Contoh soalan peperiksaan Juruaudit W41
Bagi calon-calon yang terlibat dengan peperiksaan online Juruaudit Gred W41, contoh soalan peperiksaan Juruaudit W41 memang amat diperlukan sebagai persediaan peperiksaan. Memandangkan jawatan Juruaudit W41 berkaitan dengan Jabatan Audit Negara (JAN), contoh soalan yang diberikan dalam blog ini akan berkisar tentang JAN.
1. Apakah visi dan misi Jabatan Audit Negara?
2. Senaraikan 3 objektif Jabatan Audit Negara
3. Berikan 3 Piagam Pelanggan Jabatan Audit Negara
4. Cari 2 pernyataan yang tepat mengenai Dasar Kualiti Jabatan Audit Negara
5. Bagaimana pula dengan Objektif Kualiti Jabatan Audit Negara?
6. Pilih senarai Budaya Korporat yang diamalkan dalam Jabatan Audit Negara
7. Siapakah yang layak melantik jawatan Ketua Audit Negara?
8. Berikan jawatan yang menjadi penasihat kepada pelantikan Ketua Audit Negara?
9. Adakah Ketua Audit Negara boleh dilantik semula selepas tamat perkhidmatan?
10. Namakan badan yang memberi perkenan ke atas pelantikan Ketua Audit Negara
11. Apakah sumber kewangan yang digunakan untuk saran Ketua Audit Negara?
12. Di manakah Ketua Audit Negara perlu membentangkan laporan kepada Yang Di Pertuan Agong?
13. Menurut Akta Audit 1967, wang awam merujuk kepada…
14. Berikan 3 tugas yang berkaitan dengan Ketua Audit Negara
15. Senaraikan 2 Kuasa Ketua Audit Negara
Untuk mendapatkan nota rujukan dan contoh soalan peperiksaan Juruaudit W41, sila klik imej di bawah.
sangat membantu untuk peperiksaan juruaudit bagi yang berminat
jalan dan makan recently posted…Resep Soto Betawi Ala Hotel
Dah ada soalan bocor macam ni, paling tidak boleh lulus kan
Ibu Zaid recently posted…Tempat Makan Best Di Melaka? Kedai makanan sedap buat air liur kita meleleh!