawah RM3,000 ialah 65%, RM3,000 – RM7,999 ialah 75% dan atas RM8,000 ialah 85%. Kadar faedah bagi pinjaman adalah seperti di bawah :

  • RM200,000 ialah 5.25%
  • RM200,000 – RM350,000 ialah 4.95%
  • RM350,000 – RM500,000 ialah 4.75%
  • RM500,000 ke atas ialah 4.50%

 

Jika ada pinjaman ASB, komitmen dikira secara bulanan. Jika pinjaman sudah lebih setahun, jumlah dividen diperolehi dengan membahagikan jumlah dividen kepada 12 bulan. Jika ada Perjanjian Sewaan, ia dikira selepas 3 bulan setem dimatikan. Ia dikira 100% dari nilai sewaan.

CIMB memiliki kelebihan seperti DSR yang tinggi, Pembiayaan Islamik, pengecualian cukai pendapatan, kadar faedah yang rendah, MRTT + Legal Fee termasuk dalam pinjaman dan sesuai untuk pemilik bisnes dan usahawan bisnes internet.

7. RHB Bank. Kiraan DSR mengikut gaji di bawah RM2,204 ialah 55%. Bagi gaji RM2,205 – RM2,630 ialah 60%, gaji RM2,631 – RM4,975 ialah 75%, gaji RM4,976 – RM7,615 ialah 80% dan RM7,616 ke atas ialah 85%. Kadar faedah bagi nilai rumah adalah seperti di bawah :

  • RM100,000 – RM200,000 ialah 5.80% – 6%
  • RM200,001 – RM250,000 ialah 5.25%
  • RM250,001 – RM400,000 ialah 4.50%
  • RM400,001 – RM600,000 ialah 4.45%
  • RM600,001 – RM1,000,000 ialah 4.40%
  • RM1,000,001 ke atas ialah 4.35%

 

Jika ada pinjaman ASB, komitmen dikira secara bulanan. Dividen diperolehi setelah jumlah dividen dibahagikan kepada 12 bulan. Jika ada perjanjian sewaan, ianya dikira selepas 6 bulan setem dimatikan dan nilai sewaannya ialah 80%.

RHB mempunyai kelebihan dari segi kiraan DSR yang tinggi, Pembiayaan Islamik, kadar faedah rendah, rumah di bawah harga RM500,000, pemohon yang ada komitmen tinggi sesuai memohon dan juga pemilik bisnes.

8. Hong Leong Bank. DSR dikira mengikut gaji di bawah RM3,000 dengan nilai 60%. Gaji di atas RM3,000 DSR yang diberi ialah 85%. Kiraan Nett Disposable Income pula ialah RM750. Hong Leong Bank memiliki kelebihan untuk pemakan komisyen kerana DSR dikira 100%.

Ejen hartanah atau insuran perlu penyata pendapatan 2 tahun dan penyata bank 1 tahun untuk menilai kestabilan. Bank ini turut menawarkan Joint Loan selain dari keluarga iaitu rakan-rakan sehingga 5 orang. Mereka dianggap sebagai Immediate Family.

Bagi mereka yang berusia 25 tahun ke bawah perlukan penjamin bila membuat pinjaman. Jika usia 30 tahun yang tiada rekod CCRIS masih boleh memohon pinjaman. Ia dikira sebagai komitmen yang pertama.

Perjanjian Sewaan yang ada ada mati setem dikira 80% dari nilai sewaan dan berkuatkuasa selepas mati setem. Tidak perlu tunggu 3 – 6 bulan. Skim Rumah Pertamaku turut ditawarkan dengan syarat pendapatan tidak melebihi RM5,000. Kadar pinjaman yang ditawarkan ialah maksimum RM500,000 dengan kadar faedah Skim Rumah Pertamaku sebanyak 4.95%.

Sebelum anda membuat sebarang komitmen, mohonlah pembiayaan ASB untuk tempoh 1 hingga 3 tahun. Ia boleh membantu bank menilai CCRIS anda. Pastikan status anda ialah “0” kerana itu membuktikan anda mampu untuk membayar komitmen yang dilakukan.

10 thoughts on “Cara Kira DSR Mengikut 8 Bank”

      1. salam..saya gaji basic rm1682+alaun rm300+ot nak beli rumah 69k layak ke buat full loan…komitmen saya kereta axia bulanan rm379..adakah dsr saya melebihi?

        1. Saya cadangkan anda beli rumah dengan deposit 10% dari harga rumah, ini boleh mengurangkan komitmen ansuran bulanan. Kadar DSR adalah berbeza-beza mengikut bank. Semak dahulu dengan pegawai bank untuk kiraan yang tepat.

  1. salam,
    saya gaji basic 2200 + elaun ank 100 + elaun transport 100 dan komitmen kereta rm600
    berapa harga rumah yg layak utk saya beli utk individu loan bukan join loan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.