Akauntan

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41

Calon peperiksaan SPA yang dipanggil bagi jawatan Akauntan dalam masa terdekat mula mencari contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred WA41. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri ada mengeluarkan panduan umum untuk sesi peperiksaan ini tetapi ianya sangat asas.

Bagi calon baru yang masih belum tahu format soalan peperiksaan Akauntan ini mungkin sangat membantu tetapi percaya atau tidak, contoh soalannya amat sedikit sekdar panduan umum calon. Kita akan kongsikan contoh soalan nanti, tetapi perlu diingat, ianya bukanlah soalan bocor peperiksaan Akauntan Gred WA41.

 

contoh soalan peperiksaan akauntan
Tiada pengalaman menghadapi peperiksaan online? Dapatkan ebook dari Tim Infokerjaya.

 

Jawatan Akauntan WA41 adalah jawatan yang diletakkan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM). Mengikut rekod, tahun 2013 hingga 2016, tiada peperiksaan ambilan jawatan ini. Kali terakhir sesi peperiksaan adalah pada tahun 2012. Jadi jika anda mendapat panggilan ke sesi peperiksaan ini, jangan lepaskan peluang kerana ini adalah peluang keemasan untuk anda menjawat jawatan Akauntan WA41.

 

Format Peperiksaan Akauntan Gred WA41

Ujian ini mengadungi 2 seksyen iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

 

Tip Menjawab Soalan Peperiksaan Akauntan WA41

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

 

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred WA41

1. Pilih kenyataan yang BENAR mengenai simpan kira

A. Proses merekodkan urus niaga dalam 2 akaun yang berbeza.
B. Proses mengelas, melapor, mentafsir dan menganalisis maklumat kewangan.
C. Proses merekod urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik berasaskan sistem catatan bergu.
D. Proses menyediakan maklumat kewangan untuk membuat perbandingan, perancangan dan keputusan.

Jawapan = C

 

2. Pilih jawapan yang berkaitan dengan tujuan penubuhan Malaysian Accounting Standard Board (MASB)

A. Membentuk piawaian perakaunan
B. Menentukan kod etika profesional
C. Mewujudkan khidmat nasihat awam jika perlu
D. Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan

Jawapan = D

 

3. Kenyataan di bawah merujuk kepada perniagaan Kedai Alat Tulis Fakhrul Fahmi.

  • Memulakan perniagaan menjual alat tulis pada 1 Mei 2010.
  • Tempoh perakaunannya berakhir setiap 6 bulan.

Pilih jawapan yang menyatakan tempoh perakaunan perniagaan Kedai Alat Tulis Fakhrul Fahmi

A. 1 Mei 2010 hingga 1 Oktober 2010
B. 1 Mei 2010 hingga 31 Oktober 2010
C. 1 Mei 2010 hingga 1 November 2010
D. 1 Mei 2010 hingga 30 November 2010

Jawapan = B

 

4. Kunci kira-kira menunjukkan maklumat

A. Catatan dalam Imbangan Duga
B. Kedudukan kewangan sesebuah perniagaan
C. Semua catatan penutupan sesebuah perniagaan
D. Senarai baki aset, ekuiti dan liabiliti pemilik perniagaan pada sesuatu tarikh

Jawapan = D

 

5. Di antara berikut, yang manakah BUKAN sebuah organisasi perniagaan?

A. Kedai runcit Fariha Fahmi
B. Syarikat Guaman Siti Subaiyah
C. Persatuan Usahawan Internet Malaysia
D. Syarikat Penerbitan Synchronize Solopreneur Sdn Bhd

Jawapan = C

 

Persediaan Penuh Peperiksaan Akauntan WA41

Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Akauntan Gred WA41 ini menjadi kenyataan.

Bagi anda yang terlibat dengan peperiksaan Akauntan WA41, ada rujukan khas untuk anda buat persiapan sebelum menghadapi peperiksaan. Sila klik link di bawah untuk membuat tempahan :

[+] Rujukan peperiksaan online Akauntan WA41.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

contoh soalan peperiksaan akauntan wa41

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

7 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.