Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada mengumumkan pengambilan bagi jawatan Penolong Pegawai Siasatan untuk ditempatkan di SPRM. Proses pengambilan bermula dengan tapisan calon-calon yang memenuh isyarat dan layak ke peperiksaan. Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM bakal menjadi tumpuan bila peperiksaan hampir tiba.
Penolong Pegawai Siasatan mempunyai gred yang bermula dengan P29, P31, P37, P41, P43, P47, P51 dan P53 seperti yang dinyatakan menerusi laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ia dikategorikan sebagai kumpulan Pelaksana atau Pengurusan dan Profesional. Gaji yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Syarat lantikan Penolong Pegawai Siasatan P29
Untuk menjadi seorang Penolong Pegawai Siasatan P29, pemohon mestilah terdiri dari warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun.
Bagi jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, pemohon mestilah memiliki :
Diploma dalam bidang undang-undang, pengajian perniagaan, perakaunan atau bidang yang berkaitan dan mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P29 ini ialah RM1,824.
Diploma dalam bidang ukur bahan, seni bina atau kejuruteraan atau bidang yang berkaitan dan mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P29 ini ialah RM1,863.82.
Syarat Bahasa Melayu
Calon yang mendapat lantikan perlu memiliki Kepujian, minimum Gred C bagi Bahasa Melayu ditahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang setaraf dan mendapat pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia.
Syarat Peningkatan SPRM Secara Latihan
Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Pembantu Keselamatan layak mendapat pertimbangan Pihak Berkuasa Melantik berkaitan dengan Peningkatan Secara Latihan untuk Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 bergantung kepada kekosongan jawatan yang ditawarkan, bila sudah disahkan perkhidmatannya dan memiliki :
Menepati syarat lantikan seperti kelayakan yang ditetapkan atau lulus Peperiksaan Khas dan
Berusia tidak lebih 54 tahun pada hari dilantik untuk pegawai yang bersara paksa 55 atau 56 tahun atau
Berusia kurang dari 56 tahun pada hari dilantik untuk pegawai yang bersara paksa 60 tahun.
Tugas-tugas Penolong Pegawai Siasatan
Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan mempunyai skop tugas dan tanggung jawab yang sama merangkumi Aspek Siasatan,Aspek Latihan, Aspek Perisikan, Aspek Perundangan dan Pendakwaan, Aspek Pemeriksaan dan Perundingan, Aspek Pendidikan Masyarakat, Aspek Keselamatan, Aspek Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am dan Aspek Penyelidikan dan Perancangan.

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM
Meskipun Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan jawatan ini berbeza dari segi gred, tetapi ia berada dalam Kementerian/Jabatan yang sama. Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM akan dikarang berdasarkan kepada maklumat dari SPRM sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM.
Berikut ialah contoh soalan pengetahuan am bagi peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM.
1. Apakah nama unit kecil yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)untuk mencegah rasuah?
2. Siapakah yang dipertanggung jawabkan untuk mengendalikan unit kecil tersebut?
3. Namakan pihak yang menjalankan aktiviti pendakwaan kes rasuah.
4. Namakan badan kerajaan yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1967 menerusi gabungan 3 agensi kerajaan.
5. Apakah tujuan Biro Siasatan Negara diperkenalkan pada 29 Ogos 1973?
6. Apakah perubahan yang berlaku apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982diperkenalkan pada 13 Mei 1982?
7. Mengapakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diperkenalkan?
8. Sebutkan 4 fungsi yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
9. Apakah yang dimaksudkan dengan integriti dalam SPRM?
10. Nyatakan fungsi Jabatan Siasatan yang terdapat dalam SPRM.
11. Nyatakan fungsi Bahagian Pendidikan Masyarakat yang terdapat dalam SPRM.
12. Apakah peranan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan?
13. Jelaskan fungsi Jabatan Perisikan.
14. Apakah nama bahagian yang bertanggung jawab menjaga aspek keselamatan perlindungan, personel, fizikal, dokumen dan ICTSPRM?
15. Apakah makna tegas dalam SPRM?
16. Sebutkan 4 daripada 5 badan khas yang bebas menjadi penasihat kepada SPRM.
17. Apakah tugas spesifik bagi Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat?
18. Berapakah jumlah minimum bagi amaun yang berkaitan dengan kes-kes berprofil tinggi yang disiasat menerusi Badan Operasi Khas?
19. Bagaimanakah pemberi maklumat berkaitan rasuah mendapat jaminan keselamatan?
20. Kenapa maklumat yang berkaitan dengan kejadian rasuah mesti dilaporkan kepada SPRM?
Untuk mendapatkan lebih banyak contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan, sila sertai Channel Telegram Penolong Pegawai Siasatan P29 sekarang juga.