Separa Perubatan

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan

Contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan

Untuk menjadi seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11, anda harus mendaftar di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan melepasi syarat-syarat yang ditetapkan, kemudian anda akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan Ujian Psikometrik dan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11.

Contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan amat diperlukan sebagai persediaan awal. Ujian psikometrik ini merupakan gabungan 2 perkara iaitu psikologi dan metrik. Berikut adalah contoh soalan ujian psikometrik yang berkaitan dengan Pembantu Perawatan Kesihatan.

Tiada yang salah dalam pilihan jawapan anda. Ujian psikometrik ini diadakan untuk mengukur kecenderungan minat anda.

1. Setiap kali ke klinik, saya lebih senang berurusan dengan jururawat berbanding doktor

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak ambil kisah

 

2. Saya lebih suka pergi ke klinik berbanding hospital

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak ambil kisah

 

3. Saya boleh menguruskan pesakit kanak-kanak dan dewasa

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak ambil kisah

 

4. Saya tak kisah untuk ditempatkan di mana-mana hospital atau klinik

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak ambil kisah

 

5. Saya boleh bekerja dalam semua keadaan termasuk kecemasan

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak ambil kisah

 

 

Berikut adalah contoh soalan ujian psikometrik yang melibatkan daya menyelesaikan masalah

1. Pilih nombor yang terakhir dalam siri di bawah

25, 24, 22, 19, 15, ?

A. 3
B. 5
C. 7
D. 10

 

2. Apakah huruf yang tertinggal dalam siri di bawah?

CA, DB, EC, FD, ?

A. EF
B. GE
C. GH
D. JK

 

3. Pilih nombor yang boleh dibahagikan dengan nombor-nombor di bawah

14, 28, 49, 56

A. 2
B. 4
C. 7
D. 8

 

4. Pilih pecahan yang mempunyai nilai yang terbesar

A. 2/5
B. 4/7
C. 3/4
D. 7/8

 

5. 5 – 0 x 3 + 9 ÷ 3 =

A. 0
B. 8
C. 2
D. 12

 

Untuk mendapatkan lebih banyak contoh ujian psikometrik, anda dinasihatkan untuk merujuk ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan untuk persediaan yang rapi.

27 thoughts on “Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan”

  1. Assalamualaikum..maaf ggu sy dpt panggilan ujian psikometrik pd 9/10..sy kurang fhm la pasal soalan matematik kat atas..cam soalan no 1 dan no 2 ..blh bg penjelasan x tentang soalan tu..

  2. assalamualaikum,saya ingin bertanya contoh soalan ppk u11 betulkah soalan psikometrik bnyak soalan math?terima kasih

  3. SALAM, BOLEH SHARE CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRI PEMBANTU PERAWATAN U11 DAN SEND KE EMAIL SAYA UNTUK SAYA BUAT LATIHAN. TERIMA KASIH.

    1. soalan 1 u just tolak 25-24, 24-22, 22-19, 19-15, 15-?.. u tengok berapa kah angka jarak didalam penolakan angka diatas.. cntoh 1-2-3-4-5

  4. Assalamualaikum, saya baru saja selesai menduduki ujian psikotmerik pagi tadi. Di sini saya ingin bertanya seandainya saya tidak sempat menjawab 2 atau 3 soalan terakhir dari 128 soalan adakah ujian saya akan ditolak?

  5. Salam..sy sudh selesai mnjwb soalan ppk selasa lepas..sy ingin btya,bgaiman jika Kita ingin tau smaada Kita lulus atau gagal dlm ujian tersebut..adkh mreka akn anta email jgk utk Kita check keputusan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.