Cara Pantas Kumpul 2000 Senarai Emel

Sep 03

Cara pantas kumpul 2000 senarai emel

Senarai emel atau mailing list merupakan aset bagi seorang usahawan internet. Ia adalah senjata pemasaran yang telah lama digunakan oleh usahawan internet sejak dahulu hingga sekarang. Selain senarai emel, nombor telefon juga boleh dikumpul untuk terus berhubung dengan prospek. Anda boleh gunakan cara pantas kumpul 2000 senarai emel dengan Pay Per Lead (PPL) untuk mendapatkan data dalam masa yang singkat.

PPL ialah program affiliate yang dicipta untuk mendapat komisyen dengan mengumpul senarai emel. Setiap prospek yang mendaftarkan nama akan diberi komisyen dari 50 sen hingga ke RM1.00. Di antara perkara yang perlu disediakan untuk mengumpul senarai emel ialah seperti berikut :

  • Domain dan hosting (kos RM35 + RM80)
  • Squeeze Page (upah grafik RM150 – RM300)
  • Autoresponder (TrafficWave.net percuma 30 hari)
  • Sistem Affiliate Lite (RM30 – RM50)
  • Laporan percuma (ebook atau video)
  • Wang komisyen

 

Jika anda tidak tahu untuk memasang Squeeze Page, Autoresponder dan Sistem Affiliate Lite, anda boleh upah rakan yang pakar hal tersebut. Berkaitan dengan wang komisyen, jika anda upah 1 emel dengan kadar 50 sen, maka 2,000 emel x 50 sen = RM1,000.

 

cara-pantas-kumpul-2000-senarai-emel

Senarai emel boleh membantu melonjakkan jualan anda dalam masa yang singkat.

 

Keuntungan jualan dari senarai emel

Modal RM1,000 ini tidak akan merugikan anda kerana anda akan dapat 2,000 senarai emel untuk dijadikan prospek anda. Sekiranya 300 daripada mereka membeli produk anda yang berharga RM30, maka anda akan dapat RM9,000. Jika 500 orang maka anda akan dapat RM15,000.

Produk yang dijual mestilah berkaitan dengan niche yang anda sasarkan. Jika anda jual produk kurus, maka produk tersebut mestilah berkaitan dengan prospek anda. Jika anda sasarkan untuk menjual produk digital, maka prospek anda mestilah terdiri dari mereka yang mahukan produk tersebut.

 

Kelebihan mempunyai senarai emel

Jika anda mempunyai produk yang bagus untuk diperkenalkan, anda boleh hantarkan emel pada pembaca emel anda. Sekiranya anda mempunyai 5,000 – 10,000 senarai emel, anda boleh tawarkan servis pengiklanan kepada orang lain dengan caj dari RM500 – RM1,000. Dengan cara ini, anda tak perlu terlalu bergantung pada media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Jika anda mempunyai kekangan modal, anda boleh gunakan medium lain seperti blog untuk kumpul emel secara konsisten tanpa kos tinggi. Anda perlu cari blog rakan anda yang mempunyai trafik yang tinggi atau pengunjung blog yang ramai. Sediakan banner atau artikel blog untuk mengumpul prospek.

 

Blog sendiri sebagai aset

Sebagai seorang usahawan, peranan blog sebagai senjata pemasaran tidak boleh diabaikan. Sebahagian besar penduduk di Malaysia kini memiliki telefon pintar. Mereka menggunakan telefon pintar untuk mendapatkan maklumat dan membuat pembelian di internet.

Anda boleh belajar menghasilkan blog dan kaedah membina blog yang mesra Search Engine Optimization (SEO) sebagai salah satu cabang pemasaran. Dari blog juga anda boleh mengumpul senarai emel. Saya cadangkan anda mendapatkan panduan membina senarai emel yang boleh membantu anda memahami pemasaran emel yang dihasilkan oleh Hazli Khalim.

 

10 comments

  1. Dah lama juga terfikirkan tentang mailing list ini.Kalau dapat 1K dah kira bagus.
    mrhanafi recently posted…Telekung Reehans Pilihan MuslimahMy Profile

  2. Banyak juga kena ada prospek ye..bawah 1000 memang belum boleh buat mailing list ye..
    Noriza Rahman recently posted…Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang MahalMy Profile

  3. dh lama nak buat, tapi selalu tak berkesempatan
    Raihanah Ahmad recently posted…ESP Shaklee Protein Segera Pertama Dunia Dan Ia BerkesanMy Profile

  4. hee~ sama la dengna yang atas atas..selalu nak buat tapi 24 jam rasa macam penuh sangat dengan keje keje lain.. in shaa Allah.. ade masa sket nanti baru buat..

  5. Kena cuba ni,bagi yang belum ada list, cara ni paling cepat dan efisen untuk kumpul list buat masa ni tanpa perlu pening nak belajar setting hal-hal teknikal…
    Junaidy Jaimi recently posted…Terbaru Sofware Auto Komen Facebook PageMy Profile

  6. kalau auto post kat page macam mana ya? hehe..
    matdin recently posted…MEMBEKAL MINYAK ENJIN AWNERGYMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge