Cara mudah jual dengan orang yang nak beli
Jika ada cara susah untuk menjual pasti ada cara mudah untuk menjual. Tiada cara yang paling mudah untuk menjual kecuali jika ianya disasarkan kepada orang yang benar-benar nak membeli. Jika anda menjumpai sumber atau lubuk tersebut, pasti anda tidak akan mengalami masalah untuk menjual. Jadi cara mudah jual dengan orang yang nak beli ialah pastikan ianya dihebahkan di laman Mudah.my.

Mudah.my adalah lubuk di mana terdapat ramai prospek yang hendak menjual dan prospek yang hendak membeli. Mereka berada di laman tersebut untuk mencari pelbagai jenis barang dan perkhidmatan di sana. Mereka memang masuk ke sini untuk membuat jualan atau belian. Oleh itu mereka adalah prospek anda yang paling berharga untuk ditukarkan menjadi pelanggan.
3 golongan jadi pengunjung setia
Mudah.my merupakan lubuk bisnes yang mengumpulkan peniaga dan pelanggan dari seluruh Malaysia. Sebahagian dari penduduk yang tinggal di Indonesia, Brunei dan Singapura turut berkongsi lubuk di sini. Terdapat 3 kelebihan utama yang anda perlu tahu tentang portal ini :
1. Lubuk bagi usahawan. Seorang usahawan boleh menjadikan Mudah.my untuk menjual produk atau servis yang ditawarkan. Untuk peringkat permulaan, ia boleh dipasarkan dengan percuma dalam portal ini.
2. Lubuk bagi pelanggan. Sudah pastinya orang akan membeli di tempat orang yang menjual. Kepelbagaian barang dan servis yang ditawarkan pastinya menjadi pilihan kepada pelanggan. Ada beberapa barang dan servis yang ditawarkan amat kompetetif kerana masih boleh dirunding.
3. Lubuk bagi pelawat. Bagi mereka yang bukan usahawan mahu pun pelanggan, mereka hanya layari portal ini untuk meninjau harga.
6 tips buat duit dengan Mudah.my
Untuk menjadikan portal ini sebagai mesin duit, anda perlu berurusniaga di Mudah.my sebagai usahawan. Anda perlu membuat pilihan sama ada hendak menawarkan barang atau servis. Dari sinilah anda akan dapat menjana duit. Berikut ialah 6 tips buat duit dengan Mudah.my :
1. Mulakan dengan akaun percuma. Anda boleh mula beriklan tanpa sebarang bayaran di Mudah.my. letakkan gambar-gambar produk atau servis anda secara percuma. Kemudian anda boleh bertukar kepada akaun berbayar yang mempunyai lebih banyak kelebihan seperti kedai online khas untuk anda himpunkan semua produk atau servis yang anda tawarkan.
2. Guna tajuk iklan yang memukau. Ada ramai usahawan yang menjual produk yang hampir sama di dalam Mudah.my. Oleh itu anda harus bijak menggunakan tajuk yang unik bagi mendapatkan perhatian pelanggan. Ada beza di antara “simkad untuk penjimatan” dengan “simkad yang menjana pendapatan”.
3. Beritahu maklumat produk atau servis yang sebenar. Ceritakan secara jujur produk yang anda sediakan. Terangkan sama ada ianya baru atau sudah digunakan. Ini akan memudahkan pelanggan untuk membuat keputusan untuk membeli atau pun tidak. Sikap jujur anda mungkin akan membuatkan mereka membeli lagi dari anda di masa yang akan datang.
4. Gunakan gambar yang menjual. Gambar produk yang berkaitan akan membantu produk anda terjual dengan mudah. Ambil inisiatif untuk ambil gambar produk sendiri untuk kelihatan berbeza dari imej produk yang hampir sama terdapat di pasaran. Ia akan mencipta kredibiliti anda sebagai usahawan yang jujur sekaligus melancarkan urusan anda di Mudah.my.
5. Harga berpatutan dan kompetetif. Apabila anda menjual produk yang sama dengan usahawan lain, pastikan harga yang anda cadangkan tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Anda tidak mahu kehilangan pelanggan dan untung terlalu sedikit. Oleh itu tinjau dahulu harga yang bagaimana sesuai untuk ditawarkan kepada pelanggan.
6. Bersikap profesional dalam bisnes. Semasa berurusan di Mudah.my, ada pelbagai ragam pelanggan yang perlu anda hadapi. Layan mereka sebaik mungkin supaya mereka berasa selesa dengan tawaran anda. Silap langkah anda mungkin akan kehilangan ramai pelanggan dan menjadi buah mulut kepada orang lain.
selalu dan paling kerap cari kereta second hand guna mudah ni..
Junaidy Jaimi recently posted…Nichify Sistem Bina Website Affiliate Mudah Tapi Power
Memang mudah, sesuai dengan namanya.
Dulu masa cari rumah memang guna mudah.my
emalin mohd recently posted…Perlu Risau Ke Anak Tak Pandai Membaca Umur 4 Tahun?
Sama, nak cari rumah sewa paling senang.
Ada yang menggunakan mudah.my untuk listing rumah sewa dan menjual rumah sehingga menjana ribuan duit secara sambilan sahaja..
SaniYunus recently posted…Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
Betul, kos iklan rendah tapi untung tinggi.
web mudah.my ni bagus, dari jual barang sampai nak cari keje pun ada kat situ
fahmi recently posted…5 Kesilapan Dalam Pemasaran Email
Akan datang mungkin boleh buat produk-produk lain pula 🙂
Scammer memang merosakkan online bisnes, orang nak membeli pun tak berani.
Mudah dicari dan dibeli 🙂
Saya memang suka berniaga di mudah.my sejak 2013. Umar Taib mentor saya, tekniknya memang power .Pernah sehari saya dapat 1K bersih utk dropship sahaja.Sekarang ada 3 akaun proniaga.Free je semua.Barang 2nd hand pun laku kat dalam ni.Tapi kena jujur, kalau barang rosak atau ada defect bagi tau jadi customer puas hati bila deal dengan kita 🙂
rahimah recently posted…Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )
Setuju, kalau orang dah percaya, dia akan beli 2-3 kali.
web yang sangat memudahkan dan sangat berguna
jalan dan makan recently posted…Resep Kue Rangi
Dah lama tak beli barang dari mudah
Ibu Zaid recently posted…Tempat menarik di Kelantan waktu malam & siang! 10 Lokasi Comel Lote