Bisnes

Cara Orang Kerja Pejabat Buat Komisyen

Cara orang kerja pejabat buat komisyen

Mereka yang bekerja pejabat dari pagi sampai petang sebenarnya ada peluang untuk buat duit dengan affiliate. Cuma usah buat di waktu kerja, sebab affiliate ini adalah pendapatan sampingan. Keberkatan gaji kerja pejabat perlu dipelihara.

Menurut Azian bin Usman, ada 2 langkah mudah untuk mula buat duit. Ia bukanlah sesukar mana, 2 langkah ini takkan mengambil masa yang lama untuk anda buat.

1. Daftar program affiliate. Bila anda mendaftar dengan mana-mana program affiliate, anda hanya perlu kongsikan link affiliate dengan orang lain. Anda tidak perlu uruskan tempahan kerana itu kerja admin affiliate. Bayaran komisyen anda juga tak perlu dirisaukan. Fokus pada kerja pejabat anda sahaja.

Dengan cara ini tumpuan kerja untuk pendapatan aktif anda akan terjaga. Affiliate adalah pendapatan sampingan, jadi uruskan ia di rumah atau waktu makan tengahari sahaja. Jika ada pembeli yang menghubungi anda, beritahu mereka yang anda akan maklumkan pada penganjur affiliate tentang tempahan mereka.

 

cara orang kerja pejabat buat komisyen
Affiliate boleh membantu anda tambah pendapatan walau pun masih bekerja di pejabat.

 

2. Buat promosi yang tak membebankan. Buat promosi atau iklan yang tak perlu monitor sepanjang masa. Anda boleh guna Facebook Ads, sebelum pergi kerja boleh mulakan iklan dengan bajet khas untuk hari tersebut.

Selesai kerja pejabat, semak prestasi iklan anda. Ubah mana-mana bahagian yang perlu. Komisyen yang anda terima nanti boleh digunakan untuk modal pusingan Facebook Ads. Usah belanjakan semua untuk beli barang keperluan anda, jika tidak iklan anda akan disekat kerana berhutang dengan Facebook.

Nampak mudah, tapi itu semua datang dengan usaha. Anda perlu buat kajian produk, cara promosi, corong jualan dan sebagainya. Anda juga harus belajar bagaimana nak buat iklan yang boleh menjual produk affiliate dengan sistematik. Jika tidak, wang anda lebur tanpa sebarang pulangan yang menguntungkan.

4 thoughts on “Cara Orang Kerja Pejabat Buat Komisyen”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.