Contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29
Bagi anda yang sudah menerima panggilan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 merupakan carian yang bakal menjadi tumpuan sebelum peperiksaan berlangsung.

Pecahan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29
Peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 adalah tapisan pertama yang wajib dilalui selepas permohonan jawatan Penolong Penguasa Kastam anda diterima. Biasanya ada 3 seksyen yang bakal ditanya dalam peperiksaan nanti. Seksyen tersebut boleh dilihat menerusi penerangan di bawah.
Seksyen A : Pengetahuan Am Penolong Penguasa Kastam
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C : Ujian Psikometrik
Contoh soalan Seksyen A : Pengetahuan Am Penolong Penguasa Kastam
Dalam Seksyen A, soalan yang bakal ditanya akan menguji pengetahuan am calon yang biasanya berkaitan dengan Malaysia dan kerjaya seorang Penolong Penguasa Kastam. Selain itu, tajuk yang berkaitan dengan isu-isu semasa di dalam dan luar negara juga bakal ditanya.
Seksyen ini diwujudkan untuk menguji kepekaan dan kesedaran calon terhadap Malaysia dan isu-isu semasa di dalam dan di luar negara. Dalam masa 40 minit, calon perlu menjawab 50 soalan pengetahuan am secara keseluruhan. Ada pilihan jawapan kerana jawapan diberi secara objektif.
Di bawah adalah contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 untuk anda.
1. Namakah Ketua Pengarah Kastam yang terkini
A. Dr. Zulkefli Bin Ibrahim
B. Dato’ Zulkifli Bin Yahya
C. Dato’ Paddy Bin Abd Halim
D. Dato’ Sri Subromaniam Tholasy
2. Kadar cukai yang ditetapkan dalam Cukai Barangan dan Perkhidmatan ialah
A. 2%
B. 4%
C. 6%
D. 8%
3. Pilih jawapan yang TIDAK BERKAITAN dengan Dasar Sosial Negara
A. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
B. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
C. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin
D. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
4. Klinik 1 Malaysia menyediakan perkhidmatan rawatan ringan kepada penduduk tempatan. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut KECUALI
A. Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan
B. Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi
C. Khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan
D. Saringan kanser reproduktif
5. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai Kabinet
A. Memantapkan pengurusan pelantikan, saraan dan keistimewaan bagi jawatan-jawatan di bawah Perlembagaan Persekutuan/akta-akta tertentu.
B. Mempertingkatkan pengesanan keputusan-keputusan mesyuarat-mesyuarat tertinggi Kerajaan.
C. Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan Aturan Mesyuarat Parlimen.
D. Untuk menjadi agensi peneraju dalam pembangunan dan pengurusan tenaga kerja kelas dunia.
Saluran telegram soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29
Untuk lebih banyak maklumat peperiksaan berkaitan Penolong Penguasa Kastam, sila dapatkan panduan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 sekarang juga.
Lepas ni orang kastam kurang kerja sebab gst dah di mansuhkan
Mama Hakim recently posted…Jerawat di telinga? Aduh sakitnya! Ini cara menghilangkan yang paling berkesan.
soalan yang rupanya seperti mudah tetapi jika tiada info sudah tentu jadi susah
mrhanafi recently posted…Kisah Nenek Tua Bersedekah Seekor Kambing