Contoh soalan peperiksaan Separa Perubatan U29
Menjelang peperiksaan online Separa Perubatan, enjin carian seperti Google, Yahoo dan Opera akan mula dibanjiri oleh pengguna internet terutamanya calon-calon yang mendapat panggilan peperiksaan online Separa Perubatan. Contoh soalan peperiksaan Separa Perubatan U29 yang bakal ditanya menjadi tumpuan kerana contoh soalan Separa Perubatan boleh membantu mereka membuat persediaan.
Anda akan dapat banyak maklumat yang banyak secara percuma dalam setiap keputusan enjin carian. Walau bagaimana pun ianya tidak berada dalam satu tempat dan berada di merata-rata laman dan blog. Untuk menjimatkan masa, saya cadangkan anda terus mendapatkan ebook Rujukan Separa Perubatan dengan segera. Usah bazirkan masa untuk mencari maklumat yang belum tentu anda jumpa.
Dalam sesetengah laman atau blog ada ruang untuk anda isikan nama dan emel bagi melanggan maklumat yang berkaitan dengan peperiksaan online Separa Perubatan. Anda akan mendapat nota Separa Perubatan secara percuma. Maksud percuma di sini ialah hanya ada nota sahaja. Soalan peperiksaan Separa Perubatan tidak disediakan. Oleh itu anda perlu cari lagi sumber dari laman lain.
Peperiksaan Separa Perubatan hari ini dijalankan secara online. Amat berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, kini peperiksaan Separa Perubatan dijalankan secara online. Soalan peperiksaan Separa Perubatan yang bakal ditanya sudah pasti berkisar tentang bidang Separa Perubatan itu sendiri. Badan yang bertanggung jawab mengendalikan program Separa Perubatan pula ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
Tips lulus peperiksaan Separa Perubatan bergantung kepada persediaan anda. Disebabkan peperiksaan ini diadakan oleh Kerajaan Malaysia, anda perlu membuat persediaan dengan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran Malaysia, Kementerian-kementerian, Suruhanjaya-suruhanjaya Malaysia, Jabatan-jabatan kerajaan dan Agensi-agensi kerajaan. Maklumat ini amat besar dan luas jika hendak dicari dan diingati dalam masa yang singkat.

Komponen peperiksaan Separa Perubatan
Dalam setiap peperiksaan yang diuruskan oleh SPA, ada komponen peperiksaan Separa Perubatan yang boleh dijadikan panduan untuk calon-calon peperiksaan Separa Perubatan membuat persiapan awal. Ia mengandungi 2 seksyen iaitu Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik. Kedua-dua seksyen perlu dijawab dengan betul dan menepati kriteria yang diperlukan oleh SPA. Anda yang terlibat dengan peperiksaan Separa Perubatan wajib lulus kedua-dua seksyen dan boleh hadir ke tapisan temuduga.
Seksyen Pengetahuan Am Separa Perubatan
Bidang Separa Perubatan diuruskan oleh KKM. Oleh itu anda harus tahu apa maklumat yang berkaitan dengan KKM seperti sejarah penubuhan, misi dan visi, piagam pelanggan, carta organisasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh KKM. Selain itu anda harus tahu beberapa perbezaan di antara hospital dan klinik. Ambil inisiatif untuk mencari maklumat mengenai rancangan-rancangan kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan.
Istilah-istilah perubatan yang asas juga harus diambil kira. Anda mungkin tidak biasa dengannya tetapi ini adalah peluang yang terbaik untuk mengkaji bidang Separa Perubatan. Di antara istilah-istilah yang perlu diketahui ialah :
1. Forensik – Pembedahan dan kajian mayat untuk memperolehi maklumat berkenaan punca kematian contohnya jenayah dan kes-kes lain
2. Obstetrik dan Ginekologi – Perbidanan, sakit puan dan perkara berkaitan penyakit perempuan
3. Onkologi klinikal – Penyakit kanser, terapi radiasi, terapi hormon dan kemoterapi
4. Patologi kimia – Kajian dalam makmal berkenaan cecair badan
5. Ortopedik – Penyakit dan pembedahan sendi dan tulang
6. Pediatrik – Bidang khusus untuk penyakit kanak-kanak
7. Histopatologi – Kajian tisu dan sel dalam makmal
8. Oftalmologi – Penyakit dan pembedahan mata
9. Nefrologi – Sakit ginjal atau buah pinggang
10. Radiologi – Khas tentang penggunaan x-ray
11. Gastroenterologi – Saluran pencernaan
12. Dermatologi – Penyakit kulit
13. Kardiologi – Jantung
Institusi-institusi penyelidikan di Malaysia yang menjalankan pengurusan dan penyelidikan dalam disiplin kesihatan am melibatkan penyakit berjangkit contohnya demam denggi, taun, malaria, mulut dan kuku dan lain-lain. Bidang ini menumpukan kepada langkah pencegahan dan rawatan kepada sesuatu penyakit yang melibatkan orang ramai.
Senarai institusi-institusi kesihatan di Malaysia
1. Institut Kesihatan Umum (IKU)
2. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
3. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
4. Kumpulan Perubatan Johor
Seksyen Ujian Psikometrik Separa Perubatan
Soalan ini tidak akan ditanya dalam peperiksaan Separa Perubatan yang terkini. Namun ia boleh dimasukkan semula pada bila-bila masa pada waktu yang akan datang.
Ujian Psikometrik turut diaplikasikan dalam bidang Separa Perubatan. Ia perlu dijawab semasa peperiksaan online Separa Perubatan, selepas calon-calon menjawab bahagian Pengetahuan Am. Ujian psikometrik ini akan digunakan untuk menapis calon-calon yang benar-benar berminat untuk menceburi bidang ini. Berdasarkan rekod yang lepas, dianggarkan 40,000 calon akan ditapis untuk memenuhi kekosongan yang kurang dari 2,000 tempat.
Ujian Psikometrik ini bakal menentukan ukuran minat dan kecenderungan calon untuk melayakkan diri masuk ke latihan Separa Perubatan. Perlu difahami bahawa bidang kerjaya ini memerlukan anda untuk bercampur, berurusan dan berkomunikasi dengan orang ramai dari pelbagai jenis pesakit dari berbeza usia. Sekiranya jawapan anda tidak cenderung kepada skop kerja sebagai anggota Separa Perubatan, berkemungkinan besar anda akan gagal dan dikeluarkan dari senarai calon untuk ujian temuduga.
Anda terpaksa menunggu setahun lagi untuk menduduki peperiksaan online Separa Perubatan. Bukankah itu satu kerugian? Jika lulus peperiksaan online tetapi gagal temuduga, anda akan dipanggil ke sesi temuduga sekali lagi. Jika awal-awal lagi sudah gagal peperiksaan, maka peluang anda untuk ditemuduga akan hilang begitu sahaja. Buatlah persediaan rapi supaya anda tidak akan menyesal nanti. Sekurang-kurangnya berusahalah supaya dapat dalam lulus peperiksaan online Separa Perubatan.
Kunci kejayaan peperiksaan online Separa Perubatan
Untuk menceburi bidang Separa Perubatan, perkara pertama yang harus dilakukan ialah mendaftar di laman rasmi SPA. Ada 3 bidang peringkat sijil dan 10 bidang peringkat diploma. Kemudian pastikan anda tersenarai sebagai calon-calon peperiksaan online Separa Perubatan. Bagi menghadapi peperiksaan tersebut, anda wajib mendapatkan ebook rujukan Separa Perubatan sebagai persediaan awal. Ia tidak mengandungi soalan bocor atau soalan ramalan dari mana-mana badan atau agensi kerajaan.
Ditulis oleh sekumpulan penulis kerjaya profesional, ia mengandungi nota berkaitan Separa Perubatan dan Ujian Psikometrik. Contoh soalan Separa Perubatan turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya tidak kekok semasa menghadapi peperiksaan online Separa Perubatan nanti. Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu bazirkan masa mencari maklumat berjam-jam sehingga mengurangkan masa persediaan anda.
Anda boleh mendapatkan laporan berkaitan dengan nota Separa Perubatan dalam format PDF. Selain itu, anda akan diberikan tips-tips yang berkaitan dengan peperiksaan online Separa Perubatan dari masa ke semasa. Menurut rekod dari Google Trends, peperiksaan online Separa Perubatan akan diadakan pada bulan Februari dan September setiap tahun. Kata kunci tentang carian Separa Perubatan amat tinggi pada bulan ini. Buatlah persediaan dari sekarang dengan mendapatkan nota Separa Perubatan di bawah.
Untuk mendapatkan contoh soalan peperiksaan Separa Perubatan, sila klik link di bawah :
Kalau cukup info dan persediaan memang dapat lulus punya
Hero Borneo recently posted…3 Perkara Yang Wajib Diketahui
Pasti ramai pelajar yang tercari-cari tip nak lulus peperiksaan separa perubatan. Maklum sajalah… ramai bercita-cita nak jadi jururawat dan juga doktor.
TopSeoFriendly recently posted…Belajar Buat Blog Melalui ebook
Ealau apa pun, saya doakan para pelajar jawab betul-betul dan hadam tip yang dikongsikan dalam ebook tersebut ” Tip Lulus Separa Perubatan”.
Semoga berjaya……
TopSeoFriendly recently posted…Belajar Buat Blog Melalui ebook
Saya dulu memang minat sangat bidang ni.. Tapi bapa saya nak saya jadi laywer.
Oleh sebab saya jenis yang dengar cakap parent, saya pun lepaskan impian saya. Sekarang saya dah pun jadi penganggur.
Kelakar kan?
Jadi saya nasihatkan kepada yang nak capai cita2 tu, jangan sia2 kan peluang anda. Usah. Jangan sampai ada penyesalan.
Semoga lulus peperiksaan.
dedauncomel.com recently posted…Cara Ekstrim Untuk Kuruskan Badan Dalam 1 Minggu
terima kasih kongsi tips ini
lokmanamirul recently posted…Live Streaming Kedah vs Melaka United 4 Mac 2017
1