Islam

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Kerjaya Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 merupakan jawatan sokongan yang ditawarkan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Calon-calon yang berjaya lulus dalam peperiksaan online dan melepasi tapisan temuduga akan ditempatkan di Kementerian atau Jabatan yang menawarkan jawatan ini. Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 diperlukan untuk persediaan peperiksaan.

 

contoh soalan peperiksaan penolong pegawai hal ehwal islam s29
Kerjaya Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam bukan sekadar jawatan, tetapi tanggung jawab kepada agama, bangsa dan negara.

 

Kadar gaji bermula dengan RM1,362.00 dan boleh mencapai sehingga RM5,092.00 berserta kenaikan tahunan sebanyak RM145.00.

Mereka yang berminat untuk menjadi Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 harus memenuhi syarat lantikan dengan memiliki :

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau [Gaji Permulaan: RM1,362.00].
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [Gaji Permulaan: RM1,362.00]
  • Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [Gaji Permulaan: RM1,661.95]
  • Diploma dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,661.95]
  • Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembantu Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • Mempunyai kelayakan di atas atau
  • Lulus Peperiksaan Khas; dan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Deskripsi tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 adalah seperti berikut :

Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan penyelidikan atas perkara, masalah atau isu berkaitan dengan aqidah yang ditimbulkan oleh Kerajaan, pertubuhan, orang awam dan juga sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan dari semasa ke semasa.

 

Jika anda perlukan maklumat seperti nota rujukan dan contoh soalan serta jawapan peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, terus klik imej di bawah.

 

penolong pegawai hal ehwal islam

 

 

1 thought on “Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.