Kerjaya

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Setiap kali peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 bakal diadakan, ramai calon-calon peperiksaan online yang tersenarai memerlukan nota rujukan dan contoh soalan dan jawapan peperiksaan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Boleh dikatakan ada format peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik mempunyai seksyen yang tetap dan ada seksyen yang diubah.

Untuk berkhidmat dalam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD), calon yang berminat wajib membuat pendaftaran dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Setiap calon perlu melalui 3 peringkat tapisan sebelum diserap ke jawatan PTD.

Mereka yang mempunyai kelayakan minimum ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf daripada universiti tempatan atau luar negara sahaja akan diberi peluang untuk menduduki peperiksaan khas memasuki PTD.

 

contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir diplomatik m41

 

Tugas-tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 (PTD M41) dikelaskan dalam kategori Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional yang dipertanggung jawabkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Untuk menjadi seorang PTD M41, anda haruslah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Selepas melepasi syarat-syarat kelayakan, anda akan dipanggil ke tapisan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Jika lulus peperiksaan, anda akan melalui tapisan temuduga dan dilantik sebagai PTD secara kontrak. Anda akan diarahkan untuk menjalani latihan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selama setahun.

Sebaik sahaja tamat latihan, anda akan dianugerahkan dengan Diploma Pengurusan Awam dan dilantik sebagai PTD M41 secara tetap. Oleh itu anda wajib tahu tugas-tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Pegawai yang telah dilantik ke jawatan PTD diberikan tanggungjawab untuk menggubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar awam berkaitan dengan pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, sumber kewangan, ekonomi, pengurusan organisasi dan tenaga manusia, hubungan antarabangsa dan luar negeri, pertahanan dan keselamatan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

 

Pelaksanaan fungsi PTD

Menteri Kewangan melantik ketua jabatan atau pun ketua setiausaha kementerian sebagai pegawai pengawal bagi menguruskan kewangan di kementerian atau pun jabatan masing-masing.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilantik menjadi Pengawal Perumahan. Mereka ditauliahkan kuasa bagi meluluskan dan mengeluarkan permit iklan, lesen dan lain-lain.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ditauliahkan kuasa meluluskan lesen mengedar dan memasarkan bahan-bahan yang berkaitan dengan petroleum.

10 personaliti yang diperlukan oleh Pegawai Tadbir Diplomatik

Untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik, anda harus memiliki personaliti yang berkaitan dengan jawatan ini. Sebagai seorang PTD M41, anda bakal menerajui kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang meliputi pelbagai bidang contohnya pengurusan, pentadbiran, ekonomi, keselamatan, perhubungan antarabangsa dan kewangan. Berikut ialah 10 personaliti PTD M41 yang diperlukan sebagai rujukan anda.

1. Berminat dengan profesion PTD M41 – Tanpa minat, apa-apa kerja yang dilakukan tiada manfaatnya. Begitu juga dengan PTD M41, ini adalah kerjaya yang mempunyai tanggung jawab dan amanah yang utama pada negara. Bakti yang dicurahkan haruslah ditunaikan dengan jujur dan ikhlas.

Sebagai pegawai yang mentadbir negara, sikap tenang haruslah disemai semasa menjalankan tugas. Jika tidak, tindakan yang dilakukan bakal dilakukan tanpa kewarasan dan kesabaran. Seorang PTD M41 harus bersikap neutral supaya tanggung jawab dapat dilaksanakan dengan sempurna.

2. Berilmu pengetahuan dan berbudi pekerti – Pendidikan yang disertai dengan ilmu pengetahuan boleh memimpin seorang PTD M41 untuk berjaya dalam hidup. Keperibadian dan kematangan diri diperlukan untuk memastikan anda berjaya. Ilmu pengetahuan yang diperlukan termasuklah hal ehwal perkhidmatan, teknik berkomunikasi, tugas dan tanggung jawab utama dalam kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di mana anda ditugaskan.

Budi pekerti seorang PTD M41 harus disemai dengan rasa hormat menghormati masyarakat berbilang bangsa dan usia, mengutamakan pengurusan masa dan tidak mudah melenting. Sikap dan nilai peribadi harus dihayati supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

3. Ketrampilan yang positif – Cerminan sikap positif dalam penampilan seorang PTD M41 dapat dinilai menerusi tahap ilmu pengetahuan dan intelektualnya. Kemahiran mengurus dan mentadbir, menjalankan penguatkuasaan undang-undang, kemahiran berinteraksi dan menggunakan teknologi maklumat dapat membantu menyelesaikan amanah yang diberikan.

Penghayatan nilai-nilai dan etika murni oleh seorang PTD M41 boleh memacu ke arah daya kepimpinan yang terpuji menerusi keupayaan mengatur kerja, mengawal disiplin anggota kepimpinannya, memberi nasihat dan pendapat kakitangan di bawah seliaannya dan kemampuan membina wawasan dan menyusun perancangan di masa hadapan.

Mengutamakan kesaksamaan dan keadilan supaya dapat mengekalkan neuraliti dan integriti dalam perkhidmatan awam amatlah penting bagi seorang PTD M41. Jika wujudnya sikap berat sebelah atau ketidakadilan, maka pincanglah kualiti kerja sebagai seorang pegawai kerajaan.

4. Dinamik dan bercita-cita tinggi –Seorang PTD M41 haruslah dinamik dan memiliki rancangan dan strategi yang rapi bagi memastikan cita-citanya tercapai. Rancangan tersebut mestilah dilaksanakan dengan fleksibel dan menumpukan kepada objektif yang utama. Sebagai pegawai yang menerajui pentadbiran negara, ciri-ciri ini haruslah dimiliki bagi memastikan negara dapat dipelihara dan terus maju.

5. Boleh adaptasi diri di mana-mana – Kebolehan ini bersifat versatil kerana ia mencerminkan aset yang ada dalam diri seorang PTD M41 seperti bakat yang pelbagai, relevan, berkebolehan dan berani. Sepangjang tempoh berkhidmat, anda akan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, pangkat, darjat, peringkat umur dan kaum.

Apabila anda ditugaskan di kementerian, cabaran yang bakal dihadapi ialah seperti skop tugas yang spesifik mengikut kementerian, birokrasi dan staf-staf kerajaan yang lain. Di luar negara pula, cabaran yang dihadapi pastinya berbeza kerana bakal melibatkan isu keselamatan, cuaca, famili, makanan dan pendidikan anak-anak. Oleh itu seorang PTD M41 harus bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan sepanjang tempoh berkhidmat.

6. Minat dengan bidang pengurusan dan pentadbiran – Menjadi seorang PTD M41 melibatkan tanggung jawab berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Anda harus bersedia untuk menyelesaikan tugasan yang diamanahkan seperti menyediakan minit mesyuarat, pengurusan wang organisasi, pengurusan organisasi harian, menganjurkan acara dan menguruskan sumber manusia. Tanpa minat untuk mengurus, kerjaya sebagai PTD M41 takkan bertahan lama.

7. Sedia bertugas di mana sahaja – Di mana sahaja anda ditempatkan, tunaikanlah tanggung jawab yang diberikan dengan baik. Ini adalah amalan biasa mana-mana staf kerajaan iaitu boleh bekerja di mana sahaja mereka dihantar. Cabaran yang bakal dihadapi adalah seperti perjalanan ke pejabat rasmi yang jauh dari tempat tinggal,pindah barang rumah dan keserasian dengan tempat ditugaskan.

Sebenarnya, setiap kali seorang PTD M41 berpindah tempat bertugas, ia akan memberi kesan positif contohnya kematangan fikiran seorang pegawai, kaya dengan pengalaman dan pertambahan ilmu pengetahuan.

8. Menguasai kepelbagaian bahasa –Selain dari bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, seorang PTD M41 harus mengambil inisiatif untuk menguasai bahasa lain seperti Mandarin, Sepanyol, Arab, Jepun dan Sepanyol. Penggunaan pelbagai bahasa boleh memupuk perpaduan, kemesraan dan merapatkan hubungan dengan negara lain.

9. Kemahiran komunikasi – Di antara kemahiran utama yang diperlukan oleh seorang PTD M41 ialah kemahiran untuk berkomunikasi dengan pelbagai peringkat usia dan pangkat. Dalam setiap majlis yang diadakan, seorang PTD M41 terlibat dengan pembentangan, ucapan, taklimat, seminar dan bengkel.

Kemahiran dan keupayaan untuk berucap dan memberi taklimat adalah aset yang penting bagi memastikan maklumat yang disampaikan jelas diterima oleh orang ramai. Interaksi yang betul sesama manusia akan dapat membantu untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Komunikasi yang jelas mencerminkan kewibawaan seorang PTD M41 yang komited berbakti untuk negara.

10. Tahap kesabaran dan perjuangan infiniti – Sewaktu menunaikan tugas, cabaran, rintangan dan kekangan datang tanpa diundang. Pelbagai pihak yang hadir seperti agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan, persatuan-persatuan, pertubuhan bebas, ahli perniagaan dan ahli politik akan datang memberikan tekanan.

Keputusan yang dibuat oleh seorang PTD M41 pada masa itu pastinya tidak dapat memuaskan hati pelbagai pihak. Oleh itu, keputusan yang diambil haruslah memberi kepentingan kepada masyarakat dari segenap aspek. Sikap putus asa haruslah dijauhi untuk memastikan kesejahteraan negara terus terpelihara.

 

Latihan dan pembangunan kepegawaian

Perkhidmatan PTD menyediakan peluang latihan dan kursus yang luas termasuk peluang mengikuti ijazah Sarjana dan Ph.D di dalam dan luar negeri. Ini kerana dasar latihan perkhidmatan PTD ialah untuk melahirkan pegawai-pegawai yang berpengetahuan, berwibawa dan mahir dalam bidang masing-masing serta bersifat versatile selari dengan fungsi tugas PTD.

Fokus pada aspek latihan dari peringkat awal lagi di mana PTD diwajibkan mengikuti kursus sijil Diploma Pengurusan Awam (DPA) sebelum jawatannya disahkan. PTD selanjutnya akan dilatih semasa dalam perkhidmatan seperti kepimpinan, perancangan strategik, pengurusan sumber manusia, kewangan, teknik berunding, teknologi maklumat dan lain-lain lagi. PTD yang cemerlang akan ditawarkan mengikuti kursus peringkat Ijazah Sarjana dan Ph.D.

 

PTD Assessment Centre (PAC)

Calon-calon yang lulus dalam peperiksaan bertulis SPA akan dipanggil ke PTD Assessment Centre (PAC). PAC adalah mekanisme yang digunakan oleh SPA bagi menilai kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diserap ke dalam SPA untuk ditemuduga dan lantikan perkhidmatan awam. PAC telah dilaksanakan sejak tahun 1999 melibatkan semua INTAN kampus wilayah tidak terkecuali INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Calon-calon yang terlibat akan menjalani ujian kecergasan termasuklah berlari sejauh 2.4 kilometer dalam masa yang tertentu dan latihan jasmani yang berkaitan.

 

Rujukan Ujian Psikometrik PTD M41

Jika anda mencari rujukan untuk ujian psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik, terus klik pautan Panduan Ujian Psikometrik PTD M41 sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *