Cara susah payah jadi jutawan
Kalau ada cara yang mudah, pasti ada cara yang susah. Begitu juga dalam dunia perniagaan. Pasti ada cara susah payah jadi jutawan. Nak cara yang mudah tak semestinya berjaya. Jadi anda juga harus belajar perkara yang susah supaya anda tahu bukan mudah untuk menjadi seorang jutawan. Di sebalik kejayaan, ada kisah-kisah kepayahan yang perlu dijadikan iktibar. Cara ini saya belajar dari Aqif Azizan, Pengasas Syarikat Write To Wealth.

Apa tujuan nak jadi jutawan?
Lihat apa tujuan anda nak jadi jutawan? Nak tolong orang berjaya atau nak orang yang tolong anda berjaya? Biarlah anda tolong orang dahulu. Orang yang bermasalah itu anda tolong tunjukkan jalan bagaimana nak selesaikan masalah yang mereka hadapi. Kalau anda ada sebuah perniagaan, anda perlu bersusah payah tolong pembekal, tolong pekerja, tolong pelanggan dan tolong syarikat sendiri.
Kenapa nak untung dalam bisnes?
Perniagaan mesti ada keuntungan. Dengan itu perniagaan anda baru boleh berkembang. Melalui keuntungan yang ada anda boleh meningkatkan kualiti produk yang sudah ada sekaligus mewujudkan produk-produk lain untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Untuk mencapai matlamat ini, anda hanya perlu tumpukan kepada satu niche atau satu bidang sahaja.
Tips capai matlamat niche kerjaya
Untuk berjaya dalam niche perniagaan pilihan anda, tetapkan matlamat dan rancangan harian bagi memenuhi matlamat tersebut. Sebagai permulaan, anda mahu hasilkan blog Separa Perubatan. Usahakan untuk menulis artikel blog sebulan sekali. Kemudian usahakan untuk menulis seminggu sekali. Dalam setahun ada 12 bulan. Jika anda dapat hasilkan 4 artikel sebulan maka anda akan ada 48 artikel.
Dari respon yang bakal anda terima dari pembaca, jadikan ia sebagai medium untuk meningkatkan kualiti terhadap penulisan anda. Belajar untuk membantu orang lain. Wang yang anda terima dari mereka adalah tukaran nilai kepada perkhidmatan yang anda berikan. Tolong orang selesaikan masalah dan orang akan tolong anda jadi jutawan. Mungkin anda bukan jutawan hari ini, tapi jutawan esok hari.
Mula mula dulu merangkak rangkak .Bila pelanggan dah percaya brg lain senang nak jual..Insyaallah susah tu tangga kejayaan. Jangan cepat give up je kalau nk berniaga.
rahimah recently posted…Zaanse Schans -Lokasi Percutian Paling Cantik Di Holland .
Benar, cara yang mudah memang tiada, kena bersusah payah dahulu.
9/10 rezeki datang dari perniagaan. Belajar dari Mentor . Jutawan Berjaya Dunia Akhirat 😀
Ani Haryani recently posted…Gigi Berdarah & Tips Penjagaan Kesihatan Gigi
Betul, banyak pendapatan datang dari perniagaan.
Walaupon berkerjaya makan gaji, boleh juga jadi jutawan jika pandai buat investment kan tuan.
Arif Luqman recently posted…Follow Up Pelanggan
Betul, orang ketiga terkaya di dunia juga membuat pelaburan.
insyaAllah semoga semua yang kita impikan untuk menjadi seorang jutawan akan berjaya….
berita semasa online recently posted…Negara China Bina Teleskop Terbesar di Dunia
Terima kasih atas doanya.
tidak ada jalan mudah untuk berjaya, apatah lagi bergelar jutawan.. namun jika usaha murni ingin membantu itu, sahamnya bukan saja di dunia.. 🙂
Junaidy Jaimi recently posted…6 Tips Usahawan Online Dari Presiden Puim
Betul, kebaikkannya akan mengalir seperti sungai.
Boleh dicapai dengan usaha dan komitmen yang betul….Mana jalan singkat nak Berjaya..
Sani recently posted…Tips Balik Kampung Di Musim Perayaan
Ya, jalan singkat pun kena ada strateginya.
Tiada kejayaan tanpa cabaran dan pengorbanan. Namun bila kita dah kecapi sesuatu kejayaan tu, semua jerit-perih selama ini kita akan terasa sebagai satu kenangan yang amat manis.
myliferia recently posted…9 Tips Atasi Masalah Kencing Kotor Ibu hamil Agar Tidak Terus Merebak
Betul, kuncinya ialah usaha yang tak kenal erti putus asa.
semuanya tetap kena usaha gak. hehe
titan recently posted…Servis Photo Book Design dari Foto-ZZoom
Usaha jangan jemu, baru rasa manis bila dah berjaya.
Nak jadi jutawan supaya dapat membantu orang lain mendapatkan kehidupan yang lebih baik…kalau tiada duit macammana mampu nak menolong orang kan..
Noriza Rahman recently posted…Lenyapkan Ketagihan Merokok Dengan Mudah
Bila dah jadi jutawan, lebih banyak sumbangan yang dapat diberikan.
orang islam perlu jadi jutawan membantu membangunkan ekonomi islam
Benar, jutawan yang dermawan.
memang bukan senang nak jadi jutawan
jalan dan makan recently posted…PENGEMBANGAN DESTINASI PARIWISATA di Indonesia
jutawan sekarang ni pun makan masa bertahun nak dapat hasil mcm sekarang
nikkhazami recently posted…Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kering dan Berminyak
Jutawan dunia dan akhirat macam abdurrahman auf.
Ibu Zaid recently posted…8 Resort di Melaka yang best untuk bercuti!